Bab 9

Romance Series 9898

"Raif,Rayyan,lepas ni kita pergi masjid Kampung Baharu untuk sembahyang jumaat"kata Dato' Imran sambil memandang kedua dua anak terunanya.

"Okay papa.Tapi nanti Raif nak pergi tengok projek baru kat Taman Indah tu dulu"kata Raif

"Projek tu bila nak siap? rasanya dah lama projek tu dibina"soal Dato' Imran pula.Dia mencongak congak bila projek itu mula beroperasi

"Dah nak siap dah pa..cuma Raif suruh diorang decorate dahulu bahagian depan tu supaya nampak eklusif"balas Raif pula

"Maaf Raif,papa...harini Rayyan pergi masjid sendiri aje lah ye.Lepas ni,Rayyan nak pergi keluar"tiba tiba Rayyan menyampuk.Selepas ini,dia harus berjumpa dengan Shamiera

"But why?"serentak Raif dan Dato Imran bertanya

"Er....nothing.Ada temujanji kejap lagi"balas Rayyan pula.Dia juga sudah mengemas fail yang berteraburan tadi.

"Along,sejak bila you ada temujanji?bukan ke you baru masuk pejabat ni? bukan ke buat masa sekarang ni kita belum buat apa apa projek lagi?"bertalu talu soalan yang keluar dari mulut Raif membuat Rayyan diam seketika

"You know what,I know what you meant, Rayyan"Dato' Imran sudah ketawa.Dia sudah faham bahawa Rayyan mahu keluar berdating,tetapi Raif pula meningatkan bahawa Rayyan mahu melakukan temujanji dengan klien

Rayyan tersenyum.Raif pula memandang pelik ke arah papanya dan Rayyan.

"Raif,Along kamu ni nak pergi dating! Bukannya nak pergi jumpa klien"Kata Dato' Imran sambil ketawa kecil

"Ohh! I see"Raif juga turut ketawa.Dia tidak berfikir yang Rayyan akan keluar dengan Shamiera lagipun bukankah mereka baru saling mengenali?

"Dah,dah.Jom kita bersiap ke masjid,nanti terlewat pula.Azan dah berbunyi tu"Kata Dato' Imran.Dia sememangnya gemar solat jumaat di masjid yang berlainan setiap minggu

Raif dan Rayyan bangun.Raif menaiki kereta papanya, manakala Rayyan memandu keretanya sendiri menuju ke restoran yang diberitahu kepada Shamiera semalam

**************************
Shamiera mematikan enjin keretanya.Tiba tiba,ada sebuah kereta memarkir di sebelah kereta Shamiera.Shamiera menoleh ke arah empunya kereta itu,rupa rupanya Rayyan.

"Sorry lewat sikit.Saya pergi solat jumaat dulu tadi"pohon Rayyan sambil tersenyum

"Takpe..saya pun baru sampai ni"balas Shamiera pula.Turut membalas senyuman Rayyan

Mereka melangkah ke arah restoran Hijau yang terkenal dengan sambal hijaunya.Mereka memilih tempat duduk yang berhampiran dengan laut agar dapat menikmati makanan sambil melihat permandangan laut.

Setelah selesai membuat pesanan,mereka berbual kosong.

"Nah,this is for you"Rayyan menghulurkan sekotak coklat kepada Shamiera

"Thank you.Susah susah aje awak ni"Shamiera sudah tersenyum manis.Ini adalah coklat kegemarannya.Dia memasukkan coklat tersebut ke dalam begnya.

"Most weclome.It's okay"Kata Rayyan pula.Coklat itu sebenarnya dibeli ketika dia baru balik dari pejabat.Oleh kerana dia balik lewat semalam,dia hanya sempat membeli sekotak coklat untuk Shamiera

Shamiera tersenyum.Tidak sangka Rayyan akan memberi nya coklat ini.Hatinya berbunga bunga kembang.Baginya,Rayyan seorang yang baik dan romantik

Makanan yang dipesan telah sampai.Rayyan dan Shamiera mula menjamah makanan mereka .Ada kalanya mereka berbual tentang kerja.

"So,you mengajar bahasa apa?"tanya Rayyan.Dia sudah maklum bahawa Shamiera ialah seorang guru.Raif ada memaklumkan kepadanya beberapa hari yang lepas

"English!"Balas Shamiera bersemangat.

Tiba tiba Iphone Shamiera berbunyi menandakan ada satu mesej baharu.Ohh,daripada Raif

'Shamiera,jom lunch?

'Err...saya tengah makan lunch ni.Kenapa tak cakap awal awal?'

Shamiera berasa serba salah.Dia sekarang sedang makan dengan si abang.Tup tup,si adik pula mengajaknya makan.

'ohh,takpelah.Mungkin lain kali?'

'Yes, of course'

"Siapa yang mesej?"soal Rayyan.Pelik melihat muka Shamiera yang seperti serba salah itu

"Raif.."balas Shamiera perlahan

"Ohh,mesti ajak awak lunch kan?"soal Rayyan lagi

"Yes"ringkas sahaja Shamiera menjawab.Dia tersenyum kecil melihat Rayyan yang sedang mengesat peluh didahinya akibat terlalu pedas.Mukanya juga merah menyala.

"Rayyan,can I ask you something?"tutur Shamiera perlahan

"Yes,of course"balas Rayyan pula.

"You ni mix ke?"soal Shamiera perlahan.Takut mengecilkan hati Rayyan

"Yes, I am"balas Rayyan sambil matanya memandang ke arah Shamiera

"Saya kacukan melayu dan French.Dan muka awak pun nampak macam mix"kata Rayyan lagi

"ye,saya kacukan jugak.Melayu dan Scotland"balas Shamiera.

'Patutlah muka kacak nak mampus.Kacukan rupanya.Tapi,kenapa muka Raif dan Raihah tak nampak macam kacukan pun' getus hati Shamiera.Dia tidak berani hendak bertanya tentang ini.Baginya,cukuplah dapat mengenali dengan lelaki yang telah membuat hatinya mencair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience