BAB 4

Family Completed 3660

Penyakit ayah bertambah teruk. Aku menghantar ayah ke hospital dengan bantuan pak Syaid. Aku menggunakan wang simpanan biasisiwa yang aku terima. Alhamdulillah, setelah seminggu ayah di hospital ayah telah pulih sedikit dari sakit yang dihadapinya. Doktor kata ayah kena serangan jantung tapi belum terlambat untuk sembuh. Ayah juga menghadapi tekanan perasaan. Sungguh berkesan sekali penderitaan ayah yang terpaksa dihadapi ke atas kesihatan dirinya. Ayah sudah boleh berkerja semula. Aku berasa kasihan kepada ayah yang sanggup berkorban untuk keluarga kami.

Setelah abang dan kakak memarahi ayah, mereka tidak lagi pulang ke rumah sehingga sekarang. Mengirim duit pun tidak. Aku fikir mereka tidak sayang akan ayah lagi.

‘‘Zali! Zali. Kenapa ni Zali.’‘Aku terdengar suatu suara. Rupanya ayah sudah berdiri di depanku.

‘‘apa yang Zali menungkan. Kenapa tak makan nasi ni?’‘soal ayah lagi. Baru aku tersedar rupanya aku termenbung jauh sehingga tidak sedar apa yang terjadi. Begitu lama sekali aku termenung.

‘‘kenapa LI. Kenapa ngangis. Hiss tak malu betul. Anak jantan tak sesuai menangis tau.’‘Kata ayah lagi. Aku tersipu-sipu malu. Aku lantas makan nasi yang entah berapa jam tidak dimakan. Ayah geleng kepala. Ayah pergi meninggalkan aku sendirian. Kedengaran ayah terbatuk-batuk kecil.

Suatu petang selepas ke sekolah aku pulang ke rumah. Aku lihat ayah duduk termenung di halaman rumah. Wajahnya sedih dan pucat. Tangan ayah memegang sepucuk surat. Perasaan ingin tahu aku memuncak. Aku mendekati ayah.

‘‘bah..kenapa abah sedih?’‘kataku. Ayah hanya diam. Ayah meninggalkan aku dan masuk ke rumah. Aku mengambil surat yang ditinggalkan oleh ayah. Surat itu datang dari abang Hilmi, abangku yang sulung. Surat abang itu ditujukan kepada aku. Tetapi ayah telah membuka surat itu.

Ke hadapan adinda Mohamad Zali. Semoga adik sihat di sana. Bagaimana dengan keputusan SPM adik. Abang kat sini sihat walafiat.

‘‘Ah, tak payah menanya khabar.’‘Bentak hati kecilku. Aku meneruskan bacaan.

Di sini abang ada berita penting. Tapi diharap Zali jangan bagi tau ayah. Abang dan kakak kat sini nak bawa adik tinggalkan ayah. Abang masih marah kat ayah lagi. Sebab kekejaman ayahlah emak menderita. Ayah zalim. Ayah kejam. Dia tak layak dipanggil ayah lagi. Abang kat sini tidak mahu Zali menderita kat sana. Ini tempat tinggal abang….

Aku mengetap bibir. Marah. Aku tidak sangka abang masih menyimpan dendam pada abah tanpa usul periksa. Begitu sekali mereka menghukum ayah. Aku tidak mahu tinggal bersama mereka. Aku masuk ke dalam rumah. Ayah sedang membuat jala. Ayah nampak aku.

‘‘Zali, kau pergilah kat tempat mereka. Di sana nanti kau akan dapat apa yang kau nak. Biarlah abah kat sini. Mereka masih marah kat abah.’‘Ayah berkata selamba. Dari perkataan dan wajahnya aku tahu ayah kecil hati dengan kakak dan abang.

‘‘tidak bah. Li tak akan tinggalkan abah kat kampung ni’‘kataku lalu memeluk ayah. Ayah juga memelukku mesra. Aku terasa air membasahi pundakku. Aku memandang ayah. Ayah menangis. Aku turut menangis.

‘‘kau anak yang baik Li.’‘Ujar ayah kepadaku.

‘‘abah.’‘Ayah memandang ke kolam jernih air mataku.

‘‘apakah abah marah kat emak, abang dan kakak?’‘aku bertanya kemudian. Ayah memandang ke arah lain.

‘‘tidak Li. Tapi ayah sedih mereka masih tidak maafkan abah. Dah dua tahun abah menunggu mereka pulang tapi seperti yang kau tahu mereka langsung tidak balik. Tapi tak apalah biarlah mereka marah pada abah daripada abah tak maafkan kesalahan mereka.’‘Ujar ayah.

‘‘abah dah makan ubat.’‘Tanyaku. Ayah mengangguk. Aku tersenyum.

‘‘moga-moga abah dapat lupakan peristiwa lalu.’‘Desis hati kecilku. Aku berasa perutku lapar. Aku melangkah ke dapur. Dengan masih berpakaian sekolah. Hatiku bangga. Lega mendapat seorang ayah yang penyabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience