"Nak coll ke tak. Kalau tak coll aku yang menangung perasaan ni ah coll je la." Gumum Humaira sendiri.
Humaira terus mendail No Zakwan tak lama kemudian panggilannya disambut.
"Hello siapa ni." Soal seseorang di dalam talian.
"Em.. saya Humaira A.. Zakwan ada tak." Balas Humaira.
"Oh.. Cik muda Humaira kejap saya panggil dia." Jawab seseorang itu.
Tak lama kemudian telefon sudah bertukar tangan Zakwan yang baru lepas solat terus menyambut telefon yang dihulurkan oleh Aidil itu. Tanpa menunggu banyak dia terus manjawab panggilan itu.
"Assalammualaikum." Zakwan memberi salam.
"Wa'alaikummussalam ni Zakwan ke." Soal Humaira ingin kepasstian.
"Ya saya Zakwan. Ni siapa ya." Soal Zakwan.
" Saya Humaira." Jawab Humaira ringkas.
"Ya ada apa awak coll saya." Tanya Zakwan.
"Sebelum ni saya ada bagitahu awak kalau awak sudah habis misi menyelamatkan Huzaid saya nak jumpa awak di taman titiwangsa so esok pukul 10 pagi awak datang ambil saya dirumah. Nanti saya bagitahu angah yang saya nak keluar dengan awak so awak esok kerja half day je. Okey bye Assalammualaikum." Ucap Humaira tanpa menunggu jawapan dari Zakwan.
'Dia main letak macam tu ja. Aku tak sempat nak bagi jawapan lagi pun.' Gumum Zakwan yang ada di luar rumah sewanya.
"Wey Wan siapa coll kau tadi." Tanya Kamal sambil membawa 2 cawan air.
"Humaira dia ajak pergi Taman Titiwangsa esok. Tah apa dia nak buat kat sana." Balas Zakwan
"Ada la tu dia nak bagitahu apa-apa yang penting nanti bagitahu aku." Ujur Kamal sambil menghirup air didalam cawannya.
"Yela. Tah apa yang dia nak bagitahu aku tadi sebelum kita pergi misi dia ada pesan kat aku pastu tadi dia coll aku pula berdebar jantung aku ni." Balas Zakwan.
"Tak pa la aku masuk dulu kejap lagi aku nak video coll dengan Haira. Kau jangan lambat tidur nanti lupa pula esok nak dating hehe.." Usik Kamal sambil melangkah masuk ke biliknya.
"Banyak la kau punya dating. Dah kau pergi la masuk nanti cinta hati kau tunggu pula." Balas Zakwan dengan nada geram.
Usai minum Zakwan turut masuk kebiliknya baru saja letak kepala telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
'Tidur awal esok sudah bangun pula esok saya ada perkara penting nak bagitahu.'- Humaira.
'Ye la tapi tak boleh ke awak bagitahu sekarang soesok tak payah la kita nak ke Taman Titiwangsa bagai.'- Zakwan.
'Tak boleh ni soal hidup dan mati. Kita kena face to face juga.'- Humaira.
'Macam serius ja bunyinya. Okey la saya tidur dulu apa-apa esok ja kita cakap bye Assalammualaikum.'- Zakwan.
'Ye la Waalaikummussalam.'- Humaira
Selesai bersiap Humaira terus ke bilik Harriz. 3 kali ketuk pintu baru Harriz membuka pintu.
"Angah baru bangun ke Sorry acu ganggu. Acu cuma nak bagutahu yang acu nak ke Taman Titiwangsa dengan Zakwan so acu nak minta pelepasan setengah hari kerja untuk Zakwan boleh. Acu ada benda nak bincang dengan dia." Ucap Humaira
"Em.. Okey tapi pukul 2 dia mesti ada di office bab angah ada meeting penting. kalau pukul 2 dia tak ada di office korang berdua angah hukum." Ujur Harriz.
"Okey acu akan pastikan pukul 1 dia ada di office okey. Thank angah love you." Ucap Humaira sambil mencium pipi Harriz.
Harriz yang melihat gelagat adiknya itu hanya menggelengkan kepala. Humaira turun dan menunggu diatas buaian yang ada dihalaman rumah.
"Sorry saya lambat boleh kita gerak sekarang." Tanya Zakwan. Humaira hanya mengangguk.
Sampai di Taman Titiwangsa Humaira terus turun meninggalkan Zakwan dengan tergesa-gesa Zakwan mengikut Humaira. Humaira duduk di sebuah kerusi yang disediakan.
"Duduk la kenapa berdiri je." Ujur Humaira. Zakwan duduk disisi Humaira.
"Awak nak bagitahu apa sampai tak boleh nak bagitahu dalam fon." Tanya Zakwan.
"Awak tahukan yang Haira dengan Kamal akan bertunang hujung bulah depan." Ujur Humaira.
"Tahu jadi kenapa." Jawab Zakwan ringkas.
"Jadi saya nak kita bertunang sekali dengan diorang. Sata tak kisah awak nak kata saya ni gila ke apa ke yang penting saya tak nak hilang orang yang saya cintai. Ya saya mengaku yang saya cintakan awak dari pertama kita jumpa di office angah tapi masa tu saya keliru dengan perasaan saya dan rasa kecewa saya masih ada kerana baru putus dengan ex saya. Jadi sekarang saya betul-betul yakin dengan perasaan saya pad awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak Zakwan." Luah Humaira dengan panjang sambil menundukkan wajahnya.
"Ye saya pun masih mencintai awak Humaira. Sebenarnya saya juga ada terfikir tentang perkara ni tapi saya takut awak menolak saya buat sekian kalinya jadi saya diamkan diri saja tapi bila dah awak kata awak nak tunang dengan saya jadi saya akan bagitahu mama saya untuk masuk meminang awak minggu depan." Ujur Zakwan dengan gembira.
"Okey nanti bila dah confirm awak bagitahu saya ya." Ucap Humaira. Zakwan tersenyum gembira.
"Okey." Jawab Zakwan ringkas.
"Awak nak tak kalau kita tukar panggilan." Ujur Humaira
"Tukar panggilan." Kata Zakwan dengan berkerut dahi.
"Ye la. macam angah dengan kak ngah diorang panggil Han Hun. Haira dengan Kamal pula honey bie. saya pun nak macam tu baru la sweet." Ujur Humaira.
"Okey kalau macam tu saya panggil awak Darling boleh." Ucap Zakwan.
"Boleh. Saya panggil awak Hubby boleh." Kata Humaira dengan ceria.
"Boleh. Okey skarang darling nak pergi mana." Tanya Zakwan.
"Jom kita pergi makan la sebab kejap lagi angah ada meeting penting hubby kena ada di office pukul 1 kalau tak kita kena denda." Ucap Humaira.
"Okey jom. Darling nak makan dekat mana." Soal Zakwan. Humaira melihat jam sudah menunjukkan pukul 11.30.
"Kita pergi makan KFC je la. Darling nak dating dengan hubby sebelum pukul 1." Ucap Humaira dengan gembira.
"Okey jom." Ujur Zakwan.
Selepas makan Humaira dan Zakwan mengambil keputusan untuk balik dan Zakwan terus ke office.
"Bye hubby. buat kerja elok-elok dan drive hati-hati." Ujur Humaira.
"Okey Darling Bye love you." Jawab Zakwan.
"Love you too." Ucap Humaira dan berlalu keluar dari kereta.
Hari ni Harriz perasan dengan sikap Zakwan yang suka senyum sorang-sorang dan bila balik kt rumah sikap Humaira juga begitu.
"Han.. Han ada perasan tak sikap Zakwan dan Acu hari ni lain kan. Selalu masam tapi Hari ni Senyum sampai telinga.
"Ye la. Tadi masa Zakwan ambil han pun Senyum dia lain macam. Tadi masa han masuk rumah Humaira senyum kat han tapi senyuman dia lain macam ada makna yang tersirat tapi han tak tahu apa." Ujur Trisya yang sedang menyusu anak mereka.
"Harap-harap adik hun tu sihat la ye." Ujur Harriz
"Apa hun cakap macam tu. Kita doa je yang baik-baik." Ucap Trisya. Harriz hanya menganggukkan kepala.
Balik saja ke rumah sewanya belum sempat Zakwan turun dari motonya Kamal sudah menerjah ke arahnya. Zakwan melihat Kamal yang sedang tersenyum dia sudah tahu apa yang kawanya itu mahukan.
"Kejap la bagi la aku turun motor dulu pastu mandi ni tak hai apa la kau ni." Kata Zakwan.
"Aku dah tak sabar la nak dengar cerita dari kau." Balas Kamal sambil duduk di kerusi yang ada diluar rumah mereka.
"Nanti la lepas aku mandi lagi pun aku ada banyak nak bagitahu kau. Kau tunggu." Ujur Zakwan.
"Okey aku tunggu kau kat sini skarang kau pergi mandi dulu." Jawab Kamal.
Zakwan masuk kedalam biliknya untuk membersihkan diri. Kamal turut masuk ke dapur untuk menyediakan air untuknya dan Zakwan. Setelah selesai membersihkan diri Zakwan terus turun dan duduk di kerusi diluar rumah.
"Wey Mal kau nak tengok movie ke nak dengar cerita aku siap ada popcorn lagi." Tanya Zakwan.
"Ala bukan selalu tapi betul apa cerita kau dengan Humaira tu macam movie tau tak. Dah sekarang cerita kenapa Humaira ajak jumpa." Ujur Kamal
"Okey cerita dia macam ni tadi masa aku ambil dia kat rumah Tan Sri muka dia macam marah tapi bila sampai di Taman Titiwangsa tu kau tau tak apa yang dia bagitahu aku." Soal Zakwan. Kamal hanya menggelengkan kepala.
"Dia luahkan perasaan dia kat aku doh pastu dia ajak aku bertunangsama tarikh dengan kau dan Haira bertunang aku pun cakap la okey." Sambung Zakwan lagi.
"Pastu kau dah coll mak kau belum." Soal Kamal.
"Dah tadi pas mandi aku terus coll mak aku dan dia kata okey minggu depan rombongan merisik datang rumah Tan Sri. Tapi aku ada satu permintaan untuk kau boleh." Tanya Zakwan.
"Apa dia." Jawab Kamal ringkas.
"Aku nak kau rahasiakan perkara ni dari Haira sebab Humaira yang suruh." Ujur Zakwan.
"Em.. Okey tapi dengan satu syarat." Ujur Kamal sambil mengangkat kening.
"Syarat apa pula kau ni." Tanya Zakwan Sambil mengaru kepala yang tak gatal.
"Aku nak kau belanja kitorang KFC boleh." Balas Kamal dengan senyuman.
"Ha yela-yela." Ucap Zakwan ringkas.
Selepas Zakwan memberitahu kepada ibubapanya untuk meminang Humaira terus saja keluarganya datang ke rumah Tengku Esmail dan semuanya berjalan dengan lancar dan kini masa untuk majlis bertunang Haira dan Humaira. Semua ada di ruang tamu termasuk Kamal dan Zakwan.
"Okey sekarang kalau semua dah ada kita boleh bincang tentang tarikh perkahwinan anak-anak kita." Ujur Tengku Esmail. Semua hanya mengangguk.
"Kami sebagai ibubapa Kamal kami setuju saja bila akan dilangsungkan." Ucap Encik Kadir ayah kepada Kamal.
"Kami pun sama Tengku." Sambung Encik Zahir ayah kepada Zakwan.
"Okey kalau macam tu kita tanya bakal pengantin mana tahu diorang ada tarikh yang sesuai." Ujur Tengku Esmail sambil melihat Kamal dan Zakwa dengan kening di angkat.
"Em.. Kalau saya Tan Sri saya pilih 08/02 Tahun depan tu pun kalau Zakwan setuju." Ujur Kamal sambil menunjuk kearah Zakwan disisinya.
"08/02 tahun depan bukan Tarikh lahir Haira dan Humaira ke." Tanya Tengku Esmail dan Kamal hanya mengangguk.
"Macam mana dengan kamu Zakwan ada Terikh yang kamu suka tak." Soal Tengku Esmail kepada Zakwan.
"Em.. Kalau saya Tan Sri saya setuju sebab 08/02 juga tarikh lahir saya." Jawab Zakwan.
"Em.. kalau macam tu kita langsung perkahwinan diorang 08/02 tahun depan macam mana abang Zahir dan abang Kadir." Ujur Tengku Esmail.
"Kami ikut saja." Ucap Encik Zahir dan Encik Kadir serentak.
Haira dan Humaira yang mendengar disebalik dinding terus berpelukan dengan gembira. Trisya yang melihat gelagat adik iparnya turut tersenyum dan menggelengkan kepala. Kemudian Trisya melambai ke arah Haira dan Humaira.
"Kenapa kak ngah." Tanya Haira.
"Kak ngah nak minta tolong dukung Haliza dengan Huzaid turun kak ngah nak bawa diorang duduk di luar boleh kan." Balas Trisya dengan senyuman manis.
"Boleh kak ngah." Jawab Haira dan Humaira serentak.
Mereka turun dan duduk di gazebo di halaman rumah. Harriz yang mendengar suara gelak tawa terus minta diri dan mencari suara itu. Sampai diluar Harriz memberi isyarat kepada adik-adiknya supaya diam dan Harriz terus memeluk pinggang Trisya pipi Trisya sudah merah sebab malu dengan adik-adik iparnya.
Share this novel