Kandungan Haira dan Humaira sudah masuk 2 bulan. Kamal dan Zakwan sangat gembira pada awalnya mereka tak percaya kerana terlalu awal tapi bila Trisya sudah menunjukkan bukti kepada mereka baru mereka baru percaya.
"Kak ngah ada nampak Humaira tak." Tanya Zakwan.
"Kalau tak salah kak ngah tadi Acik dan acu ada di buia tengah berbual. Cuba pergi tengok." Jawab Trisya. Zakwan berlalu pergi untuk memcari isterinya.
"La kat sini rupanya. Em.. Biar la penat kot." Gumum Zakwan sendiri apabila melihat isterinya sedang tidur dengan Haira. Zakwan masuk ke dalam rumah.
"Wey Wan kau ada nampak Haira tak aku cari dia dari tadi tak jumpa la." Soal Kamal dengan nada cemas.
"Ada tengah tidur di.." belum sempat Zakwan menghabiskan ayatnya dia berlari ke dapur. Kamal yang hairan turut ikut Zakwan ke dapur.
"Tidur kat mana." Soal Kamal sambil menahan rasa loya tekaknya.
"Tidur kat atas buaian dengan Humaira. Wey kau tak ada rasa loya ke aku tak tahan la." Ujur Zakwan sambil menggurut dadanya.
"Aku pun rasa juga tapi aku tahan ja aku pun tak tahula nak buat macam mana nak hilangkan rasa loya ni." Ucap Kamal.
"Ha Kamal, Zakwan buat apa dekat dapur ni." Tanya Tengku Ratna.
"Tak ada apa bonda cuma baru lepas muntah ja. Em.. Bonda kalau Wan nak tanya sikit boleh tak." Ujur Zakwan sambil menggosok belakang lehernya.
"Kamu nak tanya apa Wan macam serius ja bunyinya." Ujur Tengku Ratna.
"Em.. Macam mana nak hilangkan rasa loya ni bonda." Tanya Zakwan. Kamal hanya mengangguk.
"Oh.. Ingat apa tadi dulu ayahanda pun macam kamu tapi lepas bonda buatkan jus oren dan jus asam jawa okey la. Tapi tak tahu la berkesan atau tak. Cuba kamu berdua cuba dulu." Terang Tengku Ratna.
"Okey Thank bonda." Ucap Zakwan dan Kamal serentak dan terus mencari Mak Nab.
Setelah mencuba petua dari Tengku Ratna loya yang dirasakan oleh Kamal dan Zakwan semakin teruk. Harriz dan Trisya yang baru turun pun pelik dengan kelakuan mereka yang ulang alik masuk keluar dari tandas. Haira dan Humaira yang mendengar ada orang muntah terus terjaga dan masuk ke dalam rumah.
"Hubby kenapa ni." Soal Humaira sambil mengurut belakang Zakwan.
"Mual sikit ja darling jangan risau." Balas Zakwan.
"Sikit apa sampai lembik macam tu dah ha. Jom pergi ruang tamu rehat nanti kita fikir macam mana nak selesaikan diorang ni." Ucap Tengku Esmail.
Setelah 30 minit berehat Kamal dan Zakwan sudah semakin bertenaga tak seperti tadi dan Tengku Esmail mendapat satu idea.
"Along tolong pergi ambil sabun,ubat gigi,shampoo di dapur sekarang." Ujur Tengku Esmail. Harraz hanya mengangguk.
"Nah ayahanda. Em.. Ayahanda nak buat apa dengan semua benda ni." Soal Harraz sambil berkerut dahi.
"Okey sekarang Kamal ambil sabun dan Zakwan ambil shampoo kemudian cuba bau." Ujur Tengku Esmail. Kamal dan Zakwan hanya mengikuti arahan mertua mereka sahaja.
Kamal yang menghidu sabun terus tersenyum apabila rasa loyanya semakin hilang. Zakwan terus berlari ke dapur selepas menghidu shampoo tadi. Humaira terus mengikuti Zakwan ke dapur.
"Kamal kamu okey tak." Soal Tengku Esmail.
"Okey ayahanda kurang sikit rasa loya saya.Thank ayahanda." Jawab Kamal.
"Em.. Sekarang Zakwan pula kita cuba bagi dia bau ubat gigi dulu kalau tak okey juga kita cuba cara lain." Ucap Tengku Esmail.
Setelah memuntahkan isi perutnya Zakwan dan Humaira duduk di ruang tamu semula. Tengku Ratna jatuh kesian kepada menantunya yang sorang itu.
"Wan cuba kamu bau ubat gigi tu pula." Ujur Tengku Ratna. Zakwan Hanya mengikut saja.
"Macam mana Wan." Sambung Tengku Ratna.
"Okey bonda kurang sikit loya dan sakit kepala saya ni." Jawab Zakwan. Tengku Ratna tersenyum lega.
"Bagus la kalau macam tu jadi mula dari sekarang kamu berdua bawa la benda tu ke mana saja kamu pergi jangan lupa." Ucap Tengku Ratna.
"Hun tak ada rasa loya ke muntah-muntah ke mengidam ke." Bisik Trisya di telinga Harriz. Bulat mata Harriz bila mendengar Trisya berbisik bergitu.
"Kenapa han mengandung juga ke." Bisik Harriz di telinga Trisya. Tengku Esmail perasan Harriz dan Trisya sedang berbisik terus bertanya.
"Angah dengan Trisya tengah bisik apa tu." Soal Tengku Esmail menbualkan keduanya terkejut.
Trisya hanya tersenyum dan meminta diri untuk keatas dan diikuti dengan Harriz. Semua memandang dengan berkarut dahi.
"Han.. Tunggu apa maksud han tadi." Soal Harriz sambil mengejar isterinya.
"Tak ada apa la." Balas Trisya bersahaja.
"Han bagitahu la terus terang. Han mengandung ke." Soal Harriz dan terus menarik tangan Trisya ketika Trisya ingin masuk ke dalam bilik air.
"Tak ada apa la. Lagi pun kita kan ambil perancang tadi han bergurau je la." Jawab Trisya sambil mengusap pipi Harriz.
"Betul ni." Tanya Harriz yang menginginkan kepastian.
"Betul." Jawab Trisya kemudian mengucup bibir Harriz sekilas dan ingin berlalu ke bilik air tapi ditahan oleh Harriz.
"Lepas la hun, han nak masuk bilik air la." Ujur Trisya. Harriz hanya mengelengkan kepala.
"Tak boleh sebab han dah bangunkan junior. Sekarang han kena teman hun dan junior." Ucap Harriz lalu mengangkat Trisya ke katil. Trisya hanya pasrah saja.
Share this novel