BAB 1

Family Completed 3660

Matahari menerik tinggi di atas kepalanya namun entah kenapa ia memberikan ketenangan buatnya. Pokok kelapa dihalaman rumah melambai-lambai bila ditiup angin petang. Alangkah nyamannya. Di anjung rumah papan ini seorang lelaki berumur 50-an duduk memerhatikan tanaman-tanaman seusianya yang rendang. Lelaki tua itu menghabiskan atau sengaja menghabiskan masa di anjung rumahnya itu.

Apabila atau mungkin juga bila melihat tanaman-tanamannya serta angin yang dirasakan menampar kulit badannya yang kurus kering itu. Hatinya berasa lega dan mengurangkan penderitan yang ditanggungnya. Terlalu lama sekali dia merenung daun pokok kelapa di atas kepalanya.

Seorang pemuda berusia 18 tahun masuk ke dalam rumah itu tetapi terhenti di muka pintu apabila melihat ayahnya sedang merenung kosong di anjung. Itulah aku. Aku lihat mata ayah sayu tidak berkelip. Pelahan-lahan aku melangkah masuk dan berjalan ke arah ayah. Beg sekolah yang aku pegang aku letakkan di muka pintu. Aku pura-pura menghentakkan kakiku supaya ayah sedar namun tindakanku tidak berhasil.

‘‘Bah, Zali dah balik.’‘Ujarku dengan memegang bahu ayah. Pelahan-lahan ayah memalingkan mukanya ke arahku. Ayah tersenyum mungkin cuba menyembunyikan apa yang difikirkannya kepadaku. Aku tersenyum ikhlas.

Seringkali kulihat ayah begitu. Seringkali juga aku berasa kasihan melihat ayah. Wajah ayah yang berkedut di sana sini kelihatan redup. Sinar matanya lesu.

‘‘bah, usahlah bersedih lagi.’‘Tambahku lagi.

‘’Kita masuk bah.’‘Ayah geleng.

‘‘engkau pergilah Zali. Tak usah bimbangkan abah kau ni. Abah tak apa-apa. Macam biasa saja. Kau pergilah makan.’‘Tingkah abah. Aku mengangguk lalu meninggalkan abah sendirian.

‘‘abang memang suami tak guna. Tengoklah apa yang awak buat kat saya! Awak keluar rumah bukan nak cari kerja tapi cari perempuan lain. Isteri pun dibiarkan di rumah. Suami jenis apa kau ni hah. Siapa perempuan yang awak tergila-gilakan tu. Konon nak cari kerja tapi lain pula yang dibuatnya. Hei, kalau awak gatal sangat nakkan anak dara lagi awak boleh ceraikan saya. Saya tak sanggup bermadu dan tengok kecurangan suami yang pandai berpura-pura.’‘Kata emak kepada ayah.

Masih ku ingat lagi kata-kata emak kepada 2 tahun yang dulu. Selama ini aku tidak pernah melihat emak bergaduh dengan abah sampai begitu sekali. Sampai kuasa cerai dibangkitkan.

‘‘apa yang awak cakapkan ni. Siapa pula yang cakap kat awak yang aku simpan perempuan lain Tijah.’‘Ayah bertanya dengan lantang. Emak pula berhadapan dengan ayah seperti singa betina berhadapan dengan musuhnya.

‘‘oh, pura-pura tak tahu. Tu, si Omah tu yang nampak. Awak kat pekan bersama dengan perempuan tu. Siap dengan kepit tangan pula tu. ‘‘marah emak dengan bengis. Aku ketika itu hanya diam kerana tidak tahu hujung pangkal. Aku lihat mata emak merah bukan kerana menangis tetapi kerana marah.

‘‘jadi kau percayalah cakap si mulut becok tu hingga kau tuduh saya. Dah berapa tahun kita kahwin tapi kenapa kau masih tak percayakan saya Tijah.’‘Berang ayah pula.

‘‘Ya. Saya memang percayakan cakap dia. Awak memang lelaki tak guna.’‘Tuduh emak lagi seakan menjerit. Aku lihat ayah tampar muka emak. Emak menjerit kuat tapi hairan emak tidak menangis tapi memandang muka ayah seperti mahu menelan saja. Emak menuduh ayah lagi.

Dan akhirnya pertelingkahan emak dan ayah itu telah berlarutan selama seminggu. Emak dan ayah tidak tidur bersama. Hari-hari asyik bergaduh pasal perempuan. Mati-mati emak tuduh ayah ada perempuan lain. Mati-mati pula ayah menafikan tapi emak tidak percaya dan akhirnya emak minta ayah ceraikannya. Ayah pun menceraikan emak di makhamah. Aku tidak tahu talak berapa tapi bila kutanya ayah, ayah kata ayah ceraikannya dengan talak satu. Setahu aku talak satu masih boleh dirujuk tapi ayah tidak mahu rujuk dengan emak. Ayah mungkin masih berang dengan emak. Emak pula meninggalkan rumah setelah ayah menceraikannya.

Aku pula, walaupun pada masa itu umur aku 16 tahun tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku fikir pergaduhan emak dan abah adalah perkara biasa dalam rumahtangga seperti dalam buku yang selalu aku baca jadi aku tidak campur tangan dalam perkara itu kerana takut menderhaka. Penceraian emak dan abah juga aku tidak tahu sehinggalah ayah memberitahu aku tentang penceraian mereka setelah emak meninggalkan kami. Sungguh aku tidak percaya tentang apa yang aku alami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience