Kini tiba untuk majlis aqikah pula. Harriz masih marahasiakan nama anak-anaknya dari keluarganya da kelurga mertuanya. Puas ditanya oleh Tengku Esmail dan Dato Badrul tapi hasilnya tetap sama. Pada hari inimereka akan tahu nama si kembar Harriz dan Trisya.
"Han dah siap ke semua dah tunggu dibawah." Tanya Harriz kepada Trisya yang sedang menyusu.
"Dah Hun jap nak sendawakan baby jap." Balas Trisya. Sambil menepuk lembut belakang anaknya. Setelah mendengar anaknya sendawa Trisya turun dari katil dan berjalan perlahan keluar dari bilik.
"Hun dah makan belum." Soal Harriz sambil mengendong anaknya.
"Belum tadi lepas mandi terus menyusu anak-anak kita, ingat pas diorang tidur baru nak makan." Jawab Trisya.
"Tak pa nanti Hun ambilkan. Han tunggu jap." Ujur Harriz sambil berlalu pergi ke dapur.
"Nah makan la biar Hun yang jaga anak-anak." Sambung Harriz sambil menunggu anak-anaknyaTrisya menyambut pinggan dan menyuap kedalam mulutnya.
Selesai makan Trisya bangun dan menuju ke dapur untuk membasuh tangan. Trisya kembali duduk ditempat yang disediakan. Tiba-tiba Trisya melihat Humaira berjalan dengan wajah yang masam. Terus dia memanggil Humaira dan Humaira yang mendengar terus datang kearah Trisya.
"Ada apa kak ngah. Tanya Humaira.
"Tak ada apa. Dari tadi kak ngah tengok acu masam ja kenapa. Kalau ada masalah cita la kat kak ngah mana tahu kak ngahboleh tolong." Ujur Trisya sambil memegang tangan adik iparnya itu.
"Entah la kak ngah acu rasa sejak dua menjak ni hati acu ni rasa kecewa sangat. Kemarin acu pergi jumpa Zakwan tapi Zakwan bagi macam-macam alasan mungkin dia dah benci kat acu kot. Tapi bila dia buat macam tu baru acu tahu yang acu cintakan dia sangat-sangat. Tak pa la kak ngah mungkin acu kena move on kot nak buat macam mana dulu dia suka kat acu tapi acu buat tak tahu ja sebab acu sendiri keliru tapi sekarang bila acu dah mula cintakan dia, dia pula ehm entah la kak ngah apa nak jadi lepas ni acu redha ja mungkin jodoh acu dengan orang lain kot. Okey la kak ngah acu pergi tolong bonda jap." Luah Humaira. Trisya yang mendengar luahan hati Humaira turut rasa sedih dan kesian.
"Sembang apa dengan acu tadi." Soal Harriz yang tiba-tiba datang membuatkan Trisya terkejut.
"Ish.. Hun apa ni terkejut tahu tak. Tak ada apa cuma acu luahkan rasa hati dia ja tadi." Jawab Trisya.
"Soal apa." Tanya Harriz ringkas.
"Soal dia dengan Zakwan. Tadi acu cakap yang dia pergi jumpa Zakwan tapi Zakwan bagi alasan supaya dapat elak dari acu pastu acu kata mungkin Zakwan dah benikan dia. dari nada suara acu tu Han dapat rasa sedih la Hun. Oh ya tadi acu ada kata yang dia cintakan Zakwan sangat-sangat." Balas Trisya sambil baring.
"Em.. tak pala Han kita doakan yang terbaik ja la untuk diorang ye." Ujur Harriz. Trisya hanya menganggukkan kepala.
"Angah, kak ngah ada nampak acu tak." Tanya Haira.
"Tadi acu kata dia nak tolong bonda. Kenapa acik." Ujur Trisya.
"Tak acik cuma nak suruh dia makan tengahari ja sebab pagi tadi dia tak sarapan langsung. Takut juga buatnya dia tak makan satu hari ni gastrik dia datang balik." Jawab Haira. Harriz yang mendengar terus bangun mencari adiknya itu. Trisya dan Haira terpinga-pinga melihat Harriz.
Setelah puas mencari humaira akhirnya dia jumpa adiknya itu. Harriz melihat Humaira yang sedang termenung terus menegur adiknya itu.
"Acu buat apa kat sini dah makan ke." Tanya Harriz. Humaira menoleh kearah suara yang menegurnya itu.
"Eh.. angah tak ada buat apa pun. Tak pa la angah acu tak lapar lagi nanti kalau acu lapar acu makan ye. Tak pa la angah acu ingat nak naik bilik dulu nak solat pastu nak rehat bye." Ucap Humaira lalu meninggalkan Harriz seorang diri.
'Pelik tak pernah-pernah acu macam ni selalu dia yang susah nak solat awal waktu tapi ni belum masuk waktu lagi dah naik bilik. Risau pula aku dengan adik aku yang seorang ni.' Gumum Harriz dalam hati.
Sampai ke muncak majlis kini tiba untuk Harriz mengumumkan nama anak-anaknya para tetamu sedah tidak sabar terutama ibubapanya dan ibubapa mertuanya.
"Assalammualaikum kepada para hadirin yang datang saya ingin memberi tahu nama anak-anak saya. Okey nama anak saya yang pertama Tengku Edriyan heidi, yang kedua Tengku Edryana Haliza dan yang ketiga Tengku Edriyan Huzaid. Ha itulah nama anak-anak saya. Dan terima kasih pada semua yang hadir pada hari ini bagi memeriahkan lagi majlis aqiqah anak-anak saya ya." Ucap Harriz.
"Amboi sedap nama cucu-cucu kami Harriz terima kasih." Ujur dato badrul. Harriz hanya tersenyum.
"Bonda acu dah makan ke." Tanya Harriz kepada Tengku Ratna.
"Dah tadi dia minta Mak Nab hantar ke bilik dia." Balas Tengku Ratna. Harriz tersenyum lega bila mendengar yang adiknya sudah makan.
Ketika semua sedang berkumpul diruang tamu Humaira turun dan duduk di ruang tamu sekali. Harriz yang perasan dengan riak wajah Humaira terus bertanya.
"Acu okey tak ni." Tanya Harriz.
"Okey. Em.. bonda, ayahanda Em.. acu nak minta izin untuk pergi bercuti boleh." Tanya Humaira. Semua memandang kearah Humaira.
"Acu nak pergi bercuti dengan siapa dekat mana." Soal Tengku Ratna.
"Acu nak pergi bercuti sorang je bonda dekat pulau perhentian boleh tak bonda,ayahanda." Balas Humaira.
"Em.. Okey boleh tapi acu kena jaga diri kalau ada apa-apa yang berlaku terus coll ayahanda atau coll along tak pun coll angah boleh." Tengku Esmail memberi izin kepada anaknya itu kerana dia perasan dengan perubahan sikap anaknya itu.
"Okey acu janji. Esok acu bertolak nanti acu pergi dengan bas je. Thank ayahanda,bonda." Ucap Humaira terus berlalu kebiliknya.
"Apa kena dengan acu tu macam ada masalah je bonda tengok." Ujur Tengku Ratna.
"Biarla bonda kita bagi dia tenangkan fikiran dulu nanti kita tanya apa masalah dia." Balas Harriz sambil menghantar whatsapp dalam group bodyguardnya.
'Mus, aku nak kau suruh 3 orang anak buah kau ikut adik aku esok. Jangan sampai kantoi. Esok dia nak pergi bercuti di pulau perhentian. so update segala aktiviti dia di sana faham.'- Harriz
'Baik Tengku.'- Mus
Setelah grab sampai Humaira terus bersalam dengan ibubapanya. Sempat juga Tengku Ratna berpesan macam-macam kepada Humaira.
"Okey la bonda acu pergi dulu nanti tertinggal bas pula." Ujur Humaira sambil bersalam dengan Tengku Ratna.
"Ha yala. Jaga diri ingat pesan ayahanda semalam tu." Balas Tengku Ratna.
"Bye Assalammualaikum." Humairah memberi salam dan melambai kearah semua orang.
"Wa'alaikummussalam." Jawab mereka serentak.
Humaira menaiki grab untuk ke station bas. Sampai di station bas Humaira terus ke kauter untuk mengambil tiket yang di tempah secara online setelah dapat tiket dia terus mencari bas dan menunggu di dalam bas.
"Huh.." Keluhan berat dilepaskan.
'Mula saat ni aku akan cuba untuk melupakan dia, mungkin bukan jodoh aku dengan dia. Ya Allah kau lenyapkan lah perasaan cinta dan sayang aku pada dia ya allah amin.' Gumum Humaira dalam hati.
Sepanjang perjalanan ke Terengganu Humaira hanya termnung saja. Setelah tiba di Terengganu Humaira menaiki bot untuk ke pulau perhentian setelah sampai Humaira cheak-in resort yang sudah ditempah olehnya. Humaira masuk ke dalam bilik dan berehat.
"Haih.. lapar la pula. Em okey la pergi makan pastu lepak pantai jap dapat juga tenangkan otak ni dari asyik duk fikirkan pasal mamat tu ja." Ucap Humaira sendiri. Tanpa Humaira sedar ada 3 orang sedang memerhatinya.
"Cik nak makan apa." Tanya pelayan itu.
"Em.. bagi saya nasi goreng seafood dengan jus apple thank." Jawab Humaira dengan senyuman. Pelayan itu hanya mengangguk.
Setelah 15 minit pesenannya sampai Humaira terus menbaca doa dan memulakan suapannya. Setelah selesai dia berjalan di persisir pantai. Ramai pelancong yang ada dipantai. Orang-orang yang diupah oleh Harriz terus melaporkan kepada Harriz apa aktiviti yang dilakukan oleh Humaira. Humaira sedang duduk di sebuah batu ditepi pantai jauh dari pelancong yang lain dan sambil menyanyikan lagu lumpuhkan ingatanku by Geisha Tanpa dia sedar airmatanya menitis untuk sekian kalinya.
"Wey Lish kau record tak nanti nak antar kat boss besar bukti ni." Ujur Safwan salah seorang bodyguard Harriz.
"Ni aku tengah record la ni kau diam sikit boleh tak." Balas Khalish yang sedang merakam Humaira sedang menyanyi.
Humaira melihat jam di handfonenya sudah menunjukkan pukul 6.30 petang Humaira berlalu ke biliknya. Safwan,Khalish dan Fakrul duduk di kerusi yang disediakan.
"Lish kau dah hantar video tu kat boss besar belum." Tanya Fakrul.
"Dah siap tulis 'Layan perasaan sampai menitis airmata' lagi." Balas Khalish.
"Wey apasal kau tulis macam tu doh nanti boss besar marah macam mana." Ujur Safwan.
"Lek ah taddi boss besar balas dah pun korang tahu tak apa yang boss besar tulis 'Kesian adik aku yang sorang ni.'. Tadi masa tengah record tadi pun aku menitis airmata bukan main syahdu lagi adik boss besar tu nyanyi." Ucap Khalish dengan memegang dadanya.
"Tu la aku pun sama. Tak sangka adik boss besar pandai nyanyi kalau la aku dapat dia aku nak dia nyanyi kat aku malam-malam sampai aku tidur." Ujur Fakrul
"Kau jangan nak buat hal kau tahu kan Zakwan tu cinta mati kat adik boss besar tu. Ni kalau Zakwan tahu abis la kau." Ucap Safwan pula.
Share this novel