Bab 6

Romance Series 9938

"Kak,yang ni ada tak saiz S?"Soal Shamiera sambil menayangkan dress berwarna putih yang mempunyai manik manik berkilauan.Terdapat juga corak yang bewarna warni.Kelihatan mewah sekali

"Ohh, rasanya ada.Cuma tak banyak.Sebentar ya,kak nak cari"balas pekerja perempuan itu sambil membelek setiap helai baju untuk mencari saiz berkenaan.

"Hah,ni dia"ujar pekerja itu lagi sambil menayangkan dress berwarna putih yang kelihatan lebih kecil berbanding dress yang dipegang oleh Shamiera

"Terima kasih ya kak"ujar Shamiera lalu mengambil dress itu dan memadankan dengan tubuhnya

Shamiera mengambil dress itu lalu ke kaunter bayaran.Setelah selesai membuat bayaran,Shamiera pergi ke butik tudung yang berada dihadapan kedai baju ini

Shamiera membeli 3 helai tudung bawal bewarna hijau pokok pisang,kuning pisang dan merah jantung pisang

Setelah melihat semua barangan sudah lengkap,Shamiera memutuskan untuk pulang.Lagipun,uminya sudah berpesan supaya balik awal sedikit supaya dapat bertemu dengan Taufik

************************

"Eh,kereta siapa pulak ni?"Soal Shamiera sebaik keretanya memasuki perkarangan rumahnya.Kelihatan kereta honda civic terletak elok di perkarangan rumah

"Asalamualaikum"Shamiera memberi sebaik sahaja kakinya melangkah di hadapan pintu.Dia bagaikan kaku di situ.Adakah itu Khalil?Wajahnya amat mirip dengan Khalil

"Hah,sampai pun kamu Miera.Ni si Taufik baru aje sampai"Saidah sibuk menuangkan air ke dalam gelas untuk dihidangkan kepada Taufik

"Masuklah Miera.Ni lah yang umi kata tu.Taufik nama dia"balas Saidah sambil memandang pelik ke arah Shamiera yang bagaikan kaku di muka pintu

Shamiera melangkah masuk lalu duduk di atas sofa bertentangan dengan Taufik.Sungguh,Taufik mempunyai wajah yang mirip dengan Khalil.

"Hah Miera,ni Taufik.Anak mak cik Katrina.Mukanya memang sama dengan arwah Khalil kamu tu.Tapi dia bukan Khalil ya?dia Taufik"Saidah dapat mengesan perangai Shamiera.Ini kerana Taufik mempunyai wajah yang mirip dengan arwah Khalil.

"Ohh,hai Taufik"kata Shamiera sambil tersenyum manis

"Hai,nama awak Shamiera kan?"soal Taufik.Saidah sudah ke bilik untuk menunaikan solat maghrib

"Ya,ya..muka awak..sama.."belum sempat Shamiera menyambung kata katanya.Taufik terlebih dahulu memotong percakapannya

"Ya,muka saya sama dengan Khalil.Tetapi,saya bukan Khalil tau.Walaupun muka kami sama,namun perangai kami lain"jelas Taufik lagi sambil tersenyum kecil

"Ohh...baiklah"balas Shamiera

"So,awak kerja apa?"Soal Shamiera dan Taufik serentak.Mereka tertawa kecil

"Saya berkerja sebagai seorang guru di sekolah kebangsaan Sri Indah"kata Shamiera

"Saya pula..seorang pilot"jawab Taufik pula

"Ohhh..."meleret Shamiera menjawab.Tidak sangka di hadapannya ini ialah seorang pilot

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience