Bab 4

Romance Series 9898

Shamiera menguap.Dia masih lagi mengantuk lalu dia merebahkan badannya semula ke atas katil bersaiz king itu.

"Miera!"Panggil Saidah.Dari tadi dia memanggil anaknya tetapi tetap tiada respon

"Ha? ye umi!"Sahut Shamiera.Rasa mengantuknya hilang serta merta apabila mendengar suara uminya yang seperti sedang marah itu.Pasti uminya sudah memanggilnya beberapa kali.

"Haihh,kamu ni Miera.Tidur aje lah yang kamu tahu.Matahari dah menegak kat luar ni tau tak?"Omel Saidah

"Alah umi,bagilah Miera rehat.Miera sibuk sangat minggu ni.Nanti Miera kena uruskan majlis perpisahan dengan cikgu yang nak pindah tu"Shamiera sudah memuncungkan bibirnya.Dia memandang muka uminya dengan wajah yang tidak puas hati

"Hish kamu ni,buang lah perangai buruk kamu tu.Macam mana nak jadi isteri orang macam ni"bebel Saidah lagi

Shamiera menutup telinga tanda tidak mahu mendengar pasal 'cara cara menjadi isteri yang baik'.

"Dah dah,pergi mandi.Nanti ada orang nak datang"Arah Saidah.Tahu benar perangai anak daranya yang pantang dibebel sedikit.Pastu hendak menunjuk protes

Shamiera mengatur langkahnya ke bilik air.Dia mandi dan memakai baju.Dia duduk di birai katilnya.Telefon IPhone 6 itu dicari.Tiba tiba dia terbunyi telefonnya berbunyi

"Kau meninggalkan tanpa perasaan hingga ku jatuhkan air mata"

Shamiera tersenyum.Bagus betul,tak payah dia susah cari.Shamiera mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan telefon itu

"Hello?"jawab Shamiera

"Waalaikumusalam"Balas Raif pula.Terkekek kekek dia ketawa kerana dapat mengenakan Shamiera.

"Huh,Asalamualaikum.Hah,nak apa?"Soal Shamiera dengan nada yang kasar

"Eh, janganlah marah.Saya nak jemput awak mari majlis kesyukuran kat rumah saya pada hari jumaat ni.And please,you was invited so,please coming yeah.."Kedengaran suara Raif separuh merayu.Manakan tidaknya,dia sudah merindui perempuan itu kerana sudah lama tidak berjumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience