BAB 52

Romance Completed 23498

SEBULAN KEMUDIAN

Hari-hari trisya akan ulang alik dari rumah ke hospital untuk menghantarkan susu kepada anak-anaknya. Harriz akan menemani Trisya ke hospital. Sampai saja mereka dihospital Zakwan menurunkan kerusi roda untuk Trisya.

"Han meh duduk di kerusi roda." Ujur Harriz. Trisya hanya mengangguk.

Setelah Trisya duduk di atas kerusi roda Harriz mengambil beg baby dan mengalasnya. Harriz menolak kerusi roda kearah lift. Sampai saja di tingkat 2 lift terbuka dan Harriz terus menolak Trisya keluar dari lift.

"Sila tulis nama dan nombor kad pengenalan Encik dan Puan ya." Ujur Nurse itu. Harriz terus menulis namanya dan nam Trisya didalam buku itu.

"Okey Encik dan Puan boleh masuk." Ucap Nurse itu. Harriz terus menolak Trisya masuk.

"Assalammualaikum anak-anak ummi." Ujur Trisya kepada anak-anaknya yang sudah keluar dari akuvator itu.

"Assalammualaikum anak-anak babah." Ucap Harriz pula.

"Meh ummi bagi minum susu untuk kakak Halida dulu ya nanti ummi bagi adik Haida pula ya." Ujur Trisya sambil mengangkat anaknya.

Trisya sedang menyusu anaknya sampai tertidur. Harriz mengangkat Halida dan meletakkan kedalam crandle dan dia mengangkat Haida dan menghulurkan kepada Trisya.

"Ha sekarang giliran adik Haida pula meh ummi bagi susu yam-yam" Ujur Trisya.

"Yam-yam ya babah nak juga boleh tak." Tanya Harriz.

"Ish.. Hun apa cakap mcam tu nanti kalau ada yang dengar macam mana buat malu je la." Balas Trisya.

"Nak malu apa bukan ada...." Belum habis Harriz cakap seorang Nurse datang menghampiri mereka.

"Tengku, Datin saya nak bagi tahu yang anak-anak Tengku dan Datin sudah boleh pulang hari ini dan ini surat-suratnya dan Tengku boleh buat pembayaran di bawah ya." Ujur Nurse itu.

"Betul ke ni Nurse Alhamdulillah." Ucap Trisya dengan gembira.

"Betul Datin selepas Tengku buat pembayaran baby Datin boleh balik." Kata Nurse itu.

"Baik kalau macam tu saya pergi bawah dulu ya. Han tunggu sini ya." Ujur Harriz dan berlalu keluar dari bilik NICU itu.

Setelah Haida tidur Trisya meletakkan kedalam crandle dan terus mengemas barang-barang anak-anaknya. Setelah selesai mengemas Trisya terus membedung anak-anaknya dengan kin khas baby yang dia bawa.

"Han duduk dulu biar hun yang kemas semua barang ya." Ujur Harriz.

"Sudah tak payah tadi han dah kemaskan tinggal angkat saja barang-barang tu dan gendong baby dan boleh balik.

"Okey kalau macam tu jom Wan pun dah ada di luar untuk membawa barang-barang." Ujur Harriz lalu mengangkat anaknya seorang demi seorang. Nurse menolak kerusi roda Trisya hingga di luar bilik NICU itu.

"Wan tolong bawa beg tu dan tolak kerusi Roda Trisya sekali." Ujur Harriz sambil mengendong Haida.

"Baik angah." Jawab Zakwan dan terus menolak Trisya ke arah lift.

Setelah sampai di rumah Zakwan mengeluarkan kerusi roda untuk Trisya. Harriz menolong Trisy duduk dikerusi roda dan terus mengangkat Halida dan meyerahkan kepada Trisya dan Harriz mengendong Haida. Zakwan menolak Trisya sehingga didepan pintu dan membuka pintu.

"Assalammualaikum kami sudah balik." Ucap Trisya.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Haira yang ada di ruang tamu tanpa memandang ke arah pintu.

"Haih buat tak tahu saja ni tengok siapa dah balik." Ujur Harriz yang baru sampai dudepan pintu.

"Ish.. Angah ni orang ba..." Kata-kata Haira terhenti bila melihat 2 orang baby didalam gendongan Trisya dan Harriz.

"Wah dah balik The Twins yeh Kayla ada kawan." Kata Haira dengan gembira.

"Ye onty je yang tak perasan." Balas Trisya sambil bangun dari kerusi roda dan duduk di atas sofa.

"Ye la onty yang salah." Ujur Haira dengan nada merajuk.

"Haih lain macam je suara tu merajuk ke." Tanya Harriz.

"Sikit je la dah la acik nak tukar lampin jap dari tadi tergendala." Balas Haira.

"Oh ye la kak ngah lupa tadi Halida pun buang angin mesti ada pup dia." Ujur Trisya sambil membuka bedung dan seluar anakya.

"Ha kan betul apa ummi cakap." Sambung Trisya. Harriz sedang menidurkan Haida terus melihat kearah Trisya.

"Lampin ada lagi ke kalau tak ada biar hun pergi ambil kat atas." Tanya Harriz.

"Rasanya ada tapi tak banyak kejap lgi hun tolong ambil pastu masukkan ke dalam bilik tamu ye." Balas Trisya sambil menukar lampin.

"Okey tilam baby nak bawa turun sekali tak." Soal Harriz.

"Tak payah la kan ada tilam queen nanti han tidur dengan baby sekali la." Jawab Trisya.

Tiba-tiba Haida menangis Harriz terus memberinya kepada Trisya. Trisya menyambut dan menyusukan anaknya. Humaira yang baru turun terus ke ruang tamu.

"Yeh The Twins dah balik tak sabarnya nak ada baby sendiri." Kata Humaira dengan ceria.

"Ala tak lama lagi ada la lagi 3 bulan saja lagi.

"3 bulan lama lagi la angah." Ucap Humaira.

"Ye la tu." Kata Harriz tak nak mengalah. Trisya perasan raut wajah Humaira sudah berubah terus memandang ke arah Harriz.

"Hun boleh tolong ambil nasi tak han lapar la." Ujur Trisya dengan manja.

"Okey boleh kejap ya." Balas Harriz dan berlalu ke dapur.

"Thank kak ngah." Ucap Humaira. Trisya hanya tersenyum dan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience