BAB 9

Romance Completed 8164

“Mana Si Lya ni? Sal, you sure ke Lya cakap dia balik dengan kawan dia?”

“Yup! Alah, you tak payah risau. Kalau bukan malam ni, esok baliklah dia.”

“Tapi kenapa dia tak cakap kat I? I suami dia.”

Salina hanya menjawab pertanyaan itu dengan menjungkitkan bahunya. Dalam hatinya gembira sekali. Alyaa pasti tak dapat pulang malam ini. Bolehlah, dia dan Amyr berdua sahaja. Senyuman diukirkan saat berpaling ke tempat lain.

“Terima kasih Fuad. Menyusahkan awak pula malam-malam macam ni.”

“Eh, it’s okay. Kebetulan saja saya ada di situ tadi. Kalau tak, kesian awak.”

“Assalamualaikum.” Ucap Afiqah apabila menjejakkan saja kaki ke dalam banglo.

“Waalaikumussalam.” Afiqah yang membelakangi ruang tamu terdiam. Jantungnya kencang. Suara yang amat dikenalinya. Afiqah berpaling ke arah suara itu secara perlahan.

“Tuan? Tuan tak tidur lagi?”

“Kau balik dengan siapa tadi?” Amyr menukar topik. Hati Afiqah merungut, aku tanya lain, dia tanya benda lain pula. Tak faham aku jadinya dengan perangai Hitler seorang ini.

“Saya balik dengan kawan, Tuan.” Amyr mendengus. Kawan? Malam-malam buta sebegini? Yalah sangat!

“Kenapa tak dijemput kawannya masuk, tadi?”

“Dah lewat ni. Saya pun tak teringat nak jemput dia tadi.”

“Hah! Kalau kau jemput mesti dia iyakan saja, kan? Kawan konon!” Amyr mencebik. Afiqah mula merasakan marah di hatinya.

“Jadi tuan nak salahkan saya sebab balik lambat? Sepatutnya tuan yang salah. Kenapa tuan tinggalkan saya di shopping complex tadi? ”

Amyr mengerutkan dahinya. Tinggalkan? “Apa yang kau mengarut ni, Lya? Bukan kau kah yang nak balik dengan kawan tadi?”

“Siapa cakap? Saya tak cakap pun.” Amyr terdiam. Dia sedar. Salina sengaja mempermainkan Afiqah supaya Afiqah ditinggalkan di shopping complex.

“Sudah! Aku nak tidur!” Afiqah memandang tidak mengerti ke arah Amyr. Senang-senang dia naik marah, dan sekarang, senang-senang juga dia nak tidur?

“You tipu I, Sal. Kenapa?”

“I tak suka perempuan, tu. Kenapa you ni tak faham-faham?” Amyr menghela nafas. Benar, Salina memang anti pada Afiqah. Namun, dia tetap harus mempertahankan Afiqah, jika tidak, harta datuk tidak akan jatuh ke tangannya.

“You janganlah macam ni, Sal. Alyaa tu, I pun tak suka dia. Lagipun dia orang gaji saja. Takkanlah you jealouse pada orang gaji?”

Salina memandang wajah Amyr. Amyr yang dipandang tersenyum, mengurangkan rasa rajuk di hati Salina.

“Betul juga kata you. Hahaha, sepatutnya I kena selalu ingatkan diri yang dia tu cuma orang gaji di rumah kita.” Amyr senang. Salina sudah terpujuk. Namun tiba-tiba dia merasakan sakit di hatinya. Tak tahu mengapa.

“Bibik, kenapa tuan marah betul dengan saya semalam? Semata-mata sebab saya balik lambatkah?” Pinggan yang dilap diletakkan di atas meja dan disusun rapi. Bibik yang sedang mencuci sayur di sinki terdiam.

“Tuan marah Cik Puan? Bibik tak tahulah, Cik Puan. Setahu Bibik, tuan tak marah langsung semalam masa mereka balik. Tapi Bibik tengok muka tuan risau semacam semalam. Kenapa Cik Puan balik lambat semalam?”

“Oh, saya balik lambat sebab…” Afiqah terdiam. Berfikir sejenak. Tak apalah. Perkara sudah lepas, buat apa aku nak ungkit lagi?

“Sebab apa Cik Puan?” Bibik yang dari tadi memberikan perhatian bertanya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience