Bab 15

Romance Series 9898

"Sayang..bila you nak ajak I naik kereta baru you?"Teesya merengek manja sambil kakinya mengesel pada kaki Raif.

Raif menarik kakinya.Dia mengeluh perlahan.
"Ganesh baru ambil kereta tu.Lagipun dia ada kat Putrajaya sekarang ni"

"Ala,lepas ni kita pergi lah jalan jalan naik kereta you tu ya..please sayang?"rengek Teesya lagi.Kali ini jarinya sudah bermain main di atas peha Raif.Lantas, Raif menepis tangan Teesya.Dia tidak selesa apabila Teesya berbuat begitu.Apatah lagi mereka sekarang berada di kedai makan.

"Dah lah,I nak balik.Dah nak maghrib ni.Tak elok anak dara macam you ni keluar waktu senja macam ni"balas Raif.Dia mengangkat punggung untuk ke kaunter bayaran.

"Sejak bila pulak ni you kisah sangat dengan anak dara keluar senja ni? menyampah lahhh"Teesya menghentakkan kakinya tanda protes.Belum puas bermanja dengan Raif,dah kena balik

"Umi I cakap dia tak nak buat menantu kalau anak dara macam you ni keluar senja senja"balas Raif sambil menutup pintu kereta

"Yelah yelah.Menyampah lah umi you ni"Raif menggeleng.Sah,memang Teesya tidak patut dibuat isteri.Teesya sememangnya liar orangnya.

"Hmm,bila you nak habis kan study you ni?"soal Raif.Walaupun Teesya muda dua tahun darinya,Teesya belum lagi menghabiskan pengajiannya di London.Manakala Raif pula,sudah menghabiskan pengajiannya lima tahun yang lalu.Sebagai kawan,Raif berasa bimbang melihat Teesya bagaikan lepas tangan dengan pengajiannya itu.

"Alahh,you ni.I tahu lah I tak cerdik tapi kalau I tak habis belajar pun siapa kisah? I kan kaya,tak yah belajar pun takpe tau"balas Teesya

Raif berdiam diri.Terasa benar dirinya bagai langit dengan bumi apabila bersama anak Tan Sri Hashim ni.Tetapi dia tetap bersyukur,keluarganya bahagia.Memang susah cakap dengan anak orang kaya ni.

"Hmm ikut suka hati U lah"Raif terdiam lantas membelokkan stereng ke arah kanan.

"Kenapa you hantar I rumah I?.Alaa,umi dan papa you takde kan? kita balik lah rumah you..."ujar Teesya sambil menggoncangkan perlahan bahu Raif.

"Eh you ni.Memang lah parents I takde.Tapi,nanti kalau kena tangkap basah tak ke naya.."Sungguh Raif tidak sanggup berkahwin dengan Teesya.Dia cuma menganggap Teesya sebagai teman kerana Teesya merupakan salah satu rakannya yang berada di London semasa dia menuntut ilmu di sana

"Biarlah kena tangkap basah.Kita boleh kahwin.."

"Eh mengarut betul you ni.."

Raif memberhentikan keretanya di hadapan pagar banglo tiga tingkat.

"Bye sayang,jumpa lain kali tau.Nah this is for you"Teesya menghulur frame gambar yang terdapat berpuluh puluh gambar seksi milik Teesya.

"Hmm,Thank you"Raif lantas memandu ke arah rumahnya.Dia menoleh ke arah frame gambar itu.Raif terkedu.Banyak benar gambar seksi milik Teesya.Di menggeleng kepala.Dia akui sememangnya dahulu,semasa di berada di London,dia sememangnya nakal.Tetapi,tidak lah sampai terbawa ke atas katil.Dia telah pun berubah sejak dia pulang ke Malaysia.Apatah lagi apabila terjumpa Shamiera.

Meningatkan Rayyan dan Shamiera membuatkan hati Raif mengelegak.Cemburu dengan abang sendiri? sungguh lah tidak patut.Padahal dia mempunyai ramai rakan perempuan.Pilih sahaja.Tetapi,semua rakan perempuannya dianggap sebagai kawan sahaja.
Oh,Shamiera.Rasanya sejak dia keluar makan bersama Shamiera dan Rayyan di Tanjung Rambu hari itu,Shamiera asyik sibuk memanjang.Dia tidak menyalahkan Shamiera.Dia tahu pasti saja gadis itu sibuk sebagai seorang guru.Apatah lagi Upsr sudah tidak lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience