Bab 5

Romance Series 9938

"Shamiera!"panggil Saidah

"yeee"sahut Shamiera.Dia lantas bangun dan bergerak ke arah uminya yang berada di ruang tamu

"Kenapa kamu tak siap lagi ni? kata nak pergi keluar dengan Raif.."soal Saidah

"Aik? keluar dengan Raif?" "Ohh,bukan harinilah umi,esok..."

"Eh yeke? hahaha..maaflah,umi ingatkan hari ini"balas Saidah sambil ketawa kecil

Shamiera mengangkat punggungnya untuk ke biliknya.Dia mahu bersiap siap untuk ke Ria Mall.Dia mahu mencari baju untuk ke rumah Raif esok.Tak kanlah dia mahu pergi dengan baju kurungnya atau baju kemejanya.

"Eh,nak pergi mana pulak ni? umi tak cakap habis lagi"Saidah menarik tangan Shamiera agar duduk semula

"Apa dia umi?"soal Shamiera lalu duduk semula

""Memandangkan hari ni kamu tak kemana mana,umi nak ajak Taufik datang rumah.Dia dari dulu lagi nak datang,tapi kamu tu sibuk aje memanjang"jawab Saidah

"Taufik? siapa tu umi?"soal Shamiera sambil mengerutkan dahinya

"Lahh,takkan kamu tak kenal.Dia tu kan sepupu arwah Khalil"ujar Saidah perlahan.Jika mahu bercakap tentang arwah Khalil,perlu berhati hati kerana anaknya itu masih lagi meratapi permergian Khalil itu sebenarnya.Walaupun lima tahun sudah berlalu,namun....

Muka Shamiera jelas berubah apabila mendengar nama Khalil.Namun,dia sedaya upaya mengawal riak mukanya agar tidak dikesan oleh uminya."Owhh,anak mak cik Katrina ke umi?

"Ha'ah,yang tu lah"Saidah menghembus nafas lega.Dia menyangka Shamiera sudah mampu menerima permergian Khalil

"Tapi umi,nanti Miera nak keluar.Nak pergi Ria Mall.Nak pergi beli baju"jelas Shamiera pula

"tak pe lah,dia nak datang malam"balas Saidah

"Ohh, okay"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience