BAB 11

Family Completed 3660

Sampai di rumah, aku memberi salam. Ayah tidak menjawab salamku. Setelah salam ketiga kali barulah salamku dijawab oleh ayah. Aku tidak mahu memberitahu ayah tentang perkhawinan emak. Aku takut kesihatan ayah akan terganggu lagi. Ayah betul-betul menyayangi emak. Ayah belum sembuh dari penyakitnya. Kami berbual-bual. Ayah menyoalku tentang kedaanku di KL. Aku hanya menjawab soalan ayah tanpa menimbulkan soal emak.

‘‘Assalamualaikum!!!’‘suara orang memberi salam di luar kedengaran di gegendang telingaku. Ayah menjawab salam lalu pergi ke pintu. Aku hanya menjawab dalam hati.

‘‘oh Mail. Kenapa datang ni..”

‘‘tak nak aku naik dulu ke.’‘Ujar Pak Mail. Ayah tersenyum.

‘‘emm. Naiklah Mail.’‘Pak Mail masuk lalu duduk di kerusi.

‘‘mana anak kau si Zali.’‘Tanya pak Mail.

‘‘ada kat dapur.’‘Mail mengangguk.

‘‘hai..kenapa senyum pula.”

‘‘dah jadi pula Zali tu anak dara.’‘Pak Mail ketawa tapi ayah kudengar mengeluh.

‘‘entahlah Mail. Beginilah hidup kami sejak saya dan isteri saya bercerai. Beginilah hidup kami.”

‘‘oh. Kesian…sebenarnya saya datang ni pasal isteri kau.”

‘‘kenapa Mail.”

‘‘bekas isteri kau tu…”

‘‘pak Cik! Pak Cik! Sini kejap.’‘Aku memanggil Pak Mail ke dapur. Pak Mail terhenti bercakap.

‘‘kenapa Zali.”

‘‘sini dululah Pak Cik Mail.’‘Aku berkata lagi. Pak Mail berjalan ke arahku. Ayah sendirian di ruang tamu.

‘‘Pak cik. Apa maksud pak cik datang ke sini sebenarnya.’‘Aku bersuara keras.

‘‘pak cik nak buat ayah sedih lagi kan.’‘Tambahku lagi. Pak Mail memandangku.

‘‘tak adalah… sebenarnya Pak cik hanya nak cakap pasal mak kau.’‘Katanya jujur. Aku merenung tajam.

‘‘tak payah pak cik nak cakap pasal itu. Zali boleh bagitahu. Pak cik tak payah cakap pada ayah.’‘Bentakku marah.

‘‘apa maksud kau ni Zali.”

‘‘Zali tahu ia dah masuk suratkhabar..’‘ujarku lagi.

‘‘Zali apa yang kau cakap ni hah. Pak cik kat sini Cuma nak cakap yang emak kau tu dah dapat tanah di hujung kampung ni. Jadi pak cik cakaplah kat ayah kau sebab dia bekas suami emak kau dulu.’‘Suara Pak Mail tinggi. Aku terlopong.

‘‘err..maafkan Zali pak cik. Zali…”

‘‘kenapa kau marah pak cik Mail begitu Zali. Kenapa kau biadab sangat ni hah.’‘Tiba-tiba ayah berdiri di muka pintu.

‘‘apa yang kau maksudkan ia di suratkhabar hah cakap.’‘Sambung ayah lagi dengan suara yang lantang.

‘‘ma…Maafkan Zali bah. Sebenarnya…’‘aku terhenti.

‘‘cakap Zali. Apa sebenarnya yang kau nak sembunyikan dari abah ni pasal mak kau tu.’‘Ayah memaksa. Pak Mail juga memaksa. Aku jadi serba salah.

‘‘emak dah khawin dengan seorang ahli korporat.’‘Luahku terus memandang Pak Mail dan ayah. Mereka berdua saling berpandangan.

‘‘betul ke Zali.’‘Tanya pak Mail.

‘‘ya pak cik. Mak dah khawin kelmarin.’‘Ujarku lesu.

‘‘Zali, beritahu ayah cepat apa yang berlaku di sana.’‘Kata ayahku lagi.

‘‘sebenarnya…’‘lalu aku menceritakan semua perkara yang berlaku di majlis perkhawinan itu dan juga tentang maaf abang, kakak dan emak kepada ayah.’‘Aku juga ceritakan pasal diriku.

‘‘Zali terasa dipermainkan bah, pak cik. Zali tak tahu yang mereka bawa Zali hanya nak sakitkan hati Zali.’‘Kataku habis bercerita.

‘‘sabarlah…’‘ujar pak Mail kepada ayah. Ayah mengeluh memandang siling. Lama. Entah apa yang ayah fikirkan.

‘‘dah tak ada jodoh untuk bersama. Tak pelah. Yang penting anak-anak dah besar.’‘Kata ayah kemudian. Pelahan sekali. Pak Mail mengangguk. Aku diam sahaja.

‘‘Assalammualaikum. Dah lama tunggu ke Zali.’‘Aku memandang Fan.

‘‘tak jugalah. Baru tadi. Kenapa Fan nak jumpa saya.’‘Balasku pula.

Fan senyum. Lesung pipit kanannya jelas kelihatan. Aku membalas senyumannya.

‘‘tak ada. Saja nak jumpa. Kenapa tak boleh ke hah Zali.’‘Ujar fan. Aku memandang pelajar-pelajar yang berjalan ke arah get. Waktu sekarang masa pulang.

‘‘bukan apa. Tapi di sini..”

‘‘kita bukan datinglah kawan.’‘Fan ketawa.

‘‘mari kita ke library. Di sana kita boleh berbual sambil belajar.’‘Ajak Fan. Aku hanya mengikut. Tiba-tiba aku terasa ada orang yang mengekori kami dengan pandangan. Aku mencari orang itu. Ayu!! Desis hati kecilku. Ayu berada di belakang kami. Dari pandangan mataku, bukan berdepan tapi lirikan Ayu sedang keseorangan. Aku cepat-cepat memandang ke depan memandang Fan di sebelahku. Fan tidak menyedari mungkin. Kenapa dia tengok kami. Dia cemburu ke? hatiku berkata lagi. Aku memang tahu Ayu meminati aku malah sejak tingkatan empat lagi tapi aku sedikit pun tidak mempunyai minat untuk bercinta dengan mana-mana perempuan. Aku bukan berdendam dengan perempuan setelah apa yang mak lakukan pada ayah tapi itu adalah nekadku. Kami berdua sampai di pusat sumber lalu terus mencari buku rujukan.

‘‘Zali. Boleh Fan cakap sesuatu.’‘Tiba-tiba Fan bertanya kepadaku. Aku yang sedang menulis mendonggak.

‘‘oh. Maafkan saya.”

‘‘tak apa. Cakaplah.’‘Kataku.

‘‘Zali adik beradik berapa orang?”

‘‘enam orang. Saya yang bongsu.’‘Jawabku.

‘‘Fan pula.’‘Balasku lagi.

‘‘Fan ada lapan orang. Fan anak ketujuh. Adik Fan perempuan masih menuntut di tingkatan empat. Di negeri Fan.”

‘‘Fan sekolah di mana.”

‘‘dulu masa Fan tingkatan satu hingga tingkatan tiga Fan belajar di sekolah Petaling Jaya Selangor. Tempat lahir Fan. Tapi bila ayah fan bertukar kat KL Fan sekolah kat sana sampai tingkatan lima. Lepas tu Fan masuk tingkatan enam kat sini.”

‘‘ayah Fan kerja apa?’‘tanyaku.

‘‘kerja…ayah kerja pegawai polis.”

‘‘Zali, sebenarnya Zali ambil bidang apa.’ Tanya Fan balik.

‘‘saya ambil bidang sastera.’‘Jawabku.

‘‘oh. Zali minat Sastera lah ye.’‘Aku mengangguk.

‘‘kenapa minat sastera.”

‘‘entahlah tapi terus-terang saya katakan seni sastera ada dalam diri saya.’‘Kataku lagi.

‘‘wah. Tak sangka ye Zali meminati sastera. Emm Zali dah ada karya ke.”

‘‘setakat ni saya hanya tulis cerpen dan sajak. Tapi taklah banyak sangat.”

‘‘boleh Fan pinjam.”

‘‘boleh. Besok saya akan bawa tapi kalau ada yang tak kena jangan pula Fan ketawa.”

‘‘issk..taklah sampai begitu. Mana mungkin Fan buat gitu kan. Kalau Zali ada kemahiran begitu kenapa Zali tak ketengahkan. Tak baik bakat yang baik tu di pendam nanti buruk padahnya.”

‘‘entahlah Fan. Saya pun tak tahu tapi bukan Zali tak nak ketengahkan sajak dan cerpen yang Zali buat tapi Zali takut karya yang Zali buat tu diketawakan.”

‘‘iss..jangan berprasangka buruk. Belum cuba belum tahu. Emm… dah lama kita kat sini. Mari kita balik.’‘Kata Fan.

Aku menyusun buku-buku di dalam beg. Hasyim sudah menunggu aku di luar kelas. Waktu sekarang masa pulang.

‘‘Zali dah siap ke ni. Lamanya kau susun buku tu. Macam perempuan.’‘Kata Hasyim padaku.

‘‘nantilah kawan. Sikit lagi ni.’‘Jawabku ketawa lucu.

Tidak lama kemudian kami pun pulang. Tiba di tingkat dua Fan sedang menunggu.

‘‘Fan. Siapa yang Fan tunggu.’‘Aku bertanya.

‘‘Zali. Fan nak kembalikan buku yang Fan pinjam tempoh hari. Hebat betul karya Zali.’

‘‘terima kasihlah Fan dengan pujian itu. Kami pulang dulu ye.”

‘‘Zali. Fan ada Salin satu sajak Zali. Fan rasa sajak tu bagus dan sesuai sungguh dengan Fan.”

‘‘tak ada salahnya. Fan simpanlah sajak tu.’‘Saya dan Hasyim pun meneruskan perjalanan kami sambil berbual-bual. Aku terdengar seseorang memanggilku. Kelihatan Ayu sedang berdiri di sebelah bilik Multimedia.

‘‘Ayu. Kenapa panggil Zali.’‘Aku bertanya. Ayu tunduk malu.

‘‘biarlah aku pergi dulu Li.’‘Tingkah Hasyim meninggalkan kami berdua. Aku jadi serba-salah.

‘‘LI. Kenapa Zali tak balas surat dari Ayu?’‘Ayu bersuara kemudian.

‘‘maafkan Zali. Saya tak ada masa nak balas.’‘Kataku selamba.

‘‘tapi takkan dah banyak surat yang Ayu kirim Zali tak nak balas.’‘Tegas Ayu.

‘‘Ayu. Zali tahu Ayu hanya nak saya balas surat tu adalah kerana nak minta jawapan kan. Okeylah begini sajalah Ayu. Zali bukannya nak sakitkan hati Ayu tapi Ayu mesti tahu nkedudukan saya. Kita masih belajar. Kita mesti tinggalkan perkara itu. Zali sebenarnya tak meminati Ayu. Lupakan Zali…carilah orang lain.’

‘‘Zali..Zali..meminati Annyzzs ke?’‘soal Ayu. Aku menafikannya.

‘‘tak. Kami hanya kawan.’‘Jawabku.

‘‘aku tak sampai hati nak membuat perhubungan dengan orang.’‘Tambahku lagi.

‘‘tapi salahkah Ayu meminati kau Li.’‘Tingkah Ayu seakan merayu.

‘‘memang tak salah. Siapa yang kata salah. Tapi kita hanya manusia biasa.”

‘‘Ayu tak faham maksud kau Zali.”

‘‘kau harus menilai sesuatu Ayu. Kau tak perlu menilai orang itu di luar sahaja tapi kau harus mernilai seseorang secara keseluruhannya.”

‘‘kau seperti berfalsafah. Kau berkata seperti aku tiada di sisimu.”

‘‘aku menganggap kau berada di sisiku ini. Maafkanlah Zali. Tapi Ayu perlu memikirkan dulu bahawa lelaki yang Ayu suka itu betul-betul sesuai dengan Ayu.’‘Aku pun meninggalkan Ayu yang terkulat-kulat. Aku tersenyum sendirian melihat keadaan Ayu yang hanya memandangku dengan pandangan kosong. Serta merta hatiku kasihan melihatnya. Maafkan aku Ayu?

‘‘Zali. Dah habis ke.’‘Hasyim bertanya kepadaku di bastop sekolah. Dia menungguku untuk pulang bersama-sama.

‘‘kalau tak habis takkan aku ke sini.”

‘‘yelah. Eh, LI boleh saya pinjam buku ni.’‘Aku memandang buku karyaku di tangannya.

‘‘aik..kenapa pula. Dulu bila kau baca cerpen yang saya buat kau ejek aku.”

‘‘alaah. Itu dululah. Aku dah rindu nak baca karya kau. Dulu tu memang karya kau tak best tapi sekarang dah best. Pandai kau bermain kata-kata ye. Tak faham aku dengan sajak-sajak yang kau tulis ni.

‘‘tak payah nak puji akulah Syim. Kalau nak pinjam, pinjam sajalah. Tak payah nak cari alasan.”

‘‘okeylah. Terima kasih. Pandai pula kau mengagak ye. Bagus.’‘Hasyim ketawa. Aku menumbuk bahunya. Kami berjalan beriringan.

Ahad itu abang, kakak dan emak serta suaminya pulang ke rumah. Ayah menyambut dengan gembira. Ayah tidak marah dengan emak lagi kerana ayah tahu dia sudah tiada hak untuk emak. Kakak dan abang mencium tangan ayah. Alangkah gembiranya hati ayah. Sedikit pun ayah tidak berdendam dengan perbuatan anak-anaknya. Aku menyambut mereka dengan hati yang kurang senang dan seakan-akan dipaksa. Ayah mencubit pipi anak abang Hilmi iaitu Sarah Adibah.

‘‘mana pula isteri kau Mi?’‘tanya ayah.

‘‘ada kat rumah abah. Tak dapat datang.”

‘‘comel cucu atuk. siapa namanya.’‘Tanya ayah.

‘‘Sarah Adibah bah.”

‘‘isteri kau bangsa Arab ke Hilmi?”

‘‘ya bah. Namanya Maimunah Syaria. Mi jumpa dia kat Mesir masa Mi pergi sana.’‘Jawab abang Hilmi.

‘‘kenapa tak datang jemput abah masa kau khawin.’‘Abang Hilmi terdiam. Memandang emak dan kak Sarah.

‘‘err..tak sempat abah.’‘Abang Hilmi tegagap-gagap.

‘‘tak sempat ke tak nak abah datang gitu.’‘Abang Hilmi gugup lagi. Abang memandangku. Aku mengangkat bahu.

‘‘abah. Sebenarnya tujuan kami datang ni sebenarnya ada hal mustahak.’‘Abang Zaki menyampuk. Ayah memandang ke arahnya.

‘‘apa dia. Cakaplah.’‘Ujar ayah. Suasana sepi seketika. Pelahan-lahan emak berdiri. Semuanya kehairanan. Suami di sisinya juga memandang hairan.

‘‘bang Tar… maafkan Mah Tijah bang. Tijah minta maaf atas perbuatan dulu itu. Memang Tijah yang bersalah. Tijah terlalu cemburu sehingga Tijah mempercayai cakap si Omah terhadap abang. Tijah minta maaf bang?’‘Emak berlutut di kaki ayah sambil menangis tersedu-sedu. Suami mak iaitu Pak cik Zakaria ( panggilanku ) terpinga-pinga. Dia memandang emak. Semuanya memandang emak.

‘‘lepaskan tanganmu Tijah. Ingatlah kita bukan suami isteri lagi. Tak baik suami kau nampak.’‘Pelahan sekali suara ayah tapi tegas. Emak melepaskan tangannya. Emak menyapu air mata. Ayah hanya memandang, tidak lagi menyentuh emak.

‘‘balik ke tempat dudukmu.’‘Emak mengikut.

‘‘encik…’‘kata ayah.

‘‘Zakaria…’‘ujar pak Cik Zakaria.

‘”encik Zakaria. Apakah engkau mengizinkan isterimu buat begitu pada saya.”

‘‘ya. Saya izinkan.”

‘‘dengarlah sini Zaki, Hilmi, Sarah, Zanidah, Rashid, Tijah.’‘Ayah berhenti seketika kemudian meneruskannya.

“dua tahun dulu setelah abang menceraikan kau Tijah. Abang sangat menyesal kerana menceraikan engkau walaupun kau yang berkeras nak minta cerai. Aku berasa bersalah dan sedih dengan keluarga ini. Bertahun-tahun lamanya aku bersedih. Aku juga kecewa dengan orang-orang yang aku anggap sebagai anak selama ini tidak memoercayai kata-kataku malah membenciku. Hanya Zali sahaja yang tahu penderitaan yang ayah hadapi. Dua tahun itu bukannya sekejap. Tapi ianya sangat lama bagi mereka yang merasai penderitaan. Sekarang aku tidak mahu bersedih lagi. Aku tidak mahu berasa menyesal lagi. Aku tidak mahu berasa bersalah lagi. Aku sudah puas merasa itu semua. Aku sudah puas mengemis kasih sayang dari kamu semua. ‘‘ayah terhenti kerana terbatuk-batuk. Aku mengambil air lalu memberikan kepada ayah. Ayah mengambil lalu meneguk sedikit. Kemudian ayah meneruskan lagi.

‘‘terserahlah kepada kamu. Tapi kamu harus ingat bahawa aku tidak menaruh dendam pada kamu semua. Sudah lama aku maafkan kesalahan kamu.’‘Kata ayah lagi.

‘‘Zakaria…jagalah Tijah baik-baik. Didiklah dia. Tijah, maafkan aku sekiranya selama kita menjadi suami isteri aku tidak dapat memenuhi kehendak engkau serta kesalahan yang aku lakukan padamu.’‘Sambung ayah lagi. Emak mengangguk. Sinar matanya redup. Ada kesayuan di matanya. Emak mungkin menyesal dengan tindakannya. Tapi bagiku emak tidak perlu menyesal kerana pak cik Zakaria ada di sisinya. Selepas ini segala kehendak emak akan tercapai.

‘‘mungkin selepas ini aku akan kembali lagi seperti dulu..”

‘‘apa maksud abang..’‘tanya emak.

‘‘bukankah abang seorang perantau jalanan…’‘jawab ayah.

‘‘bukankah…”

‘‘janji itu sudah aku tarik balik. Di sini tiada siapa lagi.’‘Emak terdiam. Tapi kami adik-beradik tidak mengerti maksud ayah.

Cuti sekolah sudah bermula. Esok cuti semester ketiga. Aku tidak punya perancangan di masa cuti ini. Aku mahu menumpukan perhatianku pada pelajaran. Sambil itu aku akan menolong ayah. Antara aku, kakak-kakaku dan abang-abangku, akulah yang paling dekat di sisi ayah. Ayah berduka. Aku turut berduka. Bila ayah gembira aku turut gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience