Bab 17

Romance Series 9898

"Jamilah!"Datin Raudhah melaungkan nama pembantu rumahnya

"Ye,datin.."tergopoh gapah Jamilah berlari ke arah Datin Raudhah

"Makan malam dah siap belum?"

"Dah datin.Nak makan sekarang ke?"

"Ye,tolong panggil Raif turun ya?"

"Baik,datin.Tapi,kalau dia tak nak turun?"

"Paksa jugak dia.Cakap dengan dia,saya nak tengok dia kat meja makan nanti"

"baik.."

Jamilah segera mengatur langkah ke arah bilik Raif.Raif sekarang sudah berubah.Jika dahulu,tidak perlu dipanggil,tiba sahaja waktu makan,pasti muka Raif yang dilihat dahulu.Raif juga kadang kadang suka skip makan tengah hari dan sarapan.Begitu juga makan malam.Raif lebih menyukai berada di biliknya.

Jamilah mengetuk pintu bilik Raif sebanyak tiga kali.

"Masuk!"kedengaran suara Raif mempersilakan masuk

"Err,tuan Raif,datin suruh turun makan malam"

"Malas lah,nanti awak tolong hantarkan makanan kat sini ya?"

"Tapi,datin cakap waktu makan malam nanti,dia nak tengok jugak tuan kat meja makan"

"Ishh,yelah ..yelah"

Jamilah segera beredar dari bilik Raif.Mood Raif kadang kadang tidak boleh dijangka.Adakalanya ceria seperti tiada masalah,adakalanya juga berangin satu badan.

Raif mengeluh.Dia hanya mahu berkurung di dalam biliknya ini.Dia tahu hal yang akan dibincangkan ketika makan tadi pastilah tentang persiapan perkahwinan Rayyan dan Shamiera.Rayyan dan Shamiera telah pun bertunang seminggu yang lalu.Dia langsung tidak hadir pada majlis itu.Dia ke Genting Highland bersama Amar untuk merehatkan minda.Namun,itu sia sia.Dia langsung tidak merehatkan mindanya,malah lagi menyerabutkan lagi mindanya.

Raif mengatur langkah ke arah meja makan.Kelihatan Rayyan,Dato' Imran dan Datin Raudhah sudah menunggu kehadirannya.

"Sorry lambat"kata Raif sambil duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Rayyan.

"Its okay.Raif jarang ada kat meja makan.Kenapa?"soal Dato' Imran sambil memandang anak terunanya

"Hmm,dah makan kat tempat kerja"bohong Raif.Mustahil untuk dia mengatakan dia tiada selera kerana hatinya remuk akibat pertunangan Rayyan dan Shamiera

"Ohh,tak pe lah kalau macam tu"Dato'Imran kembali menjamah makanan

"Rayyan..kamu dah beli cincin kahwin dengan Shamiera?"soal Datin Raudhah sekaligus menyiat halus hati Raif

"Belum lagi.Esok baru nak beli.Miera sibuk lah minggu ni umi"balas Rayyan sambil tersenyum.Sebut sahaja nama Shamiera,pasti bibirnya mengukir senyuman manis.

Raif mengeluh perlahan.Malas benar mahu mendengar tentang hal perkahwinan Rayyan dan Shamiera.Rasa meluat hadir di hatinya.

"Hmmm,nampaknya semua persiapan dah lengkap.Cuma cincin sahaja.Kamu dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu kan?"

"Ya umi.Kami memilih hujung bulan ni"

"Ohh,ada banyak lagi masa.Ni baru awal bulan"

"Ya,persiapan dibuat terlalu awal"

"Eh kamu ni,mestilah kena buat awal awal.Nanti senang,tak payah runsing lagi dah"

"Yelah Datin Raudhah"serentak dengan itu,mereka ketawa bersama.Hanya seorang sahaja kekal membisu,langsung tidak mengeluarkan suara.

"Umi tengok,kamu dan Shamiera tu memang padan sungguh.Ingatkan dengan Raif,alih alih dengan kamu pulak ye"

"Lahh umi,Raif dengan dia kawan aje kan"

"Iye,umi tahulah.Dah lama mereka berkawan.Sejak kamu duduk dekat Glasgow lagi"

"Tapi yang umi pelik,kamu baru aje kenal dengan dia kan? dah nak kahwin"

"Jodoh umi..."meleret jawapan Rayyan sambil tersenyum

Raif bangun dengan kasar hingga kerusinya jatuh.Semua terkejut melihat tindakannya itu.Mereka hanya melihat Raif menonong ke arah biliknya setelah selesai membasuh tangan.

"Kenapa tu Rayyan?"tanya Datin Raudhah sambil memuncungkan ke arah Raif

"Entahlah umi.Nanti saya tanya dia"balas Rayyan sambil menjongket bahu.

********************

Raif tersentak apabila terasa ada tangan yang menyentuh bahunya.Perlahan lahan dia menoleh ke arah belakang.Senyuman langsung tidak terukir dibibirnya.Dia kaku disitu,cuma mata sahaja berkelip kelip.

Rayyan melabuhkan punggungnya diatas bangku yang bertentangan dengan Raif.Dia perlu tahu apa yang mengusutkan fikiran adiknya hingga jarang keluar bilik dan makan.

"Raif..."Rayyan memandang Raif yang sudah melemparkan pandangannya di kolam renang.

"What?"tanpa menoleh,Raif menjawab.

"What wrong with you? you ada problem ke?"

"Along,kalau I ada problem pun,you tak boleh tolong jugak" dingin suara Raif

"Tell me first,Raif"pinta Rayyan

"How you feel if your kekasih hati bertunang dengan orang lain?"soalan itu laju meluncur di bibir Raif.

"So,that what you feeling right now,ya? who yang bertunang? tell me.."

"Shamiera binti Johan"Rayyan tersentak.Dia cuba untuk menenangkan diri.
"
"What you mean?"

"I loves Shamiera"

"Tapi,kan you jugak yang selama ni tak mengaku bila umi tanya?"

"I bertepuk sebelah tangan aje"balas Raif selamba

"I'm sorry if you think these is my fault"

"No,its okay Along.Saya redha.Mungkin Shamiera bukan yang terbaik untuk saya?"

"Thanks Raif.I hope you can accept Shamiera as your kakak ipar"

"Of course,"

"Dah jom lah masuk.Dah malam ni"ajak Rayyan sambil menepuk perlahan bahu adiknya.Sungguh dia tidak sangka bahawa adiknya memendam perasaan kepada Shamiera.

Raif dan Rayyan bangun dan masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience