BAB 8

Family Completed 3660

Esok pagi sabtu abang menyuruhku berpakaian. Aku yang masih sarapan tanpa baju hairan mendengar kata abang Hilmi itu.

‘‘kenapa pula bang.’‘Tanyaku malu. Aku sangka abang menyuruhku berpakaian dahulu sebelum sarapan. Sebenarnya aku sudah biasa begini.

‘‘lepas sarapan ni abang nak bawa kau ke rumah kakak. Ada majlis perkhawinan.”

‘‘oh. Begitu’‘aku lega. Lepas sarapan aku bergegas ke tingkat atas untuk mandi.

‘‘Li…Li..’‘panggil abangku. Aku terhenti melangkah.

‘‘kenapa bang.”

‘‘abang nak kau ubah perangai kau tu.’‘Aku hanya tersenggih. Tidak faham maksud abang Hilmi.

‘‘kau harus berpakaian setiap masa.’‘Jelas abang.. barulah aku faham. Aku mengangguk dan melangkah pergi.

‘‘abang tunggu kau di luar Zali.’‘Jerit abangku.

‘‘baik bang.’‘Balasku pula.

Selepas mandi aku mencari pakaian yang sesuai untuk mejlis perkhawinan. Baju melayu dan songkok. Tapi di begku hanya ada seluar jeans dan T. Shirt. Takkan aku nak pakai baju tu. Aku berdiri mundar-mandir di bilik. Tiba-tiba pintu bilik dibuka orang.

‘‘Zali kenapa tak siap lagi. Yang kau terkulat-kulat di sana tu buat apa. ‘‘abang Hilmi bertanya. Aku pandang wajah abang. Abang berpakaian normal dengan kot sekali. Sungguh kacak. Dengan malu-malu aku menyatakan masalahku. Abang meminjamkan aku pakaiannya. Lalu abang pun menunggu di luar.

Aku menyikat rambutku yang hitam berkilat. Rambutku yang pendek paras telinga kusikat belah tengah. Sempat kulihat wajahku. Dahiku yang kecil kuwarisi dari ayah. Mataku yang kecil sedikit kuwarisi dari abah. Hidungku mancung dari emak. Dan bibirku juga kuwarisi dari emak. Serta dagu yang panjang dari ayahku. Aku lihat kulit mukaku yang berkulit sawo matang persis ayah tanpa jerawat. Aku harus bangga memiliki wajah ini. Aku pernah dengar kawan-kawanku cakap wajahku tampan. Mungkin itulah yang membuatkan emak jatuh hati pada ayah. Aku tersenyum. Aku segara keluar bilik.

Dari muka pintu kulihat abangku sedang duduki membaca akhbar di keretanya. Abangku merenungku dari atas hingga ke bawah kaki tanpa berkelip. Aku mahu ketawa tapi cuba kutahan. Aku masuk ke kereta. Aku pura-pura tidak tahu dengan menunjukkan wajah yang selamba.

‘‘Zali. Abang rasa tak percaya betullah.”

‘‘kenapa pula bang.’‘Tanyaku pura-pura.

‘‘Zali hensem bila pakai baju tu. Macho pula tu. Hampir abang tak kenal.’‘Ujar abang jujur. Aku ketawa.

‘‘tentu banyak awek kat rumah kakak tu terpikat kat Zali. Kat sini banyak awek. Cantik tau.’‘Sambung abang lagi.

‘‘emm…siapa pula yang nak khawin kat rumah kakak bang.’‘Kataku ingin tahu.

‘‘Zali akan tengok sendiri nanti.’‘Jawab abang. Abang memandu keretanya dengan hati-hati. Aku tidak berani lagi bertanya tetapi persoalan bermukim di sukmaku. Aku memandang ke luar rumah-rumah batu dan bangunan tinggi kelihatan di sepanjang kebuh raya. Bangunan dan rumah-rumah itu berderet-deret di tepi jalan. Aku kagum dengan kemajuan bandaraya KL.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience