"Bonda buat apa tu. Trisya nak tolong boleh." Tanya Trisya sambil duduk di kerusi meja makan.
"Boleh juga Trisya tolong perap ayam dengan daging ni. Bonda nak naik solat jap." Balas Tengku Ratna sambil membasuh tangan.
"okey." Ujur Trisya dengan ringkas. Tengku Ratna berlalu naik ke biliknya.
Trisya memakai sarung tangan plastik dan mula mengaul bahan-bahan untuk BBQ nanti. Harriz turun ke dapur untuk minum air bila terdengar suara orang sedang menyanyi Harriz mengintai untuk melihat siapa yang sedang menyanyi tu. Rupanya yang menyanyi itu adalah isterinya sendiri terus dia berjalan perlahan-lahan dan terus memeluk Trisya dari belakang. Akibat terkejut Trisya terus pusingkan badannya dan tertampal pipi Harriz.
"Sorry Hun. Han tak sengaja Hun. Maafkan Han." Ucap Trisya sambil menunduk.
"takpa, Hun yang salah ingat Han tak terkejut. sepatutnya Hun yang minta maaf dekat Han." Jawab Harriz.
"Ni Hun turun nak apa lapar ke." soal Trisya sambil sambung kerjanya yang tertangguh tadi.
"Oh tadi nak minum air tiba-tiba dengar ada orang sedang menyanyi bila sampai di depan pintu dapur tadi Hun mengintai la rupanya isteri Hun sendiri yang tengah menyanyi terus dapat akal untuk peluk Han tapi bila dah peluk tetiba ja dapat hadiah penampar pula." Jawab Harriz sambil menggosok pipinya.
"Tula buat Han terkejut lagi kan dah dapat hadiah penampar tu nasib penampar kalau kaki tadi macam mana." Ujur Trisya sambil membasuh tangan.
"Sorry Hun janji tak akan buat lagi. maafkan baba ya sayang-sayang baba." Ucap Harriz sambil mengusap perut Trisya. Kemudian Harriz terus memeluk Trisya dan mengucup dahi Trisya.
"Amboi sweetnya diorang kan Acik. Cemburu pula kita." Ucap Humaira.
"Sibuk ja nak cemburukan kita pula Tula orang nak kat dia tapi dia jual mahal. Jangan nanti kalau orang tu dah sakit hati dia akan buat endah tak endah ja kat kita." Balas Harriz menyindir Humaira. hairan yang mendengar terus ketawa. Trisya sudah berkerut dahi.
"Biar la Aci nak tengok usaha dia untuk dapatkan Acu." Ujur Humaira sambil berpeluk tubuh.
"Orang lelaki ni kalau dia dah luahkan perasaan dia maknanya dia serius la tapi kalau perasan dia tak dibalas baik dia move on dan cari yang lain." Jawab Harriz sambil meneguk air sejuk.
"Emm.. Yala." ujur Humaira sambil berlalu ke biliknya.
"Merajuk la tu." Ujur hairan dengan ketawa dan membuat hi-5 dengan Harriz. Trisya hanya menggelengkan kepala.
"Ha acik macam mana. Dia layan acik okey tak." Tanya Harriz kepada hairan.
"Okey ja Angah. Tapi tu la kitorang tengah cari akal nak satukan diorang tu." Balas hairan dengan muncung dihala kearah bilik Humaira.
"Tak apa nanti Angah tolong cari akal macam mana nak buat Acu luahkan perasaan dia dekat orang tu." Ujur Harriz sambil menepuk bahu adiknya. hairan hanya mengangguk.
"Okey la Angah dan kak ngah naik dulu la." Ucap Harriz sambil memimpin Trisya.
Harriz dan Trisya naik keatas. Trisya duduk di birai katil dan Harriz mengambil losyen untuk mengurut kaki Trisya sebab berdiri terlalu lama. Harriz duduk di hujung kaki Trisya dan Trisya bersandar dikatakan katil. Harriz mula mengurut kaki Trisya.
"Hun, Han nak tanya sikit boleh." Soal Trisya sambil memandang Harriz.
"Tanya apa." Balas Harriz ringkas.
"Siapa lelaki yang sedang tunggu jawapan Acu tu." Ujur Trisya sambil mengusap perutnya.
"Oh pasal tu. Sebenarnya tahun lepas Zakwan ada luahkan perasaan dia dekat Acu tapi Aci lari. Sampai sekarang belum ada jawapan dari Acu. Dan Acik pula dah 2 tahun bercinta dengan Kamal." Jawab Harriz sambil duduk di sebelah Trisya setelah selesai kerjanya.
"Oh.. Hun tak marah diorang bercinta dengan bodyguard Hun." Tanya Trisya sambil menyandarkan kepalanya didada Harriz.
"Buat apa nak marah lagi pun Hun tahu diorang bercinta dengan siapa dan Hun kenal hati budi Kamal dan Zakwan tu. kalau diorang jadi adik ipar Hun pun tak pa sebab dah tentu-tentu yang Kamal dan Zakwan tu boleh jaga adik-adik Hun tu." Jawab Harriz sambil membelai rambut Trisya.
"Wow baiknya Hun. macam mana Hun tahu yang diorang ada hati dengan adik-adik Hun." Soal Trisya lagi.
"Dak lama Hun tahu yang Kamal tu sukakan Acik dari 4 tahun yang lepas lagi. Terkejut juga Hun bila dia bagitahu yang dia nak bercinta dengan Acik. Pada mulanya Hun tak bagi tapi bila Hun dengar dari Adha yang Kamal pernah selamatkan Acik dari kena rogol start dari hari tu Hun benarkan diorang bercinta dan Hun menyuruh Kamal pantau keselamatan Acik. Dan Acu pula sehari sebelum Wan luahkan perasaan dia dekat Acu dia datang jumpa Hun minta kebenaran untuk bercinta dengan Acu. Selepas apa yang jadi pada Acik dan Hun tak nak perkara tu berlaku pada Acu pula jadi Hun benarkan tapi bila dia dah luahkan perasaan dia dekat Acu. Acu pula jual mahal kadang kesian juga Hun tengok Wan tu dia ja yang belum ada pasangan Aidil, Adha dan Kamal dah ada pasangan tapi dia masih menunggu jawapan dari Acu." Ucap Harriz panjang lebar.
"Oh ya pasal idea tu." Soal Trisya.
"Oh yang tu entah la Hun pun tak ada idea lagi la macam mana nak buat bagi Acu mengaku yang dia sukakan Wan tu." Jawab Harriz.
"Ha Han ada idea. Apa kata esok Zakwan buat endah tak endah dengan Acu. so macam ni kalau Acu datang dekat dengan Zakwan, Zakwan mengelak dari jumpa Acu. Nanti bila Acu nak cakap sesuatu Zakwan bagi la alasan apa-apa supaya Acu nampak yang Zakwan tu macam kecewa. Bila Zakwan macam tu mesti Acu ingat yang Zakwan dah tak sukakan dia so dari situ kita boleh bagi idea pada Acu untuk pikat Zakwan balik. Macam mana." Ucap Trisya baring dipaha Harriz.
"Okey juga tu esok Hun bagitahu Wan. Dah jom tidur esok lambat bangun pula. Good night My Queen, My Prince and My princess." Ucap Harriz sambil mengusap perut Trisya.
"Good night My King." Ucap Trisya.
Keesokannya semua sudah sibuk di dapur. Trisya pula sibuk menyusun meja diluar dengan Harriz. Bila melihat Zakwan dan Kamal sudah sampai Trisya mberi isyarat kepada Harriz. Harriz yang faham terus menuju ke arah Zakwan dan menyuruh Kamal menolong Trisya.
"Kamal, awak tolong susun boleh Saya nak duduk jap letih la pula asyik berdiri dari tadi." Ujur Trisya kepada Kamal.
"Baik Puan." Balas Kamal ringkas.
"Em.. Puan apa yang dibincangkan oleh Tengku dan Zakwan tu macam serius ja." Soal Kamal.
"Oh tu pasal Humaira nanti saya mesej awak." Jawab Trisya sambil menaip mesej dan dihantar kepada Kamal. Kamal terus membaca mesej Trisya sambil menganggukkan kepalanya.
"Macam mana kalau tak jadi Puan." Ujur Kamal.
"kalau tak jadi juga. Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi." Balas Trisya sambil mengusap perutnya yang sedang mengeras sedikit.
Setelah selesai Harriz dan Zakwan melangkah ke arah Trisya dan Kamal. Harriz yang melihat Trisya seperti menahan sakit terus duduk disebelah Trisya.
"Han okey tak. Nak pergi klinik ke." Tanya Harriz sambil memegang tangan Trisya yang sedang mengusap perutnya.
"Okey, baby mengeras je. Tak payah la Hun pergi tolong Kamal dan Zakwan tu Han nak duduk kejap." Jawab Trisya. Harriz mengangguk dan berlalu menyusun kerusi.
"Assalamualaikum." Zakwan menoleh apabila seseorang memberi salam.
"Waalaikumussalam." Jawab Zakwan.
"Zakwan saya nak cakap sikit boleh." Ujur Humaira.
"Maaf la Humaira saya ada banyak kerja ni saya pergi dulu ya." Balas Zakwan dan berlalu pergi meninggalkan Humaira.
'Kenapa dengan dia ni. Aku baru nak bagi tahu dia yang aku cintakan dia.' Gumum Humaira dalam hati lalu naik ke biliknya.
"Maafkan saya Humaira." Kata Zakwan dari sebalik dinding yang memisahkan dia dan Humaira.
Para tetamu sudah berkumpul di laman rumah Tengku Esmail. Semua menikmati hidangan dengan gembira sedang pada semua gembira ada yang sedang mengintai dengan hati yang membara.
"Argh.. Tak guna macam mana diorang boleh berbaik ari tu bukan diorang dah start gaduh ke." Ujur Najwa dengan nada marah.
"Tak pa sekarang Korang boleh la gembira lagi lepas ni jangan harap. Kalau aku tak dapat Harriz kau pun tak akan dapat dia." Ucap Najwa lagi dan memandu keretanya dengan laju.
Suasana dikediaman Tengku Esmail sangat meriah. Harriz dan Trisya duduk satu meja dengan Balqis dan Eusoff sambil berbual-bual kosong.
"Ha Acu kenapa duduk sorang-sorang ni mai la join kitorang." Panggil hairan yang sedang duduk disebelah Kamal..
"Tak apa lah Acik, Acu duduk kat sini ja Korang makan kat." Balas Humaira yang sedang duduk di tepi kolam renang.
"Rancangan kita macam berjaya ja. Dari suara dia dengar macam sedang putus cinta ja." Ucap Harriz.
"kalau berjaya okey la. Kita tunggu ja lepas ni nak jadi apa." ujur Kamal pula. Yang lain hanya mengangguk. Balqis dan Eusoff juga sudah tahu tentang rancangan diorang turut membantu.
"Emm Tengku saya balik dulu la ada kerja sikit kat rumah." Ucap Zakwan sambil menundukkan kepala.
"Ha Yala hati-hati balik tu." Balas Harriz. Zakwan memberi salam dan berlalu pergi.
"Kerja apa lah agaknya rasanya semua kerja di rumah dah siap semua." Ujur Kamal sambil menggaru kepalanya.
"Biarlah mungkin dia tak sanggup tengok kekasih hati dia macam tu kot. Kita dialah yang terbaik untuk diorang." Jawab Trisya dengan nada suara perlahan-lahan tapi mampu didengari oleh mereka disekelilingnya.
Share this novel