Bab 7

Romance Series 9898

Shamiera memarkir kan keretanya di perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.Kelihatan ramai orang yang dijemput oleh keluarga Raif.Mestilah kan, ayah Raif tu kan Dato'.

"Jemput masuk,akak ni kawan Raif yer"Soal Raihah,adik Raif

"Ya,ya.."balas Shamiera

"Wati ya?"Soal Raihah lagi.

'Wati mana pulak ni Raif oii'getus hati Shamiera

"Bukan,Shamiera"jawab Shamiera sambil tersenyum

"Ohh ya,kak Shamiera..yang selalu teman umi dulu ya"soal Raihah pula

"Ha'ah"Balas Shamiera sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu.Segan pula rasanya berada di rumah besar ini

"Raif ada kat atas.Nanti dia turun lah tu"Kata Raihah lagi

Shamiera mengangguk kecil.Dia pergi ke arah Datin Raudhah,umi Raif.

"Asalamualaikum auntie,"sapa Shamiera

"Waalaikumusalam,Shamiera ya?"Shamiera menghembus nafas lega kerana Datin Raudhah masih mengingati dirinya.

"Ya ,saya Shamiera"balas Shamiera

"Makin cantik kamu ya.Dulu,semasa auntie masuk hospital,kamu belum bertudung.Sekarang dah cantik dan ayu bila bertudung"puji Datin Raudhah.Dia amat berkenan akan Shamiera.Tetapi apabila ditanya kepada Raif.Raif hanya diam dan senyum

"Alhamdulillah auntie,terima kasih"ucap Shamiera

"Pergilah makan dulu"arah Datin Raudhah

Shamiera bergerak ke arah meja panjang yang diatasnya penuh dengan makanan.Seperti bufet.

"Kak,sambal kat mana ya"suara lelaki bertanya kepada pelayan perempuan yang berada di situ

"Sambal ada kat depan kakak ni bang"Shamiera lantas menoleh ke depannya.Sambal itu berada betul betul di hadapannya.Lalu,Shamiera bergerak ke belakang semula

"oh...tak nampak!"ujar lelaki itu tersengih

Shamiera memberi laluan kepada lelaki itu agar mudah untuk mengambil sambal.

"A'm sairy..been a long time since I last had this delicious sambal belacan!"tuturnya diiringi tawa
kecil sambil mengerling Shamiera.Tangannya terus mencedok empat sudu sambal belacan ke atas pinggan nasinya.

Shamiera terpegun mendengar suara dan tawa garau itu.Bila berbahasa Melayu,kedengaran cukup fasih tetapi bila berbahasa Inggeris,bagai ada satu slanga pula.Dalam diam Shamiera mengamati lelaki berbaju Melayu teluk belanga berona biru dan kain pelekat.

"Where have you been?"timbul akal Shamiera untuk berseloroh apabila melihat lelaki itu mencedok hingga empat sudu bagaikan tak pernah bertahun lamanya!

"Awa...fur quite some time!"jawabnya kemudian.Terasa senang dengan gurauan gadis itu.Tidak langsung dia berkecil hati

Shamiera tersenyum.Kemudian,lelaki itu menatap wajah Shamiera dalam dalam.
"I rasa,I tak silap orang.You yang I jumpa di petronas dengan tayar kempis haritu kan?"

Muka Shamiera berubah rona.Dia terkejut.Hatinya kembali berdetak.Tidak menyangka lelaki itu mengingati pertemuan mereka hari itu."Ya..saya lah tu..."

"Hmmmm...kawan Raihah?"tanyanya kerana tadi dia terlihat gadis ini dan Raihah berbual di muka pintu

"Hmmm tak.Kawan Raif"balas Shamiera pula.Dia tersenyum.Pasti lelaki ini tidak sangka yang dia ini kawan Raif

Lelaki itu memandang Shamiera dengan muka tidak percaya.Dia memerhatikan Shamiera.Gadis itu kelihatan cantik dengan dress putihnya dan tudung shawl berwarna Evening Blue.Sama seperti baju melayunya.

"Kenapa You pandang I macam ni?"soal Shamiera.Dia berasa tidak senang apabila lelaki itu memerhati segenap tubuhnya.

"Tak de apa.Sebab selalunya kawan Raif selalu pakai baju macam tak cukup kain.Mekap tebal.Kalau pakai tudung pun,tidak tutup dada"panjang lebar lelaki itu menjawab

Shamiera terdiam sambil tersenyum.Gembira dirinya tidak termasuk dalam kumpulan yang disebut oleh lelaki itu.Tetapi siapa lelaki ini yang begitu lantang mengkritik rakan Raif?

"Hai,Miera.Maaf lambat.Saya pergi layan tetamu dulu"Entah dari mana datangnya Raif.Tiba tiba sahaja datang

"Oh tak apa.Saya dah makan dah pun"balas Shamiera sambil tersenyum

Raif memandang lelaki itu dan tersenyum."okey,saya nak perkenalkan orang yang...diraikan di majlis ini"

"Siapa?"Shamiera tidak dapat meneka siapa

"Ini dia,Along saya...Rayyan Iskandar"ujar Raif sambil tersenyum

Shamiera tersentak.Dihadapannya ialah abang Raif? Raif ada abang? kenapa baru sekarang nak muncul?pelbagai soalan yang muncul di benaknya sekarang ini

"Along, ni I perkenalkan Shamiera.You boleh panggil dia Miera aje"kata Raif sambil memperkenalkan Shamiera kepada abangnya

Shamiera tersenyum.Dia terfikir akan bahasa yang digunakan oleh Raif ketika bercakap dengan abangnya.'Along,You dan I' digunakan oleh Raif apabila bercakap dengan abangnya membuatkan dahi Shamiera berkerut

"Ohh,ni lah Miera yang you selalu cerita ya"kata Rayyan.

"Heard about ye before"ujar Rayyan

Shamiera memandang tajam ke arah Raif.Shamiera mengangkat kening meminta perjelasan

"but,semuanya tentang yang baik baik sahaja.Don't worry"kata Rayyan sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.Dia tidak sedar akan pandangan tajam Shamiera itu

Shamiera mengalihkan pandangannya ke arah Rayyan yang sedang mengesat peluh yang sudah merembes di dahi.Mukanya sudah merah menyala menahan pedas

Rayyan menoleh ke arah Shamiera seketika sambil tersenyum.Shamiera terpegun.Dia memandang wajah Rayyan yang kelihatan seperti kacukan itu.Rayyan mempunyai mata hazel berwarna coklat,hidungnya mancung,bibirnya juga seksi.Kulitnya cerah dan tubuhnya kurus dan tegap itu menambahkan lagi kekacakan Rayyan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience