BAB 6

Family Completed 3660

Aku duduk seorang diri di bawah pohon ketapang di padang sekolahku. Hanya aku. Tiada orang lain. Kulihat kawan-kawanku leka bermain. Kerana tidak lama lagi sekolah-sekolahku akan dimulakan minggu depan. Sesekali aku ketawa melihat gelagat atau corak permainan rakan-rakanku aku juga salah satu peserta bola sepak. Aku berada di posisi penyerang.

‘‘bang…bang.’‘Seorang budak lelaki menyerahkan sepucuk surat kepadaku.

‘‘dari siapa.’‘Tanyaku.

‘‘entah..”

‘‘jadi macam mana adik dapat surat ni.”

‘‘Dari kakak…dia suruh adik bagi kat abang.”

‘‘di mana kakak tu.’‘Adik itu melihat ke arah arah sebuah bangunan blok A berdekatan dengan perpustakaan.

‘‘kat sana tapi kakak tu dah tak ada.”

‘‘oklah. Adik boleh pergi.’‘Aku membelek-belek surat di tanganku. Latar hadapan surat biru itu bunga melur berwarna merah. Harum baunya.

‘‘siapa perempuan tu. Ayu..’‘desis hatiku. Setahuku Ayu sajalah yang selalu mengutus surat padanya walaupun kadangkala aku tidak membalas suratnya. Kadang kala aku tidak suka begitu apabila terlalu banyak surat Ayu yang datang kepadaku. Apalagi surat itu berbaur cinta di mana Ayu pernah menyatakan rasa cintanya padaku dalam surat tetapi aku menolaknya. Aku bukanlah lelaki yang tidak gantleman tetapi aku agak sukar untuk bercinta kerana masih banyak lagi yeng lebih penting dari itu. Aku memasukkan surat itu ke dalam poket. Aku malu mahu membuka di sini apalagi banyak kawan-kawan yang tengok nanti.

Saudara mohd Zali Ifwan Mokhtar,

Saya harap surat ini tidak menganggu keadaan saudara di sana. Maafkan saya kerana menulis surat ini tanpa meminta izin dri saudara. Tapi entah kenapa hati ini tidak dapat ditahan-tahan untuk menulis suat ini kepada saudara. Saya telah lama memerhatikan saudara Zali. Maafkan saya. Tapi saya tidak brrmaksud negati. Saya telah mengenali saudara dari seorang kawan. Zali juga tentu sudah lama kenal nama saya kerana saya pelajar baru di sini.

Sebenarnya saya tidak bermaksud apa-apa tapi saya hanya mahu berkawan dengan dan menjadi sahabat Zali. Boleh ke..saya harap Zali sudi menerima saya sebagai sahabat. Saya tahu Zali orang baik. Kerana itulah saya teringin sangat nak mengenali Zali.

Boleh tak kita jumpa di perpustakaan ni lepas sekolah. Saya tunggu Zali di sana ok. Di sana kita boleh berbual panjang. Sekian..

Annyzzs Fantioska F.

Dr ting 6

Aku melipat surat pink itu. Hatiku tertanya-tanya. Fikiranku cuba mengingati sesuatu. Aku sudah lupa wajah-wajah dan nama-nama pelajar tingkatan enam kerana banyak sangat pelajar-pelajar baru. Tapi nama itu menggingatkan aku pada nama yang pernah ku dengar tapi sayang aku tidak kenal orangnya. Amat indah dan sedap bunyi nama itu. Aku bukan jatuh hati. Tidak sama-sekali.

Lepas sekolah aku terus pergi ke perpustakaan. Aku memberitahu kawanku tentang itu. Mereka pulang tanpa aku tapi aku tidak memberitahu tujuan sebenarku. Mereka tidak menyoalku kerana mereka tahu aku adalah ulat buku.

Aku melihat meja demi meja. Semuanya sudah penuh. Aku berasa bangga dengan semangat pelajar di sekolahku. Aku ke bilik sebelah. Sedikit sahaja orangnya. Aku berjalan ke arah seorang wanita bertudung lingkup di meja di suatu sudut. Pelajar itu membelakangi ku. Dengan yakin aku melangkah ke arahnya.

Assalamualaikum…ini ke Annyzzs Fantioska.’‘Ucapku apabila berdiri di hadapannya. Wanita itu mengangkat mukanya memandang ke arahku sambil tersenyum. Entah mengapa hatiku berdebar-debar tatkala melihat senyumannya. Manis sekali. Pujiku dalam hati tapi tidak sungguh-sungguh.

‘‘Aku gembira sekali berjumpa dengan Zali.’‘Sambil mendengar aku meneliti wajahnya. Cantik sekali dan padan dengan namanya. Aku sempat meneliti wajahnya. Matanya besar Bersinar, berwarna coklet, hidungnya mancung, bibirnya kecil mungil berwarna merah jambu, kulitnya putih halus tanpa jerawat dan pipinya kemerah-merahan. tatkala tersenyum terlihat barisan giginya yang putih tersusun rapat serta lesung pipit di sebelah kanan yang dalam.

‘‘macamana Annyzzs kenal dengan nama saya.’‘Tanyaku walaupun aku sudah tahu. Tapi ini dapat melindungi aku dari seorang yang kaku.

‘‘dari kawan..”

Kami terus berbual-bual. Entah kenapa aku cepat mesra dengannya walaupun baru pertama kali berjumpa. Aku juga senang dengannya. Oh ya aku terlupa sesuatu tentangnya iaitu tahi lalatnya. Tahi lalatnya berada di bawah bibir kanannya. Sederhana besar. Apabila ketawa menambahkan seri di wajah. Dan akhirnya terjalinlah ikatan persahabatanku dengannya. Aku memanggilnya Fan dengan izinnya. Bukan apa tapi aku mahu sesuatu yang baru dari panggilan teman-teman. Fan pula memanggilku Zali.

Cuti sekolah selama dua minggu pun bermula hari ini. Pada petangnya abang dan emak datang ke rumah. Emak meminta izin dari abah untuk membawaku pergi. Ayah izinkan tapi ayah memanggilku dan bertanya.

‘‘Zali, emakmu mahu kau ikut mereka untuk menghabiskan cutimu di sana. Kau mahu.’‘Ayah bertanya.

‘‘abah tak ikut.’‘Balasku balik.

‘‘Li. Kau harus tahu emakmu dan abah umpama langit dengan bumi. Dan kau pula berada di antara kami berdua.’‘Aku faham maksud ayah. Ayah mahu aku mengikut emak ke KL. Kata ayah walaupun mereka berdua seperti kucing dengan anjing tapi ayah tidak mahu aku kehilangan kasih sayang dari seorang ibu. Aku sedih dengan pengorbanan ayah padaku. Betapa ayah menyayangiku walaupun dia sendiri kurang disayangi oleh anak-anaknya. Ayah bersedia memaafkan emak walaupun emak telah membuatnya menderita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience