BAB 40

Romance Completed 23498

Kereta yang dipanduoleh Akim telah sampai di hospital. Trisya dan Haira keluar dari perut kereta dan menunggu Akim di krusi yang disediakan. Setelah meletakkan kereta di tempat yang disediakan Akim bergegas ke tempat Trisya dan Haira.

" Datin jom." Kata Akim sambil menundukkan kepalanya.

"Akim boleh tak awak tolong ambilkan kerusi roda untuk Haira. Kaki Haira ni sakit jadi tak boleh berjalan sangat." Ujur Trisya.

"Baik Datin." Balas Akim dan berlalu mengambilkan kerusi roda untuk Haira.

"Tengku silakan." Ujur Akim sambil memegang kerusi roda.

Setelah Haira duduk diatas kerusi roda dan Akim menolaknya ke arah lift. Trisya berjalan disebelah kanan Haira dan Akim hanya tersenyum.

"Kak ngah kenapa asyik senyum-senyum ja ni." Tanya Haira.

"Tak ada ni angah tak sabar-sabr nak tahu pasai baby dia." Jawab Trisya.

"excited lebih la angah ni kita masuk pun belum." Ujur Haira sambil membalas chat dari Kamal.

"Tula." Ucap Trisya dengan ringkas.

Setelah tiba dibahagian ibu dan anak Trisya dan Haira menunggu di kerusi yang disediakan. Akim pergi mendeftar nama Trisya dan Haira di kaunter pendaftaran setelah selesai Akim kembali bediri di belakang Haira yang duduk di kerusi roda.

"Nur Ayda Batrisya dan Tengku Ezara Haira." Panggil nurse yang bernama Atikah.

"Silakan." Nurse itu mempersilakan Trisya dan Haira masuk ke dalam bilik doktor itu.

"Silakan duduk puan." Ucap doktor itu sambil membaca kertas-kertas di hadapannya.

"Baik sekarang..." Kata-kata doktor itu terhenti selepas melihat wajah Trisya.

"Trisya." Nama Trisya disebut dengan riak wajah terkejut. Trisya yang mendengar namanya dipanggil terus mengangkat wajahnya.

"Sha.. Kau buat apa di sini." Tanya Trisya dengan riak terkejut.

"Aku kerja kat sini. Kau buat apa disini." Soal Shasha.

"Aku nak check la apa lagi." Jawab Trisya.

"Lamanya aku tak jumpa kau last aku jumpa kau masa kau khawin dulu." Ujur Shasha.

"Tula kau, aku chat pun tak balas kau pergi mana." Tanya Trisya.

"Sorry la Trisya aku sibuk la kan masa tu aku kerja hospital di Sydney dan sekarang aku balik dan berkerja disini baru 2 minggu." Terang Shasha.

"Oh yaka okey la kau check adikipar aku dulu pastu baru kau chec aku on." Ujur Trisya.

"On. okey jom." Ucap Shasha .

Setelah selesai melakukan pemeriksaan kepada Trisya dan Haira. Shasha duduk di kerusinya sambil menulis sesuatu. Trisya dan Haira pula sedang membalas chat dari suami masing-masing.

"Okey Haira alhamdulillah baby sihat. Lepas ni jaga permakanan dan kandungan pun dah masuk 5 bulan lagi satu jangan buat kerja berat-berat ya." Ujur Shasha.

"Kak sha, Haira selalu sakit kaki kak sha ada petua tak." Tanya Haira.

"Oh kalau yang tu Haira boleh urut dengan minyak." Jawab Shasha. Haira hanya mengangguk.

"Ada apa-apa lagi yang Haira nak tanya." Soal Shasha. Haira hanya menjawab dengan gelengan.

"Okey kalau kau Trisya aku tengok dalam gambar ni ada 2 kantung so baby kau kembar dan kedua-duanya sihat alhamdulillah." Ucap Shasha dengan gembira.

"Wow ni mesti angah happy sebab baby dia twin lagi." Ujur Haira dengan gembira. Trisya hanya mengangguk.

"Anak kau sebelum ni kembar ke Trisya. Sorry la aku tak tahu." Ucap Shaha.

"Ya sebelum ni anak aku kembar 3 dan sekarang kembar 2 pula alhamdulillah rezeki." Kata Trisya sambil tersenyum.

"Wow congratulations Trisya lepas ni kau kena jaga permakanan,jangan buat kerja berat-berat, jangan stress dan kalau ada apa-apa tanda terus datang hospital okey Haira pun sama." Ucap Shasha.

"Okey dan kau bi... " Kata-kata Trisya terhenti bilaada yang menerjah masuk kedalam bilik itu.

"Baby keap lagi kita lunch sekali ya." Kata seorang lelaki sambil menatap telefonnya.

"Okey hubby." Balas Shasha dengn malu-malu.

"Erm.." Haira berdeham dengan kuat sehingga lelaki itu mengangkat wajahnya.

"Eh Haira, Trisya buat apa kat sini." Tanya lelaki itu.

"Buat apa lagi kalau dah ada dibahagian ibu dan anak. Abang Dan tu buat apa disini siap baby-baby hubby-hubby lagi." Soal Haira sambil berpeluk tubuh.

"Abang ajak tunang abang pergi lunch la apa salah ke kalau nak ajak tunang sendiri pergi lunch." Ujur Daniel selamba.

"WHAT TUNANG!!!!! Kau tak bagi tahu aku pun yang kau dan bertunang dengan Daniel pula tu." Jerit Trisya dengan kuat.

"Sorry Trisya aku bukan tak nak bagitahu tp aku pun baru tahu yang aku sebenarnya tunang orang. Baru 2 minggu lepas Daniel datang rumah aku jumpa mommy daddy aku dia cakap nak ajak tunang dia keluar aku pun ingatkan adik aku yang jadi tunang dia tapi bila adik aku turun dia cakap yang si Daniel ni tunang aku terus aku pengsan beb. Kau pun tahu perasaan aku,aku ada cerita kat kau kan masa hari pernikahan kau tu." Terang Shasha dengan panjang.

"Jadi bila kau dengan Daniel nak berlangsung." Tanya Trisya dengan nada tegas.

"Hujung bulan depan kad pun belum siap lagi nanti dah siap aku bagi kat kau ya." Jawab Shasha. Trisya terus berdiri dan menghampiri Shasha.

"Tahniah Shasha nanti aku datang dengan husband dan anak-anak aku." Ucap Trisya dan terus memeluk Shasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience