Bab 10

Romance Series 9938

Shamiera tersenyum sambil sebelah tangannya ligat menekan skrin telefonnya.Manakala tangannya yang satu lagi memegang erat stereng kereta.Diana sudah menjeling jeling ke arah Shamiera.Risau juga dia melihat Shamiera memandu sambil bermain telefon.

"Woi,kau ni nak drives ke nak main telefon ni?"sergah Diana kuat

Shamiera masih tersenyum.Matanya kadang kadang ke arah depan dan ke arah telefonnya.

'Bila kita boleh jumpa?'

'Anytime..'

'Sure? saya takut awak busy aje'

'Tak de lah..'

'Okay kalau macam tu,nanti saya confirm semula ya'

Shamiera menutup telefonnya.Dia kembali fokus kepada pemanduannya.Dia dengar sergahan Diana tadi,namun dia membuat pekak aje.Lagipun,dia tengah sibuk bermesej dengan Rayyan tadi.

"Kau ni..risau aku tengah kau memandu.Memandu sambil membawa kereta,bahaya tau tak?"Diana mula membebel

"Yelah,yelah..lain kali aku tak buat lagi"Shamiera menjawab sambil tersenyum kecil

"Hurm,kau nak balik terus ke?"tanya Diana

"Iye lah,dah tu aku nak pergi mana kalau aku tak balik"balas Shamiera pula.Badannya terasa melekit.Dia mahu balik ke rumah.Mandi dan baring di atas katil.Ohh,leganya....

"Ohh,ingatkan kau nak pergi jumpa boyfriend.Bukan apa,dulu kalau kau keluar dengan aku,kau pakai baju buruk aje.Sekarang,bukan main kau yer"usik Diana sambil mencucuk pinggang Shamiera.

"Woii,geli lah wehh"marah Shamiera apabila pinggangnya dicucuk oleh Diana

"Eh jap,kau cakap apa tadi? kau cakap aku pakai baju buruk? amboi,amboi...suka hati kau je yee"kata Shamiera sambil mencubit lengan Diana

"Betul lah kan..I said the truth"balas Diana pula sambil menggosok lengannya yang merah akibat dicubit oleh Shamiera

"Kalau aku ada boyfriend pun apa salahnya? kau tu,nak jadi anak dara tua ke"seloroh Shamiera

"Woii,mulut kau tu elok elok sikit ya? kau cakap macam ni dengan aku,mulut kau tu dah sedia nak disumbat dengan cili ke"balas Diana pula.

"Ha'ah,dah sedia ni..cepat lah sumbat.Tak sabar pulak rasanya"balas Shamiera sambil menjelirkan lidahnya

"Ish,harap muka aje cantik,tapi perangai hancur"usik Diana

"Haha,kau tak perlu cakap yang aku ni cantik..kalau tak takkan Rayyan terpikat kan"Shamiera tidak sedar apa yang keluar dari mulutnya itu.

Tiba tiba,Shamiera terdiam.Dia memalingkan mukanya ke arah Diana yang sudah tersenyum nakal.Diana tahu yang Shamiera sudah terlepas cakap.Muka Shamiera sudah merah menahan malu

"Rayyan ya?ohhh,dah ada pak we rupanya..patut lah kau tak layan Haikal ye"usik Diana lagi

"Eh,eh..mulut kau tu elok elok sikit.Kalau terdengar dek isteri si Haikal tu,tak ke naya aku?"marah Shamiera

"Iye lahh..Rayyan,Rayyan.."usik Diana.Dia suka melihat muka Shamiera yang memerah itu.Bukan selalu dapat lihat Shamiera menahan malu

"Kau ni..takyah lah sebut nama dia.Nanti terbahak dia kalau dia tengah makan"balas Shamiera selamba.Mahu menutup rasa malu sebenarnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience