bab 13

Romance Series 9898

'Raif akan ajak awak pergi makan dinner malam ni.Please say yes'

'Tonight? Saya ada meeting lah'

Shamiera sengaja mengusik Rayyan.Padahal dia tiada meeting pun malam ni

'Don't try to lie me dear,Raif cakap awak tak busy malam ni'

'Okay,okay..fine'

'see you tonight darl,'

Shamiera tersenyum.Tidak sabar rasanya mahu makan malam bersama Rayyan walaupun Raif juga turut serta.Shamiera tidak begitu kisah.Cuma,adakah Raif akan menerimanya sebagai 'kakak ipar' suatu hari nanti?

Shamiera mengatur langkah ke bilik air.Dia mahu membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib,Shamiera mengenakan blaus berwarna hijau tua dan legging hitam.Tudung pula,dia menyarungkan tudung 'merah jantung pisang'.

Shamiera tidak mengenakan mekap kerana dia sememangnya suka 'natural beauty'.Shamiera tersenyum melihat penampilan dirinya di biasan cermin.Dia menyembur minyak wangi jenama 'Dior' yang dibelinya ketika di luar negara.

"Tak pernah terpikir olehku,tak sedikit pun kubayangkan kau akan pergi tinggalkan sendiri"

Shamiera tersentak lalu mencari Iphone nya.Dia menekan punat hijau lantas menekapkan telefon ke telinganya

"Hello?"

"Hello,Miera awak dah siap ke?"

"Dah,dah.."

"Tapi,awak nak jemput saya or saya pergi sendiri?"

"Ermmmm,awak datang sendiri lah.Kalau saya jemput awak,kena pusing semula ni"

"No,kita pergi jemput dia kat rumah.Bukannya jauh sangat pun nak pusing"kedengaran suara garau Rayyan menyampuk

"Miera,Along saya suruh saya jemput awak.Awak tunggu tau"

"Okay.No prob"

Talian dimatikan.Shamiera tersenyum sambil membelek telefonnya.Dia duduk di atas buaian di halaman rumahnya.Johan yang baru balik dari kerja itu menegur anak daranya.

"Miera,kenapa duduk kat luar ni?"tanyanya

"Hurm,Miera tunggu Raif ambik.Kiteorang nak keluar dinner.Boleh kan bah?"minta Shamiera sambil menoleh ke arah Johan.

Johan menghela nafas.Di hati tuanya ini terbit juga rasa risau apabila Shamiera keluar bersama lelaki.Namun,Shamiera sudah dewasa.Shamiera sudah pandai menilai yang mana baik dan mana yang buruk.

"Pergilah..jangan balik lewat sangat"Johan memberi izin.Lagipun,dia sudah mengenali jejaka tampan itu.Raif selalu menbantu Shamiera apabila Shamiera berada di dalam kesusahan

Sebuah kereta muncul di hadapan pagar rumah Shamiera.Raif dan Rayyan keluar dari kereta.Rayyan mendekati Johan lalu berkata dengan penuh lembut."Pak cik,boleh saya bawa keluar anak pak cik?"

Raif sudah ternganga.Shamiera pula terlopong mulutnya.Sungguh Raif tidak sangka yang abangnya akan berbuat demikian.Selama ini,jika dia hendak membawa mana mana perempuan,dia tidak akan meminta izin dengan ibu bapa kerana kebiasaannya mereka duduk berasingan dengan ibu bapa.

"Boleh,boleh.Jangan balik lewat sangat ya"Johan sudah tersenyum gembira.Gembira melihat pemuda ini pandai mengambil hati orang tua.Rayyan dan Raif menyalam tangan Johan.

"Terima kasih pak cik"mereka sudah memasuki ke dalam kereta

"Raif,you drive ya?"kata Rayyan sambil menoleh ke arah Raif

"Okay.no prob"tutur Raif.Dia tiada masalah jika bab bab memandu ni

Rayyan bersandar pada kerusi di tempat penumpang.Sesekali dia menoleh ke arah belakang untuk melihat Shamiera.Sekali lagi,hatinya cair melihat Shamiera yang kelihatan cantik sekali.Hati lelakinya sudah tergugat.Mahu saja dia menghantar rombongan meminang,namun dia sabarkan hatinya ini.

"hmmm,kita makan dekat kedai Chinese food nak?"tiba tiba Raif bersuara

"Are you sure? tak bosan ke? Apa kata kita makan dekat restoran Tanjung Rambu.Boleh tengok laut"balas Rayyan pula.Dia kurang menggemari makanan yang disebut oleh Raif tadi.

"Makan ikan bakar lagi?"soal Raif pula

"Apa kata kita tanya Miera?"Rayyan memberi pendapat apabila melihat dia dan Raif tidak mahu mengalah.Walaupun mereka selalu sepakat, namun,kadangkala mereka tetap tidak sebulat suara.

"So Miera? Awak nak makan apa?"Raif menoleh ke belakang seketika dan menoleh semula ke depan.Kalau ikutkan mahu saja dia memandang lama wajah Shamiera,tapi dia tidak mahu kereta yang dipandunya sekarang masuk longkang!

"Er...."Serba salah Shamiera dibuatnya.Dia sebenarnya sudah puas makan makanan Cina kerana minggu lepas dia sudah pergi bersama Johan di Chinese food Muslim.

Raif tersenyum.Pasti Shamiera memihak pada dirinya.

"Ap..apa kata kita makan dekat Tanjung Rambu.Dah lama rasanya kita tak makan ikan bakar"kata kata Shamiera melenyapkan senyuman Raif.

"Okay..fine.You menang"balas Raif sambil menoleh ke arah Rayyan

Raif terpaksa membuat pusingan U untuk ke kedai tersebut.Dia berasa pelik kerana Shamiera tidak menyebelahi dirinya.Tetapi,dia beranggapan bahawa Shamiera sudah muak dengan masakan cina.

Dalam kesamaran lampu kereta,Rayyan membuat mulut seperti berkata"terima kasih" kepada Shamiera.

Shamiera tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya.Raif yang sedang memandu itu terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena.Dia nampak apa yang dilakukan oleh Rayyan dan Shamiera.Seketika dia berfikir,dia terkedu.Takkan lah Along dan Miera........

********************************

"Ermmm,kenyangnya"kata Raif sambil mengusap perutnya.Dia kemudian bangun untuk membuat bayaran.Rayyan dengan pantas menghalang.

"It's okay,nanti kalau kita makan dekat Chinese Food,you pulak belanja ya"kata Raif sambil tersenyum.Dia sebenarnya ada agenda yang tersembunyi

"Oh,okay.Miera,jom kita pergi kat kereta dulu"Rayyan mengajak Shamiera pergi ke kereta sambil memegang kunci kereta.Shamiera mengangguk.

Raif pula hanya memerhati dari jauh.Dia hendak memastikan sesuatu.

"Kalau kita datang awal tadi,mesti boleh jalan jalan kat pasir ni"keluh Rayyan

Shamiera hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

"Ha! Apa kata suatu hari nanti kita datang kat pantai ni.Tapi,bila hari cuti lah"Rayyan memberi cadangan

"Kita? berdua?"soal Shamiera sambil menoleh ke arah lain

"Yes,or kita boleh pergi dengan family.Lebih ramai lebih meriah kan"

"Ha'ah.Ajak umi dan papa you sekali"

"Bagus jugak,boleh saya perkenalkan awak kepada diorang.Hmmm,boleh minta untuk hantar rombongan"gumam Rayyan perlahan.

"Hmm? apa dia?"Shamiera tidak dapat menangkap kata kata Rayyan tadi.Terlalu perlahan

"Nothing.Bagus jugak tu.Umi dan papa saya dating dekat situ.Saya dan awak dating dekat sana"kata Rayyan sambil menunjukkan ke arah bangku yang berhadapan dengan laut

Shamiera ketawa.Terbayang Dato' Imran dan Datin Raudhah berdating berdua.Pasti sweet.
Tiba tiba,badan Shamiera dan badan Rayyan tersentuh akibat terlalu ketawa.Serta merta ketawa mereka terhenti.Wajah Shamiera sudah merona merah.Dia mengelabah lalu membaiki tudungnya yang sedikit senget kerana terkena angin.

Raif datang ke arah Shamiera dan Rayyan.Dia sudah nampak semua.Jelas menunjukkan Shamiera dan Rayyan sudah mula mesra.Namun,Raif tidak dapat menjangka semesra mana hubungan mereka.

"Kenapa lambat?"soal Rayyan sambil membuka pintu kepada Shamiera.Shamiera hanya terdiam sambil masuk ke dalam kereta.

"Pergi mintak number pelayan tu tadi.You pulak drive,I penat lah"balas Raif sambil memberikan kunci kereta kepada Rayyan.Dia sebenarnya mahu melihat Rayyan dan Shamiera duduk berdua duaan di hadapan.Dia memilih untuk duduk di belakang

Rayyan ketawa mendengar penjelasan Raif.Dia tahu Raif tidak sebodoh itu untuk meminta number perempuan yang dia baru jumpa.Dia mula memandu.

Raif hanya berdiam diri sepanjang perjalanan.Hatinya sakit melihat Rayyan dan Shamiera berbual mesra.Shamiera pula asyik tersenyum manis ke arah Rayyan!

Sejujurnya,walaupun Raif tidak pernah mengatakan bahawa Shamiera merupakan teman istimewanya,namun di hatinya Shamiera menduduki carta yang tertinggi berbanding rakan wanitanya yang lain.Dia tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Shamiera.Baginya,cukuplah sebagai teman baik buat masa sekarang,mungkin suatu hari nanti dia akan bergelar suami kepada Shamiera? dia tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience