BAB 3

Family Completed 3660

Walaupun sudah setahun emak tidak balik dan abang-abang serta kakak-kakak juga tidak balik tambah menghimpit kepala ayah. Ketika itu aku menjalani exam SPM. Ayah masih tidak dapat melupakan bekas isterinya emak, serta abang dan kakak. Walaupun mereka tidak sedikit pun mengirim berita kepada kami.

‘‘lihatlah Li. Abang dan kakak kau tidak balik menjenguk kita. Mungkin mereka merajuk dan marah dengan abah.’‘Ujar ayah.

‘‘abah. Lupakan mereka abah. Kalau mereka betul-betul sayangkan abah mungkin mereka akan balik bah. Zali dah lupakan mereka bah. Zali benci dengan mereka.’‘Tingkahku pula.

‘‘kau jangan simpan rasa dendam dan benci pada emak, abang, kakak kau tu Zali.’‘Herdik ayah kepadaku. Aku terdiam. Dalam diam aku menyesal kerana menyatakan perasaanku terhadap ayah.

Aku diterima masuk ke tingkatan enam setelah mendapat keputusan SPM yang baik. Ayah menjadi pendorongku. Ayah sangat gembira mendengar khabar aku telah diterima masuk ke tingkatan enam. Emak dan adik-beradikku yang lain tidak tahu malah berjumpa dengan aku pun tidak. Sungguh aku telah melupakan mereka semua. Aku berusaha mengembirakan ayah dan akhirnya ayah telah berjaya mengurangkan penderitaan yang ditanggungnya walaupun buka seratus peratus.

‘‘Li. Apa cita-cita kau Li?’‘tanya ayah padaku sebelum peperiksaan SPM.

‘‘aku nak jadi seorang pengembara bah.’‘Jawabku dengan semangat yang kuat. Ayah tersenyum mendengar kata-kataku.

‘‘kenapa nak jadik tu.’‘Tanya ayah lagi.

‘‘sebab Zali dapat melihat tempat-tempat yang menarik bah. Lepas tu Zali dapat banyak pengalaman…’‘aku menghuraikan satu persatu. Ayah ketawa gembira.

‘‘suka hati kaulah LI. Jantan mesti berani.’‘Ujar ayah lagi. Entah kenapa akibat terlalu gembira aku tiba-tiba terlepas cakap mengenai emak lagi. Kata-kataku itu telah menyebabkan ayah mengingati emak , kakak dan abang. Bermulalah lagi perlakuan ayah. Ayah sudah seperti dulu. Luka ayah berdarah kembali.

Aku berasa bersalah tapi penyesalanku hanya bersifat sementara sahaja kerana aku sedar tapi ayah tidak. Aku cuba memujuk ayah. Badan ayah yang dulu sudah mula berisi kini sudah susut kembali. Wajahnya yang dulu berisi sudah kembali cengkung. Hati ayah terluka dengan kelakuan anak-anak serta emak. Ayah seakan merajuk bukan lagi berasa bersalah.

Tekanan yang ayah hadapi menyebabkan ayah sakit. Kesihatan ayah sudah terganggu. Aku berasa menyesal dan sedih. Sekarang aku sudah tingkatan enam rendah. Aku tidak mahu ayah berasa sedih lagi. Aku berazam mahu menyedarkan ayah. Cukuplah aku merasa sama penderitaan yang ayah hadapi yang lalu. Aku tidak mahu melihat dan berkongsi penderitaan ayah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience