BAB 44

Romance Completed 23498

Setelah sampai di hospital Humaira dirawat di wad kecemasan. Haira menelefon Zakwan tapi tak diangkat lalu Haira menelefon Kamal pula.

"Hello assalammualaikum bie Wa ada tak." Tanya Haira.

"Wa'alaikummussalam Wan pergi toilet kenapa." Balas Kamal.

"Bie tolong bagitahu Wan yang acu masuk hospital tadi acu pingsan tak sedarkan diri." ujur Haira.

"Astaghfirullah sekarang honey ada kat mana dan acu dirawat di hospital mana." Soal Kamal.

"Acu dirawat di hopital KPJ dan honey ada di hospital dengan bonda." Jawab Haira.

"Okey nanti bie bagitahu Wan ya honey jaga diri jangan stress insyaallah acu tak ada apa-apa." Pesan Kamal.

"Baik bie bye love you." Ucap Haira.

"Love you too." Balas Kamal dan menamatkan panggilan.

Kamal terus berlari masuk ke dalam bilik Harriz untuk memberitahu khabar yang disampaikan oleh Haira tadi.

TOK... TOK...

"Masuk." Laung Harriz. Kamal masuk dengan perlahan-lahan.
"Angah sibuk ke." Tanya Kama.

"Tak juga kenapa." Jawab Harriz.

"Em.. Tadi Haira coll bagitahu acu masuk hospital sekarang dirawat di hospital KPJ." Ujur Kamal.

"What!!!! Masuk hospital jom kita pergi sekarang." Kata Harriz lalu mengemas mejanya.

"Baik angah." Jawab Kamal

"Wan dah tahu belum." Tanya Harriz di depan lift.

"Belum angah tadi dia pergi toilet jadi saya bagitahu angah dulu la sementara dia nak keluar dari toilet tu." Jawab Kamal.

"Jom kita gerak dulu nanti aku bagitahu kat dia nanti kalau kita bagitahu dia awal-awal laju pula dia bawa kereta tu." Ujur Harriz.

"Baik angah." Jawab Kamal dengan ringkas.

Sampai saja di kereta Kamal terus membuka pintu kereta untuk Harriz. Zakwan terus menghidupkan enjin kereta dan menunggu arahan Harriz.

"Wan kita ke hospital bahagian kecemasan sekarang." Ucap Harriz.

"Baik angah tapi siapa yang sakit angah." Tanya Zakwan.

"Drive dulu nanti aku bagitahu kau." Balas Harriz dengan serius.

"Setelah 30 minit memandu akhirnya mereka sampai di hospital. Harriz,Kamal dan Zakwan berdiri dihadapan pintu kecemasan sambil menunggu Harriz memberitahu sesuatu.

"Wan tadi kau tanya siapa yang sakitkan sekarang aku bagitahu kau. Tadi acik coll Kamal bagitahu yang acu pengsan sekarang dirawat disini." Ucap Harriz. Zakwan yang mendengar terus berlari masuk ke dalam.

"Kan aku kata apa tadi. Wan ni kalau dengar je acu sakit terus jadi macam cacing kepanasan." Ujur Harriz sambil mengeleng kepala.

"Nurse saya nak tanya Tengku Ezara Humaira dirawat dimana." Tanya Zakwan dengan cemas kepada nurse yang bertugas.

"Sekejap ya." Ucap Nurse itu.

"Okey sekarang Tengku Ezara Humaira sedang dirawat di bilik 03 Encik boleh tunggu di hadapan bilik 03 ya." Ujur Nurse itu lagi.

"Terima kasih ye." Ucap Zakwan dan berlari mencari bilik 03.

"Ayahanda." Panggil Zakwan lalu menyalam tangan Tengku Esmail.

"Wan duduk dulu acu masih dirawat." Ucap Tengku Esmail.

"Macam mana Humaira boleh pengsan bonda." Tanya Zakwan kepada Tengku ratna.

"Bonda pun tak tahu tadi acik jerit panggil boonda dan Mak Nab bila kitorang keluar tengok acu dah terbaring di lantai dekat tangga." Terang Tengku Ratna.

"Tak apa la bonda kita tunggu doktor keluar dulu ya." Ujur Harriz.

Doktor masik belum keluar memberi khabar tentang Humaira. Trisya bejalan sambil memegang perutnya yang semakin membesar itu.

"Hun." Panggil Trisya dari jauh. Harriz yang mendengar terus berlari kearah Trisya.

"Han kan hun kata jangan datang kanapa datang juga." Soal Harriz dengan cemas.

"Han risau la tu yang han datang juga lagi pun bukan han yang drive kereta mus yang drive." Balas Trisya.

"Ye la jom duduk di kerusi." Ujur Harriz.

"Acu macam mana." Tanya Trisya.

"Tak tahu dktor pun belum.." Belum sempat Harriz menghabiskan kata-kata seorang doktor keluar dari bilik 03.

"Keluarga Tengku Ezara." Tanya Doktor itu.

"Kami doktor macam mana keadaan anak saya doktor." Tanya Tengku Esmail.

"Begini keadaan Tengku Ezara stabil cuma sedikit luka didahi dan alhamdulillah kandungannya pun selamat." Ucap doktor itu dengan senyuman.

"Kandungan." Kata mereka serentak.

"Ya. Kandungan Tengku Ezara baru masuk 4 bulan." Ujur doktor itu lagi.

"Alhamdulillah Thank you doktor boleh kitorang masuk." Tanya Harriz.

Boleh silkan saya minta diri dulu ya." Jawab doktor dan berlalu pergi.

Semua masuk kedalam bilik itu dengan senyuman. Humaira masih belum sedar.

"Tahniah Wan senyap-senyap ye tahu-tahu dah 4 bulan dah." Ucap Harriz sambil berpeluk tubuh.

"Thank you angah. Saya pun baru tahu terkejut juga tadi bila doktor bagitahu dah 4 bulan." Ujur Zakwan.

Perlahan-lahan Humaira membuka mata orang pertama yang dilihatnya adalah Trisya yang sedang duduk disisi kirinya.

"Kak ngah." Panggil Humaira perlahan. Trisya terus memandang kearah Humaira.

"Ya Allah acu dah sedar syukur alhamdulillah." Ucap Trisya. semua yang ada disitu terus memandang ke arah Humaira.

"Acu kat mana ni." Tanya Humaira sambil memegang kepalanya yang masih sakit.

"Sekarang acu ada di hospital tadi acu pengsan." Balas Tengku Ratna.

"Pengsan. Oh tadi masa acu nak turun tangga tiba-tiba kepala acu pening pastu acu jatuh tangga lepastu acu ada rasa sakit perut dan lepastu acu dah tak ingat apa-apa dah." Ujur Humaira.

"Jatuh tangga Ya Allah nasib tak ada apa-apa jadi kat baby dalam tu." ujur Trisya sambil muncung mulut kearah perut HUmaira.

"Baby. Apa kak ngah merepek ni." Ucap Humaira dengan keliru.

"Ya baby dalam ni ada baby kita." Kata Zakwan sambil mengusap perut isterinya.

"Hubby jangan main-main boleh tak." Ujur Humaira dengan serius.

"Ye betul tadi doktor bagitahu yang darling pregnant 4 bilan kalau tak percaya tanya ayahanda." Ujur Zakwan.

"Betul ke ayahanda." Tanya Humaira.

"Betul acu bertambah lagi la cucu ayahanda tahun ni kan alhamdulillah." Ucap Tengku Esmail.

Dalam mereka sedang berbual-bual datang seorang doktor dan nurse. Setelah selesai memeriksa keaaan Humaira doktor itu memberitahu yang Humaira sudah boleh pulang. Semua gembira dengan berita itu.

"Em.. Ayahanda ingat nak buat kenduri kesyukuran untuk Trisya,Acik dan Acu macam mana Angah,Kamal dan Zakwan setuju tak." Ujur Tengku Esmail yang sedang duduk di ruang tamu.

"Angah okey j tapikena tengok schedule dulu ayahanda sebab sekarang projek banyak baru masuk la." Jawab Harriz sambil mengusap tangan Trisya.

"Ayahanda ingat nak buat hujung minggu ni Kamal dengan Zakwan okey tak." Tanya Tengku Esmail.

"Kamal okey je ayahanda lagipun kandungan Haira pun dah nak masuk 7 bulan." Balas Kamal.

"Zakwan pun okey ayahanda." Kata Zakwan pula. Tengku Esmail hanya mengangguk.

"Kalau macamtu angah pun okey la sebab hujung minggu ni angah tak ada apa-apa." Ujur Harriz sambil minum air teh halia yang dibuat oleh Trisya.

"Okey kalau macam tu biar bonda yang uruskan bab makanan. Ayahanda and the boys uruskan khemah and mak buyung sekalian sila duduk di tepi ya." Ucap Tengku Ratna dengan senyuman.

"Baik bonda." Jawab semua yang ada di ruang tamu itu.

Mereka semua berbual sehingga masuk waktu maghrib. Akhirnya semua minta diri ke bilik masing-masing untuk menbersihkan diri dan berkumpul di surau mini untuk solat berjemaah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience