BAB 19

Romance Completed 23498

Selepas kejadian itu Najwa sudah menghilangkan diri dan kini kandungan Trisya sudah masuk 8 bulan. Trisya juga sudah mengambil cuti sehingga lepas berpantang. Harriz juga mula berkerja dari rumah jika ada meeting penting baru dia akan ke pejabat.

"Han hari ni cheak up pukul berapa." Tanya Harriz yang sedang menonton television yang ada di dalam bilik mereka.

"Pukul 11 macam tu tapi kena gerak awal sebab takut lambat pula. Kita gerak pukul 10 boleh tak." Jawab Trisya sambil memegang buku pink mengndungnya.

"Boleh la jap Hun pergi siap. Han tunggu jangan turun lagi nanti jadi apa-apa susah pula." Ujur Harriz sambil melangkah masuk ke dalam bilik air.

Sampai saja di klinik Harris terus mendaftar nama Trisya di kaunter setelah 30 minit menunggu kini tiba giliran Trisya. Harriz juga ikut masuk ke dalam bilik Doktor itu.

"Assalammualaikum Dato, Datin silakan duduk." Ucap Daniel dengan profesional.

"Wa'alaikummusalam Doktor Daniel terima kasih." Jawab Harriz dan Trisya serentak.

"Dah kau tak payah nak berlagak profesional sangat la. Cepat la aku dah tak sabar nak tahu perkembangan anak-anak aku ni." Sambung Harriz.

"Ish.. kau ni nak berlakon sikit pun tak boleh. Yala jom kita pergi scan dulu." Ucap Daniel. Harriz dan Trisya hanya mengangguk dan mengikuti Daniel dari belakang.

Trisya baring di atas katil yang ada di dalam bilik scan itu. Daniel mula menyapu gel biru dan memulakan tugasnya. Harriz yang berdiri dihujung kaki Trisya hanya tersenyum.

"Okey semua baik. Air ketuban,baby semua okey cuma..." Kata-kata Daniel terhenti sambil mengoyak gambar scan tadi.

"Cuma apa kau jangan bagi aku takut." Ucap Harriz dengan nada cemas.

"Cuma kita tak tahu yang mana akan keluar dulu diantara ketiga-tiga anak kau ni Harriz. Kalu nak tahu kena tunggu masa bersalin nanti la haha." Jawab Daniel sambil sambil berjalan menuju ke meja kerjanya.

"Ish.. kau ni buat aku takut je la aku ingat apa la tadi." Ujur Harriz sambil pimpin Trisya duduk dihadapan Daniel.

"Okey Trisya awak ada sakit apa-apa tak." Tanya Daniel sambil menulis sesuatu di buku pink Trisya.

"Tak ada cuma mengeras biasa je." Jawab Trisya. Daniel mengagguk dan menulis didalam buku.

"Vitamin makan ikut arahan yang ditetapkan. kalau rasa sakit yang kerap datang hospital terus. Selalunya 38 minggu dah boleh bersalin sekarang awak dah 32 minggu lebih. Jadi bila-bila masa saja awak dah boleh bersalin. Sekarang dah boleh pack barang letak dalam kereta siap-siap supaya nanti tak ada yang tertinggal. Orang tu kalau dia dah gabra terus lupa apa yang perlu dibuat." Ucap Daniel sambil memerli Harriz.

"Amboi kau dan kau perli aku ye. Oh ye aku nak tanya barang-barang yang nak bawamasuk dalam labour room apa aja." Soal Harriz.

"Oh yang tu selalunya orang bawa tuala wanita bersalin,baju baby,drypers baby,sarung tangan dan sarung kaki ja. Barang-barang yang lain tu nanti bila dah masuk wad baru kau bawa okey." Balas Daniel. Harriz hanya menganggukkan kepala.

"Ada apa-apa yang nak ditanyakan lagi." Ujur Daniel sambil memandang Harriz dan Trisya silih berganti.

"Em.. saya nanti kena bersalin secara normal atau operation." Tanya Trisya yang sejak tadi diam.

"Boleh saja kalau awaknak bersalin secara normal tapi nanti takut awak tk cukup tenaga pula. Jadi sayaakan bagitahu awak siap-siap supaya awak bersalin secara operation lagipun awak mengandung kembar." Jawab Daniel. Harriz dan Trisya hanya menganggukkan kepala.

"Okey thanks." Ujur Trisya.

"Okey ni buku awak minggu depan datang lagi untuk lihat perkembangan baby awak. Dan saya dah bagi tarikh untuk awak buat operation tu pun kalau awak belum bersalin lagi la." Ucap Daniel sambil menghulurkan buku pink kepada Trisya.

"Okey Assalammualaikum." Ucap Trisya sambil menyambut huluran buku pink itu.

"Thank Bro." Ucap Harriz sambil menyalam Daniel.

"Welcome Bro." Jawab Daniel.

Trisya dan Harriz keluar dan menunggu untuk mengambil vitamin untuk Trisya. Tak lama kemudian nama Trisya dipanggil.

"Nur Ayda Badtrisya Binti Ahmad Badrul." Panggil seorang jururawat di kaunter ubat. Harriz bangun untuk mengambil ubat.

"Makan 2 biji sehari sebiji pagi sebelum makan dan sebiji malam sebelum tidur." Sambung jururawat itu lagi.

"Okey terima kasih." Ucap Harriz sambil mengambil ubat tersebut.

"Sama-sama." Jawab jururawat itu lagi.

Masuk saja dalam kereta Harriz teringat sesuatu terus memberitahu pada Zakwan. Zakwan mula memandu. Setelah sampai Trisya terus bangun dari baringannya.

"Hun kenapa kita ke sini." Soal Trisya.

"Jom la hun ada nak tunjukkan sesuatu. Wan bawa turun kerusi roda tu." Ucap Harriz dengan senyuman.

"Jom masuk." Sambung Harriz sambil menolak Trisya yang sedang duduk dikerusi roda.

Bila sudah ada di depan pintu ada seseorang penyambut tetamu membukakan pintu. Harriz terus menolak Trisya masuk diikuti Aidil dan Kamal.

"Barang yang saya tempah dah siap ke belum." Tanya Harriz kepada seorang staf yang bernama shiladan menhulurkan sekeping kertas.

"Oh barang ni dah siap Tengku. Jom ikut saya." Jawab Shila dengan senyuman.

Mereka mengikut ke satu bilik. Shila membuka pintu bilik itu dan mengisyaratkan agar mereka masuk ke dalam.

"Ini dia Tengku barang yang Tengku tempah." Ujur Shila. Harriz hanya menganggukkan kepala.

"Wow cantiknya." Ucap Trisya dengan teruja.

"Cantikkan Hun yang reka tau khas untuk anak-anak kita." Ujur Harriz sambil menunjuk ke arah baby cot dihadapan mereka.

"Hun yang reka. Cantik sangat Han suka la." Jawab Trisya sambil bangun untuk berdiri

"Macam mana Tengku ada nak tambah apa-apa takke ada yang kurang." Soal Shila.

"Tak ada semua perfect so Kamal pergi bayar." Ucap Harriz. Kamal hanya mengangguk.

"Nanti tolong ke rumah saya ya." Sambung Harriz lagi. Shila hanya menganggukkan kepala.

"Ada apa-apa lagi Tengku." Tanya Shila.

"Okey kita ke bahagian baju pula. Aidil tolong ambil troli please." Ujur Harriz sambil menolak Trisya mengikuti Shila dari belakang. Aidil hanya mengangguk.

"Ini Tengku sini bahagia baju. Sini bahagian sarung tangan,sarung kaki,barut dan topi. Sini bahagian lampin pakai buang dan sini bahagian ubat-ubatan ibu dan anak." Ucap Shila sambil menunjukkan setiap bahagian kepada Harriz dan Trisya.

"Han pilih la yang mana Han suka." Ucap Harriz sambil pimpin tangan Trisya. Trisya hanya menganggukkan kepala.

Setelah selesai membeli barang baby mereka terus balik ke rumah. Tengku ratna yang sedang menunggu diruang tamu dengan wajah yang marah kerana anak dam menantunya lewat balik rumah.

"Assalammualaikum." Ucap Harriz dan Trisya serentak bila Harriz membuka pintu rumah.

"Wa'alaikummussalam, ha angah pergi mana dah pukul 6 petang baru nak balik bonda risau tahu tak." Tanya Tengku Ratna.

"Tadi lepas habis check-up kitorang pergi beli barang baby. Sorry la bonda sebab tak bagitahu." Jawab Harriz sambil memimpin Trisya duduk di ruang tamu.

"Habis mana barang babynya dan yang paling penting macam mana cucu-cucu bonda." Soal Tengku Ratna.

"Oh kejap lagi sampai la tu dan cucu-cucu bonda semua sihat alhamdulillah." Balas Harriz sambil mengusap perut Trisya. Trisya hanya tersenyum dengan kelakuan suaminya.

"Alhamdulillah, Bonda doakan Trisya dan cucu-cucu bonda selamat masa bersalin nanti. Pukul berapa barang baby tu nak sampai tak sabar bonda nak tengok." Ujur Tengku Ratna.

"Kejap..." Belum habis Harriz cakap mereka terdengar bunyi Hon di luar.

Perkerja-perkerja mula menurunkan barang dari lori ke dalam bilik khas untuk baby. Dua orang pekerja sedang memasang baby cot yang dibeli tadi. Setelah selesai pekerja-pekerja itu minta diri untuk balik. Tengku Ratna mendekati baby cot itu dengan berkerut dahinya.

"Angah kenapa baby cot ni ada 3 bahagian." Tanya Tengku Ratna sambil menunjuk ke arah baby cot itu.

"Memang la 3 kalau beli yang 2 bahagian yang sorang lagi nak bagi tidur mana tak kan nak bagi tidur sekali dengan ummi dan baba dia kot." Balas Harriz dengan selamba.

"WHAT!!!!! Trisya sedang mengandung kembar 3 ke." Soal Tengku Ratna.

"Ye bonda, cucu bonda ada 3 kat dalam ni. kami saja nak buat surprise." Ucap Harriz. Trisya hanya tersenyum melihat riak wajah ibu mertuanya itu.

"Apa ayahanda akan dapat cucu 3 orang sekali gus."p Ucap Tengku Esmail dari arah pintubilik itu. Harriz hanya menjawab dengan anggukkan.

"Wow ayahanda tak sangka anak ayahanda ni lagi power dari ayahanda. Ayahanda bangga la dengan angah." Sambung Tengku Esmail lagi.

Alangkah bahagianya bila melihat wajah Tengku Esmail dan Tengku Ratna bila mendapat tahu yang mereka akan mendapat cucu 3 orang sekali gus. Harriz dan Trisya juga gembira

sorry klo typo salah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience