BAB 38

Romance Completed 23498

Trisya balik dari pejabat terus baring di atas katil entah kenapa hari ini badannya terasa sangat letih sekali. Harriz masuk ke dalam bilik melihat Trisya sedang tidur dan masih memakai baju kerja pagi tadi.

"Han bangun." Harriz mengejutkan Trisya sambil mengoyangkan bahu Trisya.

"Erm.. Pukul berapa hun." Tanya Trisya dalam keadaan mamai.

"6.30 dah. Ni kenapa belum mandi lagi ni." Ujur Harriz sambil mengusap kepala Trisya.

"Tadi masa balik dari pejabat badan han rasa letih sangt ingat nak baring ja tak tahu pula sampai tertidur. Kepala han pening sikit mungkin kerja banyak sangat kot kat pejabat." Ucap Trisya sambil memicit kepalanya.

"Dah jom kita mandi nanti lambat pula." Ujur Harriz terus mencempung Trisya masuk ke dalam bilik air.

Selepas meletakkan Trisya di dalam bilik air Harriz keluar untuk mngambil tuala dan bathrob untuknya dan Trisya. Harriz dan Trisya mandi di dalam bathtub bersama-sama. Setelah selesai Harriz membantu Trisya memakai Bathrob. Setelah siap mereka keluar dan memakai pakaian dan bersiap untuk solat maghrib.

"Jom kejap lagi ayahanda marah pula kalau lambat." ujur Harriz sambil memakai songkok. Trisya hanya mengangguk.

"Han okey tak ni boleh jalan tak." Tanya harriz.

"Okey tapi pening lagi la hun." Balas Trisya sambil memegang kepalanya.

"Tak pa biar hun pimpin." Ujur Harriz. Trisya hanya mengangguk dan mereka berlalu ke mini surau.

Mereka berjalan ke mini surau dengan berpimpin tangan. Tengku Ratna melihat Trisya dipimpin oleh Harriz dengan kerutan di dahinya.

"Trisya kenapa tak sihat ke." Tanya Tengku Ratna dengan cemas.

"Trisya okey bonda cuma pening ja mungkin kerja banyak sangat di pejabat tadi tu yang pening macam ni." Ujur Trisya sambil duduk di sisi Tengku Ratna.

"kerja-kerja juga kesihatan kena jaga nanti bonda suruh Mak Nab bawakan bubur dan ubat ke bilik ya." Ujur Tengku Ratna dan Trisya hanya mengangguk.

"Terima kasih bonda." Ucap Trisya dan terus peluk Tengku Ratna da Tengku Ratna membalas pelukan Trisya.

"Sama-sama sayang." Ujur Tengku Ratna.

"Dah jom solat nanti habis waktu pula." Ucap Tengku Esmail di hadapan sekali.

Mereka menunaikan solat dengan khusyuk sekali setelah selesai mereka bersalaman antara satu sama lain. Trisya yang merasa kepalanya semakin sakit meminta diri untuk masuk ke biliknya. Haira keluar dari surau mini kerana ingin ke dapur terkejut apabila melihat Trisya terbaring diatas lantai terus menjerit memanggil Harriz.

"Angah tolong angah cepat." Jerit Haira dengan kuat. Harriz yang mendengar terus berlari mendapatkan Haira.

"Kenapa ni acik." Ucap Harriz sambil berlari.

"Kak ngah pengsan tadi acik nak minum air di dapur bila acik keluar ja dari surau mini kak ngah sudah terbaring disini." Terang Haira dengan cemas.

"Ya allah han bangun han." Harriz cuba kejutkan Trisya.

"Dah tak perlu kejutkan Trisya angkat bawa pergi hospital. Kamal,zakwan tolong angah." Ujur Tengku Esmail. Kamal dan Zakwan hanya mengangguk.

Dalam perjalanan ke hospital Harriz cuba kejutkan Trisya tapi tak berhasil. Akhirnya mereka sampai di hospital Kamal terus memanggil nurse yang bertugas untuk membantu mereka. Harriz mengangkat trisya keluar dari kereta. Setelah 30 minit dirawat seorang doktor keluar memanggil waris keluarga pesakit.

"Suami Datin Nur Ayda Batrisya." Panggil doktor yang bernama mawar itu.

"Ya saya macam mana keadaan isteri saya doktor." Tanya Harriz.

"Keadaan Datin okey sekarang dia masih belum sedar tapi kami dah membuat beberapa ujian kepadanya dalam 30 minit lagi akan keluar keputusannya." Jawab Doktor mawar.

"Boleh saya tengok isteri saya doktor." Soal Harriz.

"Boleh tapi sekarang biarlah Datin berehat dulu." Balas Doktor mawar.

"Baik doktor terima kasih." Ucap Harriz.

"Sama-sama kalau macam tu saya minta diri dulu." Doktor mawar berlalu pergi. Harriz hanya mengangguk.

"Angah kitorang pergi solat dulu ya nanti apa-apa coll ya." Ujur Kamal. Harriz hanya mengangguk.

Harriz masuk ke dalam bilik yag menempatkan Trisya. Harriz menggengam tangan Trisya. Trisya yang merasa tangannya digenggam terus membuka mata.

"Hun." Panggil Trisya dengan perlahan.

"Han, Han dah sedar. Ada sakit kat mana-mana tak." Tanya Harriz.

"Tak cuma sekarang han ada dimana ni." Soal Trisya kepada Harriz balik.

"sekarang han ada di hospital tadi han pengsan depan tangga." Balas Harriz.

"Oh tadi masa han nak masuk bilik tiba-tiba kepala sakit sangat lepas tu han dah tak ingat apa-apa sedar-sedar ja dah ada kat sini." Ujur Trisya.

"Kejap lagi doktor datang kot sebab tadi doktor kata keputusan ujian han tak keluar lagi." Ujur Harriz. Trisya hanya mengangguk.

"Okey." Jawab Trisya ringkas.

"Han nak makan tak kalau nak makan hun boleh minta tolong Kamal belikan." Tanya Harriz.

"Boleh juga tapi han nak makan roti ja la." Balas Trisya. Harriz hanya membalas dengan anggukkan.

'Kamal tolong beli roti dan air milo sekali untuk Trisya.'- Hariz

'Okey.'- Kamal

10 mini kemudian Kamal masuk ke dalam bilik Trisya dengan bungkusan roti dan air. Harriz yang sedang menjaga Trisya bangun dan mengambil roti dan air lalu membuka dan menghulurkan ke mulut Trisya.

"Angah kitorang balik dulu la nanti kitorang datang lagi." Ujur Kamal

"Ha yala nanti tolong tengok-tengokkan si kembar ya nanti kalau ada apa-apa aku bgitahu." Ucap Harriz sambil menyuap Trisya.

"Baik. Assalammualaikum." Ucap Kamal.

setelah 30 minit menunggu akhirnya doktor yang merawat Trisya tadi datang dengan beberapa fail di tangannya. Harriz yang melihat doktor itu masuk terus berdiri.

"Tengku keputusan dah kluar saya ada satu berita gembira untuk Tengku dan Datin." Ujur Doktor itu.

"Berita apa doktor." Tanya Harriz.

"Beritanya adalah Datin disahkan pregnant 3 minggu." Balas Doktor mawar.

"Betul ke ni doktor." Soal Trisya tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Ya betul Datin dan ni gambar scan tadi." Jawab Doktor mawar lalu enghulurkan 3 keping gambar scan kepada Trisya.

"Ya allah alhamdulillah ya allah." Ucap Trisya dan Harriz serentak.

"Mulai sekarang Datin tak boleh buat kerja berat-berat banyakkan berehat dan makan kena jaga ya. Datin ada apa-apa nak tanya." Ujur doktor mawar.

"bila saya boleh keluar doktor." Tanya Trisya

"Kalau tak ada apa-apa nanti nurse akan bagi surat dan Tengku boleh buat pembayaran dan Datin boleh balik ya." Balas Doktor Mawar.

"Okey Thank you doktor." Ucap Trisya dengan senyuman.

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya." Ucap doktor mawar. Harriz dan Trisya hanya mengangguk.

"Alhamdulillah hun tak lama lagi si kembar nak dapat adik tak sabarnya.

"Han nak buat kejutan pada family kita. Kejap lagi hun suruh mama dan papa datang ke rumah ayahanda dan kita bagitahu berita gembira ni dan hun nak beli sikit makanan." Ujur Harriz dengan senyuman.

Ikut hun la. Han okey tak ni tak ada rasa mual ke nak muntah-muntah ke." Tanya Trisya kepada Harriz.

"Tak ada pun mungkin kali ni baby tak nak baba muntah-muntah kot." Jawab Harri.

"Yela tu jangan nanti sampai muntah-muntah macamsebelum ni sudah. Kesian han tengok hun." Ujur Trisya.

"Tak pa tu baru sikit kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan hun untuk melahirkan zuriat hun. Hun rela muntah-muntah macam tu tau." Ucap Harriz sambil mengusap kepala Trisya.

"Thank hun I LOVE YOU so much." Ujur Trisya.

"LOVE YOU TOO very much." Ucap Harriz lalu mengucup bibir Trisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience