Kini Trisya hanya menunggu hari saja untuk melahirkan cahaya mata mereka. Hari ini Tengku Ratna telah mengajak Trisya pergi shopping barang baby lagi semua gembira. Keluarga Trisya juga sudah tahu yang Trisya sedang mengandung kembar 3.
"Acik,acu dah siap belum cepat la nanti lambat pula." Laung Tengku Ratna dari ruang tamu.
"Dah siap okey jom." Jawab Haira dan Humaira serentak. Tengku Ratna hanya menggelengkan kepala.
"Ha jom angah kamu dah tunggu di dalam kereta. Kita naik kereta angah." Ucap Tengku Ratna. Mereka hanya menganggukkan kepala.
Mereka bertolak menaiki kereta Harriz yang dipandu oleh Zakwan. Sedang Humaira melihat Zakwan dari cermin pemandu Harriz menegurnya.
"Jangan tengok sangat kalau suka cakap ja. Ni tak simpan buat perkasam buat apa." Ucap Harriz. Humaira yang mendengar hanya mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Angah kata kat siapa ni angah." Tanya Tengku Ratna dengan berkerut dahinya.
"Ada orang tu bonda suka kat salah seorang bodyguard angah tapi malu nak terus terang. Dalam diam mengintai senyap-senyap. Bonda suka tak kalau anak-anak dara bonda bercinta dengan bodyguard angah." Ujur Harriz.
"Bonda tak kisah janji diorang jaga batas pergaulan dan jika suka sangat masuk ja meminang. Lagi pun bonda dah anggap diorang macam anak bonda sendiri." Balas Tengku Ratna.
"Ha dengar tu Mal,Wan kalau suka sangat masuk ja meminang tapi kalau orang yang kita suka tu jual mahal baik cari je orang yang jual murah." Ucap Harriz.
"Ha betul tu move on je la. Biar orang tu melopong padan muka dia." Sokong Haira.
"Dah tak payah nak padan muka sangat. Ingat kalau suka sangat masuk meminang jangan nak malukan nama keluarga." Tengku Ratna. Semua yang mendengar hanya mengangguk.
Setelh sampai di shopping mall semua gembira tak terkata. Harriz menolak Trisya yang sedang duduk di kerusi roda. Masuk saja di kedai barang baby semua mula memilih barang baby. Harriz yang melihat gelagat bonda dan adik-adiknya hanya tersenyum dan mengelengkan kepala. Trisya hanya duduk di atas kerusi roda.
"Kak ngah baju ni comel tak. Bagi acu comel la baju ni." Tanya Humaira sambil menunjuk baju yang dipegangnya.
"Comel tapi kalau nak ambil kena ambil 3 pasang la nanti bergaduh pula." Balas Trisya dengan ketawa kecil. Harriz entah hilang kemana. Humaira hanya menjawab dengan isyarat okey.
Selepas puas memilih barang baby Tengku Ratna membayar semua barang yang dipilih tadi. Harriz yang sedang menunggu diluar terkejut melihat barang yang ada dalam troli itu.
Mak ai banyaknya tak membazir ka bonda." Ujur Harriz.
"Tak ada la, bonda beli baju ikut peringkat umur. Lagi pun baby ni cepat membesar." Jawab Tengku Ratna.
"Bonda kita pergi makan boleh tak Trisya teringin nak makan kerabu mangga la." Tanya Trisya.
"Boleh jom kat bawah tu rasanya ada restoran thai. Jom kita pergi tengok." Ucap Tengku Ratna.
Sampai saja di restoran bukan main gembira lagi Trisya. Harriz yang melihat gelagat Trisya hanya tersenyum. Mereka memesan makanan Trisya yang paling teruja apabila memesan makanan dan mereka makan dengan gembira sekali.
"Oh ya Trisya semua persiapan sudah lengkap ke." Tanya Tengku Ratna kepada Trisya di ruang tamu.
"Semua dah lengkap bonda cuma ada satu lagi yang belum bonda." Jawab Trisya.
"Apa yang belum tu kalau bonda boleh tolong nanti bonda tolong." Soal Tengku Ratna.
"Tukang urut bonda hari tu mama kata kalau berpantang ni kena mengurut tapi Trisya tak tahu nak cari mana tukang urutnya." Balas Trisya sambil minum air susu.
"Oh yang tu serahkan pada bonda nanti bonda uruskan. Trisya tu kalau sakit cepat-cepat bagitahu angah tak pun bagitahu sesiapa ja yang Trisya nampak masa tu okey." Ujur Tengku Ratna.
"Baik bonda. Okey la bonda Trisya naik dulu la letih sangat ni." Ucap Trisya sambil menyalam ibu mertuanya dan melangkah ke arah lift.
Trisya berjalan dengan hati-hati menuju ke biliknya. Dia membuka pintu dan melihat Harriz yang baru lepas mandi. Dia berjalan kearah katil. Harriz yang melihat Trisya berasa kesian lalu dia meminpin Trisya ke katil.
"Han kenapa tak tunggu Hun boleh ja Hun turun bawah pimpin sampai atas. Lain kali jangan buat lagi ye." Ujur Harriz.
"Ya la Hun. Hun nak minta tolong sikit boleh tak." Tanya Trisya.
"Nak minta tolong apa." Soal Harriz balik.
"Tolong urut kaki jap lenguh la pastu pinggang sekali boleh tak." Ucap Trisya dengan senyuman.
Harriz mengangguk dan mula mengurut kaki dan pinggang  Trisya. Trisya merasa sangat bahagia apabila suaminya mengikut semua kehendaknya. Selepas selesai Harriz dan Trisya tidur sambil berpelukan.
Sedang Trisya tidur dia merasa sakit di bahagian pinggangnya terus Trisya bangun dan duduk dibirai katil. Trisya melihat jam di dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi rasa sakit mula hilang dan dia melangkah ke bilik air.
"Hun bangun Hun." Trisya mengejutkan suaminya yang sedang tidur.
"Ada apa Han." Tanya Harriz dalam keadan mamai.
"bangun dh pukul 5.45 kejap lagi nak masuk solat subuh cepat la bangun nanti ayahanda marah pula." Balas Trisya  sambil memakai telekungnya. Harriz bangun dan menuju ke bilik air.
"Angah,kak ngah cepat ayahanda panggil solat sekali." Panggil seseorang dari luar. Trisya membuka pintu dan melihat haira dihadapan pintu.
"Oh acik. Ha ya la jap angah tak siap lagi jap tunggu dia jap." Ucap Trisya kepada Haira. Tiba-tiba Trisya pegang pinggangnya yang sakit Haira yang melihat Trisya terus bertanya.
"Kak ngah kenapa okey tak ni." Tanya Haira.
"Okey cuma sakit pinggang je biasa la orang mengandung. Ha tu pun angah jom la kita." Balas Trisya sambil berpimpin tangan Haira.
Mereka melangkah ke surau kecil yang ada di dalam rumah Tengku Esmail. Mereka masuk dan duduk merapati saf yang ada. Trisya solat sambil duduk diatas kerusi disebelah kanannya shopia dan sebelah kirinya Haira. Mereka solat subuh berjemaah semua sekali termasuk Mak tom dan pak razak.
"Argh." Trisya mengerang kesakitan ketika semua sedang membaca doa. Semua terus pandang ke arah Trisya.
"Han,Han okey tak ni." Tanya Harriz sambil memegang lutut Trisya.
"Sa..Sakit Hun." Ucap Trisya sambil menahan sakit.
"Cepat angah bawa Trisya ke hospital sekarang nanti kitorang follow dari belakang. Acik kamu ikut angah nanti kalau ada apa-apa bagitahu ayahanda." Ujur Tengku Esmail. Harriz mengangkat Trisya dan menuju kearah lift. Haira ikut dari belakang saja.
Harriz pandu kereta dengan laju samberdoa dalam hati. Haira duduk dibelakang dengan Trisya. Bila contraction jadi Trisya akan menjerit sambil memegang perutnya. Setelah sampai di hospital terus Harriz memanggil jururawat yang ada di situ.
"Riz apahal kau kelam kabut ni." Tanya Daniel bila nampak Harriz yang edang gelisah.
"Dan, Tolong selamatkan anak dan isteri aku Dan. Kau buat la apa pun janji diorang selamat." Jawab Harriz.
"Oh jadi Trisya dah nak bersalin patut la aku dapat coll emergency. Okey aku pergi dulu nanti apa-apa aku bagitahu." Ucap Daniel terus masuk ke dalam bilik operetion.
Setelah 30 minit menunggu Daniel keluar dari bilik itu. Harriz terus berlari kearah Daniel. Haira juga terus bangun menuju ke arah Daniel.
"Riz aku nak kau tandatangan borang ni dan kau pakai benda ni cepat." Ujur Daniel sambil menghulurkan beberapa helai kertas kepada Harriz. Harriz menyambut dan menanda tangani borang itu dan menyerahkan semula kepada Daniel.
"Jom." Ujur Daniel. Harriz mengikut langkah Daniel.
Sudah setengah jam Haira di ruang menunggu masih belum ada khabar tentang Trisya. Ahli keluarga Harriz dan Trisya menuju ke ruang menunggu.
"Macam mana acik dengan kak ngah." Tanya Tengku Ratna. Haira hanya mengeleng.
"Ya Allah kau selamatkan lah anak dan cucu-cucu ku Ya Allah." Doa Datin Nur. Dato Badrul sedang mengusap belakang Datin Nur.
Satu jam berlalu Harriz keluar dari bilik operation dengan senyuman. Semua bangun mendapatkan Harriz. Daniel juga mengikut dari belakang Harriz.
"Macam mana keadaan Trisya dan cucu-cucu mama Harriz." Soal Datin Nur
"Alhamdulillah mama,papa,bonda,ayahanda. Anak-anak Harriz selamat Trisya pun selamat." Ucap Harriz sambil menanggalkan pakaian seperti doktor itu.
"Baby boy ke babay girl." Tanya Humaira dengan teruja.
" Ha yang pertama boy yang kedua perempuan dan yang ketiga boy." Balas Harriz.
"Wow.. Bestnya nanti ada kawan la acu." Ucap Humaira. yang lain hanya mengeleng.
"Okey sebelum tu nanti bila dah siap urusan Trisya akan dimasukkan kedalam wad ye. Apa-apa pun tahniah bro. Kau memang anak jantan wa caya sama lu." Ucap Daniel sambil bersalam dengan Harriz. Yang lain hanya tersenyum dan Daniel berlalu pergi.
"Tahniah angah, angah dah jadi ayah dan tanggungjawab angah pun semakin besar sekarang." Ujur Tengku Esmail.
30 minit kemudian seorang jururawat keluar memberitahu yang Trisya sudah ditempatkan di sebuah bilik vvip. Semua naik ke bilik yang menempatkan Trisya. Semua gembira dan Trisya masih lagi belum sedarkan diri. Harriz duduk di sisi katil Trisya dengan senyuman. Kemudian Harriz bangun untuk mengazankan anak-anaknya semua yang melihat hanya senyum.
maaf la ye klo typo salah.. hehe...
Share this novel