Bab 16

Romance Series 9898

Raif termenung sambil melihat air kolam renang.Dia sedar yang dia akan kehilangan Shamiera.Tetapi,apa yang dia boleh buat? Shamiera sendiri kelihatan seperti menyukai Rayyan.

"Raif"Rayyan menyapa Raif sambil meletakkan tangannya di atas bahu adiknya itu.

"ha,along.."balas Raif sambil mengesot ke kiri sedikit untuk memberi ruang kepada Rayyan untuk duduk

"Raif ada problem ke?"

"hmmm?tak de lah.Bosan duduk dalam rumah tu.Kalau duduk luar boleh dapat angin sedikit"nafi Raif

"Hmmm,ok.Esok Raif free tak?"

"Esok...free.Kenapa"

"Esok kita keluar dinner sama sama.Dengan Shamiera sekali.Along dah tanya dia,dia kata dia free aje"kata kata Rayyan membuat Raif terkedu.Baru sahaja tadi dia mesej dengan Shamiera untuk mengajak makan malam keesokan harinya,namun Shamiera mengatakan yang dia busy kerana perlu mengajar kelas malam.Alih alih apabila Rayyan yang mempelawa,tiada pula istilah busy tu.Dalam diam,hati Raif sudah diserang dengan virus cemburu

"Ohh,okay.Tapi kenapa tiba tiba ni?"

"Nothing.Along ada kejutan nak beritahu pada Raif esok"

"Okay...Raif masuk dulu lah"Raif sudah melangkah ke arah pintu rumah

"okay"Rayyan turut mengekori Raif memasuki rumahnya.

*************************

Shamiera membaiki tudung bewarna biru gelap yang dililitkan elok di atas kepalanya.Dress bewarna putih juga turut dibaiki.Rayyan sudah berpesan supaya memakai baju bewarna putih untuk malam ini.

Shamiera mengoleskan pelembab bibir ke bibirnya.Mukanya dibiarkan tanpa bedak kerana mukanya jarang berminyak dan sudah sedia putih.Minyak wangi berjenama 'Dior' disemburkan pada tubuhnya.Dia menilik dirinya di cermin.Dia mengambil handbagnya lalu melangkah keluar dari rumah.Dia sudah meminta izin dari Saidah dan Johan.

Tidak lama kemudian,kereta BMW SERIES muncul dihadapan pagar rumah Shamiera.Shamiera tersenyum lantas mengatur langkah ke kereta itu.Sebaik sahaja di membuka pintu belakang,dia terlihat Rayyan yang tampan memakai tuxedo putih.Manakala Raif pula berpakaian biasa.

"Hmmm,nak makan kat mana ni"muncul suara Shamiera memecahkan kebisuan sejak tadi

"Ntah Along ni..orang tanya tak nak jawab"balas Raif.Sesekali matanya mengerling ke arah Shamiera yang berada di belakang.Sungguh! Terasa bagai mahu melamar sahaja Shamiera malam itu

"Alahh,ikut ajelah.Tempat ni memang best punya!"kata Rayyan

Stereng kereta yang dipandunya dibelok ke kiri.Kelihatan sebuah restoran mewah yang menyediakan meja untuk pasangan kekasih berada berhampiran laut.Shamiera meneliti semua meja disitu.Kelihatan meja yang ada semua berlainan.Pandangannya terhenti di sebuah meja yang dihiasi dengan tiga lilin,mejanya pula ditabur dengan kelopak bunga ros.Meja itu kelihatan cantik sekali.

'Mungkin untuk pasangan kekasih'getus hati Shamiera

Kakinya hanya menurut Rayyan dan Raif.Tiba tiba dia terlihat Rayyan mengatur langkah ke arah meja yang cantik itu.Dia mengerutkan dahinya.Raif juga kelihatan pelik.Rayyan menyuruh pelayan kedai itu mengambil kerusi ekstra kerana meja itu hanya mempunyai dua kerusi

Rayyan menyuruh Shamiera dan Raif duduk.Mereka hanya menuruti sahaja.

"Raif,kenapa abang awak duduk dekat meja ni?"soal Shamiera sebaik sahaja punggungnya dihempaskan di atas kerusi yang bewarna putih itu

"Hmm,tak tahu lah saya.Pelik kan,padahal ada banyak lagi meja yang berhampiran dengan laut"balas Raif.Pandangan nya terpaku ke arah Shamiera.

"Okay guys,harini kita makan sesuatu yang different sedikit ya?"ujar Rayyan sebaik sahaja makanan sampai.

Tiada apa yang lain pun,cuma ada sandwich,nasi goreng ayam dan air kopi.

"What the different Along? ini kan kita dah biasa makan.."

"No,just see okay"tangan nya ligat membuka penutup makanan itu.Dan saat itu terpampang lah yang makanan itu bukan makanan biasa

Shamiera terkedu.Dia atas sandwichnya tertulis I Love U.Dan nasi goreng pula diletak berbentuk love.Air kopinya pula di tabur dengan serbuk susu menjadi bentuk Love.

Raif pula kelihatan hanya biasa biasa.Ini kerana di atas makanannya tiada apa apa.Dia langsung tidak menyedari makanan Shamiera yang amat berbeza dengan makanannya.Rayyan pula tersenyum menggoda sambil memandang Shamiera.

"Okay,let's eat!"kata Rayyan.Namun,tangannya langsung tidak menyentuh makanan.Dia hanya melihat Shamiera yang mahu menggigit hujung sandwich itu.

"Along,kenapa tak makan?"Soalan Raif itu dibiarkan sepi

Ketika Shamiera hendak menggigit hujung sandwich itu,terasa bagai ada benda keras.Dia lantas meletakkan semula sandwich itu dan menyelak keping roti itu.Dia tersentak.Ada cincin yang sangat cantik mempunyai berlian yang berkilauan.Benar benar memikat hati.Dia memandang Rayyan meminta penjelasan.

"Okay,dengan ini,saya,Rayyan Iskandar bin Dato'Imran,melamar Shamira binti Johan"

"Shamiera,will you marry me?"Rayyan sudah menarik tangan Shamiera

"Yes!"tanpa berlengah,Shamiera terus setuju.Ada air mata bergenang dikelopak matanya

Cincin yang cantik itu disarungkan pada jari manis milik Shamiera.Pandangan Shamiera dan Rayyan terpaku disitu.Mereka seolah olah terlupa kehadiran Raif yang sudah terkedu.

Raif terdiam.Sedih,remuk,berkecai,marah semua berada di hatinya sekarang ini.Apa tak nya? gadis idaman hatinya telah dilamar orang.Orang yang melamar itu pula abangnya sendiri!

"Ehem,sorry,I nak pergi toilet"Raif meminta diri untuk ke tandas.Ada air mata yang mahu keluar dari matanya.Sampai sahaja di tandas,air mata jantannya mengalir laju.Ego nya hilang entah di mana.Bertapa remuknya hatinya apabila melihat Shamiera dan Rayyan tersenyum manis berdua.

Raif menyeka air matanya apabila melihat Rayyan turut masuk ke dalam tandas.Dia berwajah selamba sambil berkata;"Tahniah Along,wah..diam diam aje ye.Tak bagitau Raif pun"

"Haha,thank you Raif."

Raif keluar dan mengatur langkah ke meja mereka.Kelihatan Shamiera sedang menghabiskan makanannya.Raif menghempaskan punggungnya di atas kerusi.

"Tahniah Shamiera,diam diam aje awak dan along saya ye"

"Terima kasih Raif.Yelah,kenalah diam diam.."

"Hmm,Miera..awak tahu kan yang saya cintakan awak?"

"What?!...apa yang awak merepek ni Raif.Buat lawak pulak awak ni yea?"

No,I'm serious.But it my fault.Saya yang lambat kalau tak,mesti saya yang dapat dulu awak"

"No,Raif.Saya anggap awak kawan saya sahaja.Saya tak pernah menaruh hati kepada awak"

"Dah lah Raif,saya bakal jadi kakak ipar awak kan"

"hmm,baik kakak.."Raif sengaja memaparkan senyuman palsu.Padahal,hatinya sudah hancur bagai digilis dengan lori.

Shamiera dan Raif ketawa gembira.Tetapi bagi Raif,ketawanya itu sebenarnya dibuat buat.Sebab itu lah kedengaran agak sumbang

"I'm sorry sebab lambat.Sakit perut tadi"Rayyan tiba tiba muncul sambil tersenyum kecil

"Oh,it's okay"balas Shamiera sambil tersenyum manis.

"Ehemm..Raif,along minta maaf sebab rahsiakan benda ni selama ini"pohon Rayyan

"No,its okay lah along.Umi dan papa mesti happy ni"Raif berkata selamba.Dia cuba menutup rasa sedih dihatinya.

Raif hanya berdiam diri sementara Rayyan dan Shamiera rancak berbual.Raif sudah berada di dalam dunianya sendiri.Bagai tidak percaya yang abangnya,yang baru mengenali Shamiera sudah melamar Shamiera dihadapan dia yang sudah bertahun mengenal Shamiera.Dia menyalahkan dirinya kerana lambat bertindak.Hatinya meruntun hiba apabila teringatkan lamaran Rayyan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience