Bab 3

Romance Series 9938

"Okay murid murid,sekarang buka muka surat 37"Kedengaran suara Shamiera memberi arahan kepada murid muridnya

"Buat latihan sampai nombor sepuluh ya,nanti kita bincang"Arah Shamiera lagi

"Baikk cikgu,"Serentak murid murid menyahut

Shamiera kembali duduk di mejanya.Tadi dia terdengar telefonnya berbunyi namun,dia biarkan sahaja.Shamiera membuka telefonnya,dia lihat ada lima mesej yang belum dibaca.

Ohh...daripada Raif rupanya.Shamiera segera membalas mesej Raif.Raif mengingatkan dia tentang konsert Ziana Zain malam ini.Shamiera tersenyum kecil

"Teacher,bila teacher nak bincang? kiteorang dah siap tadi dah"Seorang pelajar bertubuh kecil menghampiri Shamiera

"Oh ya,ya.Kita bincang sekarang"Tergelak kecil Shamiera mengingatkan dirinya yang asyik melayan telefon hingga lupa akan tugasan yang diberinya sebentar tadi

****************

"So,awak nak pergi mana lepas ni?"Rafi memandang Shamiera yang berada dihadapannya.Wajah kacukan itu dipandang lama.Ya,Shamiera mempunyai wajah kacukan Melayu-Scotland.

"Tak pergi mana mana.Alah,kita kan nak pergi jumpa dengan Ziana Zain.So,takkanlah saya nak pakai baju kurung atau baju t-shirt dengan seluar jean"Seloroh Shamiera lantas membetulkan blausnya dan tudungnya yang sudah senget.

"Takde lah,sebab selalunya kalau awak keluar dengan saya,awak pakai kemeja je atau pun baju kurung"Balas Raif pula

"Suka hati saya lah nak pa..."Kata kata Shamiera berhenti di situ apabila terdengar muzik sudah berkumandang menandakan konsert ini akan bermula tidak lama lagi

Shamiera terus mendiamkan diri.Pandangan Raif sudah tidak hinggap pada dirinya.Shamiera memandang wajah Raif.Walaupun dalam keadaan yang sipi,dia masih boleh meneliti muka kacak milik Raif.Raif bukanlah berdarah kacukan,tetapi mukanya tetap kacak dengan kulit cerahnya dan hidung nya sedikit mancung.Kelihatan seperti lelaki melayu sejati

Raif sedar dirinya diperhatikan oleh Shamiera.Lalu dia berdeham.Namun,tiada tindak balas dari Shamiera.Nampak sangat Shamiera sedang membuat penilaian ke atas muka kacaknya ini.

"Awak,saya tahulah saya ni kacak,tampan dan bergaya.Tetapi tak perlulah awak pandang saya macam tu.Saya nak tengok Ziana Zain pun jadi tak selesa"Tegur Raif apabila melihat pandangan Shamiera masih meneliti mukanya.Adakah mukanya ini mempunyai jerawat? atau,sos cili yang tercalit ketika dia makan sosej sebentar tadi?

"Eh,er....mana ada saya tengok muka awak.Perasan lah awak ni"Shamiera memalingkan mukanya ke arah pentas.Malu tertangkap begitu oleh Raif

Raif ketawa kecil lalu memaling mukanya semula ke arah pentas.Kelihatan Ziana Zain sedang menyanyi sambil mengangkat keningnya sebelah kanannya dengan suara lantang.

Tepukan gemuruh diberikan apabila penyanyi itu sudah mengakhiri nyanyiannya.Pengacara juga sudah memaklumkan bahawa konsert ini akan berakhir.

Shamiera menoleh ke arah Raif yang sedang menepuk tangan."Lepas ni nak terus balik atau pergi makan"

"hurm,awal lagi.Kita pergi makan dulu lah"Rafi menoleh ke arah jamnya.Baru pukul 9.30

"Ok"balas Shamiera pendek

****************************

"Miera,hari Sabtu ni awak boleh tak datang rumah saya?"Soal Raif sambil menghabiskan sisa nasi gorengnya itu

"Kenapa?awak nak kahwin ya?"Usik Shamiera sambil tertawa kecil

"Kalau awak sudi jadi pengantin saya,saya kahwin lah"Raif membalas usikan Shamiera lantas tersenyum nakal

"Tak sudi"Shamiera menjelirkan lidahnya

"Tak de lah,hari Sabtu ni family saya buat majlis kesyukuran.Awak di jemput datang dan mesti datang.Wajib!"

"Terima kasih sebab menjemput saya.In sya Allah saya datang "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience