Bab 16

Romance Completed 23498

Bab 16

Harriz masih lagi memikirkan kenapa Trisya berubah. Layanan Trisya padanya juga berubah. Kini Trisya pergi kerja sendiri itu pun secara senyap-senyap.

Flash Back

"Han.. han.. Han kat mana" Panggil Harriz masih mamai sambil duduk di birai katil. tiada sahutan dari Trisya.

Harriz bersiap dan turun ke ruang tamu. Tengku Ratna melihat Harriz seperti mencari sesuatu dengan berkerut dahi.

"Angah cari apa." Soal Tengku Ratna.

"Angah cari Trisya bonda. Pagi-pagi dah tak ada bonda tahu tak dia pergi mana." Balas Harriz dengan nada risau.

"Oh Trisya awal-awal lagi dia dah ke pejabat katanya ada meeting penting. Kenapa Angah ada apa-apa masalah ke sebelum ni okey ja. Tadi bonda tengok mata Trisya macam sembab sikit." Ucap Tengku Ratna.

"Tah la bonda sejak keluar beli barang untuk BBQ lagi. Angah rasa macam ada sesuatu yang terjadi la bonda. Tapi Angah tak tahu apa nanti la Angah cuba cari tahu." Ukur Harriz lalu menyuakan bondanya dan melangkah ke pintu utama.

"Ya Allah kau kuatkanlah anak dan menantunya untuk menjalani ujianmu ini Ya Allah. Dan janganlah anakku berubah menjadi seperti dulu." Doa Tengku Ratna.

(Apa maksud Tengku Ratna berubah menjadi seperti dulu. Kena tunggu.)

End Flash Back

Harriz terus mengeluarkan handphonenya dan mendail seseorang apabila talian disambung terus Harriz tersenyum.

"Hello Jeff, aku ada kerja untuk kau. Jumpa aku petang ni di pejabat pukul 2. Jangan lambat." Ucap Harriz dan terus mematikan talian.

"Naufal masuk sekejap." Ujur Harriz sambil menekan interkom. Naufal masuk ke dalam bilik Harriz dengan tergesa-gesa.

"Sit down." Ucap Harriz dengan nada tegas.

"Ada apa Tengku." Soal Naufal.

"Sekejap lagi pukul 2 Jeff akan datang so aku nak kau tangguhkan dulu ganti dengan tarikh lain. Dan suruh semua ketua bodyguard masuk bilik meeting jangan tinggal seorang pun. Faham." Ucap Harriz dengan nada tegas

"Baik Tengku. Ada apa-apa lagi Tengku." Ujur Naufal. Harriz hanya menggelengkan kepalanya.

"Saya minta diri dulu Tengku." Ucap Naufal dengan lemah lembut. Siapa yang tak takut dengan Harriz jika mendengar suara tegasnya.

Jeff datang ke pejabat Harriz sambil mengalas sebuah beg. Jeff terus melangkah ke pejabat Harriz. Naufal yang melihat Jeff terus menunjuk ke arah bilik meeting Jeff yang memahami isyarat dari Naufal terus melangkah ke bilik meeting. Tak lama kemudian semua ketua bodyguard turut masuk ke bilik meeting.

"Tengku semua sudah ada di bilik meeting." Ujur Naufal sambil menekan butang interkom.

"Baik. Tolong sediakan air dan hantar ke bilik meeting." Balas Harriz melalui interkom.

Harriz masuk ke bilik meeting dan duduk di kerusi paling hadapan. Harriz mengisyaratkan semua duduk.

"Jeff aku nak kau siasat kenapa isteri aku berubah dengan tiba-tiba. Aku bagi kau kebenaran untuk kau back telefon isteri aku supaya kita tahu dia ada dimana dan buat apa." Ujur Harriz.

"Baik Tengku. Em.. kalau boleh saya tahu bila puan start berubah." Soal Jeff dengan gugup.

"Em.. Dah 3 hari dah. Masa pergi Tesco untuk beli barang okey lagi. Tapi tiba-tiba ja dia berubah sampai sekarang." Ucap Harriz sambil meraup wajahnya.

"Tesco mana Tengku. Boleh saya back CCTV dan kita boleh tengok apa yang sudah berlaku." Balas Jeff sambil menaip sesuatu di laptopnya.

"Tesco extra Cheras. Ha okey juga tu mana tahu dapat clue." Ujur Harriz sambil berpeluk tubuh.

Setelah 15 minit Jeff bertungkus Lumus akhirnya dia berjaya. Setelah dia pastikan rakaman itu baru dia bagitahu Harriz.

"Well.. Well she back Tengku. So ini lah punca kenapa puan berubah." Ucap Jeff sambil menunjukkan sesuatu di laptopnya. Harriz yang melihat rakaman CCTV itu terus menepuk meja dengan kuat.

"Damn it. Bila perempuan ni balik kenapa seorang pun tak bagitahu aku. Jawab." Laung Harriz kepada bodyguardnya. Semua hanya menundukkan kepala.

"Tengku mengikut maklumat yang saya dapat dia balik sudah 2 minggu. Dan menggunakan pastport bukan atas nama dia tapi nama orang lain." Terang Jeff. Harriz hanya mengangguk.

"Sekarang aku nak Korang pantau isteri aku dan perempuan tu. Malik dengan Daus Korang pantau perempuan gila tu dan update kat aku segala aktiviti dia. Alan dengan Mus Korang pantau isteri aku jangan sampai dia tahu. Akim dengan Adam pula tolong Jeff kalau ada apa-apa bagitahu aku. Oh ya satu lagi pastikan budak-budak Korang stand by jika ada apa-apa yang berlaku nanti." terang Harriz dengan panjang lebar yang lain hanya menganggukkan kepala.

"Jeff, aku nak kau print semua bukti pasal kandungan Najwa. lepas tu bagi kat aku A.S.A.P ." Ujur Harriz kepada Jeff. Jeff hanya mengangguk.

setelah siap berbincang Harriz terus balik ke rumah. Jeff pergi ke meja Naufal untuk menyelesaikan tugasnya yang diberi oleh Harriz. Apabila sudah selesai dia terus ke rumah Tengku Esmail untuk menghantar dokumen yang Harriz minta. Dia terus menelefon Harriz.

"Tengku saya ada di depan." Ucap Jeff.

"Baik aku turun sekarang." Balas Harriz sambil berlalu turun.

"Ada apa." Soal Harriz sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

"Ni yang Tengku minta " Jawab Jeff sambil menghulurkan satu sampul berwarna biru.

"Okey baik upah kau macam biasa." Ucap Harriz terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Trisya melihat ada sebuah motosikal Kawasaki ninja diluar pagar rumah mertuanya dia tertanya-tanya motosikal siapa sebelum ni tak pernah nampak pula. Trisya terus masuk dan parking keretanya di dalam garaj. Trisya masuk ke dalam rumah dan terus naik ke bilik.

'Sampul apa ni.' Gumum Trisya dalam hati lalu mengambil sampul tersebut.

"Hai Han dah balik." Soal Harriz sambil memeluk Trisya dari belakang.

"Emm.." Jawab Trisya ringkas.

"Tak baik jawab soalan suami macam tu." Ujur Harriz sambil mengusap perut Trisya.

"Okey la Han nak pergi mandi dulu." Balas Trisya sambil meleraikan pelukan.

"Lepas mandi Hun nak bincang sesuatu. Ni nak kena angkat tak pergi bilik air." Ujur Harriz dengan nada nakal.

" tak pa Han boleh jalan sendiri." Jawab Trisya berlalu masuk ke bilik air. Harriz hanya menggeleng.

'Haih.. Comelnya bini aku ni bila berjalan dengan perut memboyot tu.' Gumum Harriz dalam hati dengan senyuman.

Setelah 30 minit membersihkan diri Trisya keluar dengan berhati-hati. Harriz yang melihat isterinya yang sedang berjalan dengan berhati-hati terus bangun dan memimpin isterinya duduk di birai katil.

"Han.. Hun nak minta maaf kalau Hun ada buat salah pada Han. Tapi Tolong lah jangan percaya cakap Najwa tu." Ucap Harriz sambil memegang tangan isterinya.

'Aik.. Macam mana dia boleh tahu soal Najwa ni.' Gumum Trisya dalam hati sambil dahi berkerut.

"Dari mana Hun tahu pasal Najwa tu tak perlu tahu. Nanti Han akan tahu juga sekarang Han baca dulu isi dalam sampul ni." Ucap Harriz sambil menghulurkan sampul biru kepada Trisya. Trisya buka dan baca.

"ini adalah bukti yang anak yang dikandung Najwa dulu tu bukan anak Hun. Hun mengaku yang dulu Hun pernah terlanjur dengan dia tapi masa tu Hun tak sedar. Hun pengsan bila Hun sedar Hun nampak dia menangis di tepi katil. Bila Hun tanya dia kata Hun rogol dia tapi Hun tak tahu apa yang jadi. Sebulan lepas tu dia bagitahu yang dia mengandung jadi kami ambil keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tiba-tiba pada malam akad nikah tu dia jatuh dalam bilik air dan dia keguguran. Semua ahli keluarga marah pada kami lepas tu doktor keluar dan bagitahu yang kandungan Najwa sudah masuk 3 bulan. Hun terkejut sangat sebab Hun dengan dia bersama sebulan yang lepas tapi kenapa kandungan dia dah masuk 3 bulan so Hun suruh doktor buat ujian DNA dan ujian DNA tu menunjukkan yang baby tu bukan anak Hun tapi anak PA dia. Najwa nie sebenarnya model sambilan dan lepas tu Hun terus putuskan kerkahwinan kami. Dan sekarang dia sudah balik Hun pun tak tahu apa motif dia. Tapi Hun nak lepas ni apa pun Najwa tu katakan Han jangan percaya buat tak tahu saja boleh." Harriz terus terang dengan panjang lebar kepada Trisya. Trisya yang mendengar hanya diam tanpa kata.

"Boleh dan Han nak minta maaf pada Hun. Tapi macam mana Hun tahu soal ni." Tanya Trisya sambil berkerut dahi.

"Oh.. Tadi Hun upah Jeff untuk siasat punca Han jadi macam ni. Dan sebenarnya Hun adalah ketua gangster tapi tu dulu sekarang tak lagi semua anak buah Hun dah jadi bodyguard termasuk 4 orang pengikut setia Hun yang dekat bawah tu." Jawab Harriz.

"What gengster!! Hun biar betul jangan main-main." Ujur Trisya dengan memandang wajah Harriz.

"Betul tp tu dulu sekarang semua dah cuci tangan. Lepas cuci tangan Hun hantar diorang untuk menjadi bodyguard. Sori sebab baru bagitahu Han sekarang." Jawab Harriz sambil menunduk.

"Tak pa tu kan masa silam Hun sekarang tumpukan pada Syarikat,Han dan anak-anak kita nanti ya. Dan pasal Najwa tu tahu la nanti Han nak buat apa." Ucap Trisya terus memeluk Harriz dan Harriz turut membalas pelukan lalu mencium dahi Trisya.

maaf kalau ada ejaan yang salah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience