Bab 1

Romance Series 9938

September 2004...

Tubuhnya terasa melayang.Ringan bagaikan kapas.Berkali kali dia hampir rebah kerana kakinya sudah tidak mampu melangkah.Air matanya meluncur laju di pipi.Rintihan tangisannya semakin menjadi jadi sejak perkhabaran yang meragut seluruh hidupnya disampaikan oleh doktor sebentar tadi.

Tidak! Dia tidak dapat menerima berita sedih itu.Baik emosi mahupun mentalnya belum bersedia untuk berhadapan dengan kehilangan.Mungkin doktor itu tersilap dalam menentukan jangka hayat hidup Khalil.Tidak mungkin Khalil akan meninggalkannya secepat ini!

Bukankah baru pagi tadi mereka bersarapan berdua? Bergelak ketawa seperti biasa.Khalil mengusiknya sambil mengira jumlah kilogram yang mesti dikurangkan menjelang hari bahagia mereka.Bercerita tentang rekaan baju di majlis akad nikah.Membilang hari untuk disandingkan di pelamin indah Amnah.Mereka sudah berjanji akan hidup bersama sama.Belum pun bermula,secepat inikah mereka tiba di hujungnya?

"Kenapa sampai jadi macam ni, Khalil?"tersekat sekat suara Miera dalam tangisan pilu

Dalam hati,dia mula menyalahkan hobi Khalil yang gila berkereta itu! Bagaikan tidak ada hobi lain yang lebih berfaedah daripada meluangkan masa drifting berjam jam di litar lumba.

Kalaulah Khalil memilih hobi yang lebih selamat,pasti sahaja tragedi ini tidak berlaku.Kalaulah Khalil tidak mengikut Shah,Amirul,Amar dan yang lain berkonvoi ke Bukit Tangga,pasti kemalangan ini tidak menimpa.Kalaulah bas persiaran itu tidak terbabas memasuki laluan yang bertentangan,pasti kereta yang dipandu oleh Khalil seorang diri ketika itu tidak bertembung hingga jatuh ke dalam gaung.Kalaulah.....

Argh,itu semua kalau! Perkataan yang menjadi mainan syaitan untuk memesongkan akidah seseorang!

"Khalil....jangan tinggalkan Miera!"rintihnya sambil menggoncangkan tubuh Khalil yang sudah tidak bergerak itu.Hanya dada Khalil sahaja kelihatan turun naik dengan perlahan sekali.Menandakan dia masih bernafas dan bernyawa dengan bantuan oksigen yang diberikan.

Khalil kelihatan ssperti sedang tidur dengan lena walaupun wajah itu sedikit membengkak serta saluran pernafasan menembusi mulutnya yang terbuka.Tiub tiub darah dan air berselirat di sekelilingnya.

"Tenang,Miera..jangan macam ni,nak!"pujuk Saidah,cuba menjauhkan tubuh Shamiera daripada Khalil.Bimbang jika Shamiera bertindak lebih agresif terhadap sekujur tubuh kaku itu.

Setitis air mata di pipi dikesatnya dengan cepat.Dia cuba menahan daripada terhambur tangisan yang lebih kuat.Kalau dia sendiri lemah,bagaimana mahu memujuk anak perempuan yang sudah lembik itu? Dia juga hiba dan pilu.Masakan tidak,Khalil itu bakal menantunya.Sungguh tidak sangka, peristiwa tragis ini pula yang menimpa

"Miera sayangkan Khalil.."Esak Miera makin kuat tanpa mempedulikan kata kata emaknya.

Dia sedar,di sekelilingnya ada emak dan juga ibu Khalil.Hilang rasa malu meluahkan rasa cintanya pada Khalil di hadapan mereka.Biar mereka tahu,dia amat menyanyangi Khalil.

Ibu Khalil iaitu Puan Khalijah mengusap kepala Miera yang sudah dianggap sebagai menantu meskipun belum dimaterai secara rasmi.

Berkecai dan lumat hatinya bila doktor memberitahu yang Khalil sebenarnya sudah 'mati'.Kecederaan dalaman di kepalanya teruk,seteruk keretanya terputus dua.Nafas turun naik yang mereka lihat itu,hanyalah daripada bantuan oksigen yang diberikan.Kalau dicabut segala wayar dan tiub,akan berakhirlah nyawa Khalil;anak sulung yang disayangi.

"Khalil akan lebih tenang kalau Miera sedekahkan surah Yasin untuk dia.Khalil tak nak tengok Miera merintih macam ni,"sambung Khalijah lagi

Shamiera terdiam.Ada betulnya jugak kata kata Khalijah itu tadi.Membaca surah Yasin ketika seseorang tengah nazak.Ya,itulah sebaik baiknya.

"Kita kena terus berdoa,Miera.Berkat doa kita semua,tak mustahil Khalil akan sedar semula"Johan menyalurkan harapan kepada anaknya

Mendengar kata kata ayahnya,semangat Shamiera bagai diseru.Baru tersedar,dia tidak sewajarnya meratap begitu.Dia harus berdoa,memohon kepada Yang Maha Pengasih agar Khalil diberi peluang untuk bernafas lagi.Khalil tidak boleh pergi dalam masa terdekat ini.

"Khalil..dengar tak apa Miera cakap ni,"Suara Shamiera kendur merayu.Tangisannya mendayu.Harapan dan doanya berpadu.Azam dan tekadnya hanya satu.

Seandainya terbuka kelopak mata Khalil ketika itu,dia berjanji akan menyatakan persetujuannya untuk mengahwini Khalil.Akan dipaksa ayahnya menikahkan dian dan Khalil saat itu juga! Dia ingin sekali bersuamikan Khalil.

Ya ALLAH....kabulkanlah niatku yang suci ini.Andai Khalil ditakdirkan menemui-MU saat ini,izinkanlah aku menjadi isteri Khalil Azizi yang sah biarpun untuk sesaat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience