BAB 22

Romance Completed 23498

Sudah 2 minggu Humaira bercuti di pulau perhentian hari ini dia akan balik ke Kuala Lumpur semula berat hatinya nak meninggalkan pulau ini rasa tenang saja.

"Humm.. Rasa macam tak nak balik pun ada kalau balik mesti mamat tu ada em.. Tak pa lepas ni kalau aku jumpa dia aku buat tak tahu ja. Buat macam tak kenal ja." Kata Humaira sambil mengangguk kepala.

Setelah siap mengemas barang Humaira terus cheak-out dan menaiki bot. Setelah sampai di jeti Humaira terus ke Station bas dan menaiki bas untuk balik ke Kuala Lumpur.

"Berapa pak cik." Tanya Humaira kepada pemandu teksi itu.

"RM38 nak." Balas pemandu teksi itu.

"Pak cik simpan bakinya ya. Assalammualaikum." Ujur Humaira sambil menghulurkan sekeping RM50 kepada pak cik itu.

"Terima kasih ya nak. Wa'alaikummussalam." Jawab Pak cik itu. Humaira hanya tersenyum dan mengangguk.

Humaira melangkah dengan keluhan yang berat masuk ke dalam perkarangan rumah Tengku Esmail sedang dia berjalan dia melihat Kamal dan Zakwan sedang berbual di sebuah kerusi batu. Humaira hanya berjalan seperti tak ada siapa pun disitu.

"Hai tak kan tak nampak kita duduk disini kot." Ujur Kamal. Zakwan hanya mendiamkan diri kerana dia masih memikirkan tentang video yang dihantar oleh Khalish sejak Humaira bercuti di pulau perhentian. Dimana video Humaira meluahkan perasaannya di tepi pantai ketika melihat video itu Zakwan juga turut menangis.

"Assalammualaikum." Humaira memberi salam.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Mak Nab sambil membuka pintu.

"Eh.. Humaira bila balik." Tanya Mak Nab.

Baru ja Mak Nab okey la Mak Nab Humaira naik dulu nanti makan malam Mak Nab hantar kat bilik boleh tak Humaira malas la nak turun." Ujur Humaira sambil melangkah naik ke biliknya.

Tepat pukul 8.30 semua sudah berkumpul di meja makan dan mula menjamu selera. Tengku Ratna melihat Mak Nab yang sedang menatang dulang menaiki tangga terus memanggilnya.

"Kak Nab nak bawa nasi tu untuk siapa. Trisya belum makan ke." Tanya Tengku Ratna.

"Eh.. Puan Trisya dah makan dah ni untuk Humairah tadi dia ada pesan suruh hantar makan malam ke bilik dia malas turun katanya." Jawab Mak Nab.

"Eh.. acu dah balik ha okey la kalau macam tu kak Nab naik hantar kat acu dulu nanti turun kita makan sama-sama ya." Ujur Tengku Ratna. Mak Nab terus melanjutkan tugasnya.

"Kenapa dengan acu tu ya kebelakangan ni lain macam saja perangainya." Ujur Tengku Ratna.

"Tak pa nanti Abang try cakap dengan dia." Ucap Tengku Esmail. Tengku Ratna hanya mengangguk.

Usai makan Tengku Esmail terus menuju ke bilik anak bongsunya. Dari luar dia mendengar bunyi esakkan tangisan. Tengku Esmail mengetuk pintu bilik Humaira.

"Siapa?." Soal Humaira. 

"Ayahanda. Acu tolong buka pintu ni Ayahanda nak cakap sesuatu." Jawab Tengku Esmail. Humaira terus membuka pintu.

"Kenapa dengan anak ayahanda yang sorang ni. kalau acu ada masalah acu boleh bagitahu ayahanda jangan pendam sorang-sorang." Ujur Tengku Esmail sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Ayahanda acu tak layak na mencintai dan dicintaike ayahanda." Tanya Humaira sambil mata yang sudah berkaca.

"Kenapa acu cakap macam tu." Kata Tengku Esmail sambil berkerut dahi.

"Tak ada la dulu masa acu bercinta dengan Shah ada orang ketiga sekarang bila acu mula mencintai seseorang tapi orang itu buat acuh tak acuh ja dengan acu padahal dulu dia yang mula luahkan perasaan dia pada acu mungkin sudah takdir acu untuk mencintai tapi tak dicintai." Ucap Humaira didalam pelukan ayahnya.

"Dah tak payah duk fikir yang bukan-bukan nanti adalah yang mencintai acu dah acu tidur tak payah duk fikir sangat nanti penyakit lain pula jadi." Ujur tengku Esmail sambil menyelimutkan Humaira.

Setelah Humaira mula menutup mata baru Tengku Esmail keluar dari bilik Humaira. Harriz sejak dari tadi sudah menunggu di luar bilik Humaira dia sudah mendengar luahan  hati adiknya tadi.

"Ayahanda macam mana." Tanya Harriz.

"Em.. Macam yang angah dengar tadi. Cuma sekarang ayahanda nak tahu siapa yang pernah luahkan perasaan dia pada acu pastu buat acuh tak acuh  pula pada acu." Soal Tengku Esmail sambil berpeluk tubuh.

"Em.. sebenarnya orang tu adalah Zakwan ayahanda dan angah tak tahu pula plan kitorang boleh jadi macam ni sekali." Balas Harriz sambil mengaru kepalanya yang tak gatal.

"Plan apa pula ni cuba angah bagutahu ayahanda now." Ujur Tengku Esmail dengan nada yang tegas. Harriz mula menceritakan segalanya kepada ayahandanya.

"Hai angah-angah kenapa angah buat macam ni tak kesianke dekat acu." Tanya Tengku Esmail.

"Angah buat macam ni sepaya acu mangaku yang dia cintakan Zakwan tapi tak sangka pula sampai boleh jadi macam ni sekali." Jawab Harriz.

"Dah sekarang ayahanda nak pergi tidur dan esok suruh Zakwan jumpa ayahanda di bilik bacaan pukul 9 pagi." Ujur Tengku Esmail dan berlalu pergi.

Harriz pun melangkah ke biliknya. Dia membuka pintu dan melihat Trisya sedang menyusu. Trisya hanya tersenyum melihat Harriz.

"Tak tidur lagi. Hun ingatkan Han dah tidur." Ujur Harriz sambil duduk dibirai katil.

"Belum. Tadi baru nak tidur tiba-tiba Huzaid bangun sampai sekarang duk menyusu lagi." Jawab Trisya.

"Kenapa anak baba yang sorang ni tak tidur lagi tak kesian dekat ummi ke baru nak tidur ada yang nak menyusu." Ucap Harriz sambil mencuit pipi anaknya.

Setelah meletakkan Huzaid ke dalam baby cot Harriz baring disebelah Trisya. Lama dia termenung sambil memandang siling biliknya sampai Trisya panggil pun dia tak dengar akhirnya Harriz tersedar dari lamunannya apabila Trisya menampar lengannya dengan kuat sekali.

"Aduh sakit la Han kenapa tampar Hun ni." Soal Harriz sambil mengosok lengannya.

"Dah Han panggil banyak kali tapi Hun tak dengar tu yang Han tempar. Hun fikirkan apa sampai macam tu sekali." Ujur Trisya. Sambil bermain dengan jari jemari Harriz.

"Hun fikirkan pasal acu rasa bersalah pun ada." Ujur Harriz.

"Tula Han pun rasa bersalah juga tak pa kita doakan je yang terbaik untuk diorang kalau ada jodoh tak akan pi mana. Okey la Han dah mengantuk ni Assalammualaikum, good night my love." Ucap Trisya kemudian dia mencium bibir Harriz sepantas kilat. Harriz hanya tersenyum. Dan itu la rutin Trisya sebelum tidur.

Tok.. Tok.. Tok..

"Masuk." Laung Tengku Esmail. Zakwan masuk ke dalam bilik bacaan itu dengan gugup.

"Tan sri nak jumpa saya." Tanya Zakwan.

"Ya sila duduk." Balas Tengku Esmail. Zakwan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh Tengku Esmail.

"Saya nak tanya apa perasaan kamu pada anak saya sekarang ni. Jujur dengan saya sekarang." Tanya Tengku Esmail tanpa berselindung. 

"Sejujurnya saya masih mencintai dia tapi disebabkan Tengku Harriz suruh saya ikut plannya jadi saya pun bersikap acuh tak acuh dengan dia." Jujur Zakwan kepada Tengku Esmail.

"Okey lepas ni jangan ikut lagi plan tu. Kamu buat macam biasa saja. Semalam Humaira ada bagitahu saya dia dah mencintai kamu saya nak kalau awak betul-betul sukakan anak saya kamu ikatlah dia. Kamu faham apa maksud saya." Ucap Tengku Esmail.

"Faham Tan Sri. Ada apa-apa lagi Tan Sri." Soal Zakwan. Tengku Esmail hanya mengelengkan kepala dan Zakwan berlalu pergi.

Bila Zakwan keluar dari bilik bacaan itu dia terserempak dengan Humaira. Humaira yang hendak naik ke biliknya terkejut apabila melihat Zakwan dihadapannya. Humaira terus berlari ke biliknya.

"Wey.. Tan Sri panggil kau buat apa." Tanya Kamal. 

"Tak ada apa cakap pasal Humaira je. Tan Sri kata kalau aku betul-betul sukakan Humaira aku kena ikat dia tapu nak ke Humaira kahwin dengan usia yang muda." Balas Zakwan sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Kau try la tanya dia mana tahu dia nak." Suara Haira menyampuk dari belakang. Zakwan terkejut begitu juga dengan Kamal.

"Honey.. dah lama ka honey ada di situ." Tanya Kamal kepada Haira.

"Lama juga sempau la dengar apa yang bie bualkan dengan Zakwan. Dan kau Zakwan try la tanya dia mana tahu nanti boleh naik pelamin sekali betul tak bie." Ujur Haira sambl duduk disebelah Kamal.

"Betul." Jawab Kamal ringkas.

"Tadi Tan Sri ada bagitahu aku yang Humaira ada bagitahu Tan Sri yang dia dah mencintai aku. Tapi aku takut la tah aku pun tak tahu apa yang aku takutkan." Ujur Zakwan.

"Kalau macam tu nanti aku tanyakan." Balas Haira.

Ting.. Telefon Zakwan berbunyi menandakan ada mesej masuk. Zakwan membaca terus menunjukkan pada Kamal. Kamal hanya mengangguk.

"Honey.. boleh tak tolong panggilkan Puan Trisya sebab Tengku suruh kitorang bawa dia dan anak-anak ke perjabat." Tanya Kamal.

"Boleh jap." Jawab Haira ringkas dan berlalu pergi.

"Jom aku start kereta dulu. Kau pergi tolong Puan dukung baby hehe.." Ucap Zakwan dengan sengihan jahat.

"Yela-yela nanti kau buka pintu siap-siap." Ujur Kamal.

"Okey." Jawab Zakwan dengan ringkas.

Haira berjalan nemuju ke bilik Trisya. Haira mengetuk pintu tapi tiada sahutan. Haira terus membuka pintu. Dia mecari Trisya tapi tak ada tiba-tiba dia mendengar bunti pancuran air dari bilik air dan dia terus ke baby cot dia melihat anak buahnya sedang tidur.

"Ala comelnya anak-anak buah acik Haira ni tak sabar pula nak ada anak sendiri." Ucap Haira dengan senyuman.

"Kalau nak kena la kahwin dulu. Calon dah ada apa lagi." Ujur Trisya yang baru keluar dari bilik air.

"Eh kak ngah calon ada tapi tak tau bila nak kahwinnya. Oh ya kak ngah tadi Kamal suruh panggil kak ngah sebab angah suruh bawa kak ngah dan baby pergi perjabat." Balas Haira.

"Oh ha ni kak ngah tengah siap la ni taddi angah ada coll dia kata na ajak jalan-jalan kat shopping mall. Acik nak ikut tak kalau nak pergi la siap kita gerak sekarang." Tanya Trisya.

"Boleh ke kak ngah okey juga boleh dating sekali hehe." Ujur Haira dengan teruja.

"Boleh dahpergi siap nanti kak ngah tunggu di kereta ye." Balas Trisya. Haira hanya mengangguk.

Setelah siap Haira terus ke kereta dan mereka bertolak ke office Harriz. Setelah sampai Harriz yang sedang menunggu terus masuk ke dalam keretanya. Mereka bertolak ke shopping mall.

"Ni macam mana acik boleh ikut ni." Tanya Harriz.

"Ala tadi kak ngah ajak alang-alang boleh la dating sekali dengan kesayangan." Jawab  Haira. Harriz mencebik dan Trisya hanya mengelengkan kepala. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience