BAB 5

Family Completed 3660

Suasana sekolah SMK Tambunan sangat riuh kerana siren masa pulang sudah berbunyi. Aku melangkah longai meninggalkan kelas Enam Rendah Satu. Di tangga sekolah aku berselisih dengan Ramlah pelajar tingkatan Enam Rendah Tiga. Ramlah sedang menaiki tangga. Ramlah menyapaku mesra. Aku membalas sapaan mesra gadis bertudung lingkup itu.

Tiba di blok C tiba-tiba aku mendengar satu suara memanggil namaku. Di blok B, Hasyim sedang berlari mengejarku. Kami sama-sama berjalan pulang.

‘‘Li. Tadi si Ayu bertanya pasal kau.”

‘‘apa dia tanya kat kau.’‘Ujarku endah tak endah. Hasyim merenungku.

‘‘dia tanya aku pasal kat mana rumah kau.’‘Ujar Hasyim. Aku tersentak. Lantas memandang Hasyim.

‘‘kau cakap ke kat mana rumah aku?’‘aku berhenti berjalan. Hatiku berdebar-debar sekiranya hasyim memberitahu di mana letak rumahku. Tentu si Ayu itu akan datang. Malu aku nanti bila Ayu nampak rumah burukku itu.

‘‘tak. Tapi si Ayu tu paksa so I bagi taulah.’‘Masya Allah. Tak tahu apa aku nak cakap.

‘‘kenapa. Kau malu ke si Ayu tu datang kat rumah kau.”

‘‘tak. Tapi aku takut ayah aku cakap yang bukan-bukan nanti.”

Sampai di perhentian bas sekolahku kami menaiki kereta.

‘‘Si Ayu tu macam suka aje dengan kau.’‘Tiba-tiba Hasyim bersuara.

‘‘entah. Aku tah tahu.’‘Jawabku malas.

‘‘kau tak suka kat dia ke. Kan dia tu cantik, lawa, pandai…’‘puji Hasyim pula.

‘‘tak tahulah Hasyim. Tak berminat nak bercinta.’‘Jawabku. Hasyim diam. Mungkin sedar yang aku memang tidak punya girlfriend. Sebenarnya bukan tak ada yang nak tapi aku anggap mereka sekadar kawan. Aku anggap cinta di sekolah lagi adalah cinta monyet. Lagipun ada perkara lain yang membuatkan aku tidak senang dengan perempuan yang mahu mendampingi aku. Bagaimana pula dengan Ayu! Ayu budak baik pada pandanganku tapi entahlah aku tidak pernah terpikat dengannya.

Aku lupakan semua itu. Fikiran aku beralih kepada ayah dan cita-citaku. Aku tidak fikir lagi perkara lain. Hasyim juga tidak berminat hendak berbual dengan ku. Aku tersedar apabila Hasyim menepuk bahuku.

‘‘dah sampai kat rumah kau.”

Aku lihat sekeliling. Aku nampak di hujung jalan denai dari jalan besar tersergam rumah burukku. Aku lihat di halaman rumahku aku nampak sebuah kereta Proton Waja berwarna merah dan masih baru. Aku turun dari kereta yang aku naiki. Siapa yang datang? Emak, abang atau kakak. Mungkin juga orang lain.! Aku bermonolog. Aku panjangkan langkah.

“Untuk apa mereka di sini lagi. Mungkin mereka nak ambil aku atau nak minta maaf kat abah. ‘‘Kata hati kecilku.

Dari halaman rumah aku terdengar suara ayah di dalam. Sangat keras suara itu. Siapa yang ayah tujukan. Siapa orang yang bersama ayah? Persoalan demi persoalan bermukim di fikiranku. Aku naik ke beranda rumah. Mataku tertumpu pada sepasang kasut tinggi berwarna hitam serta di sisinya sepasang kasut lelaki. Hati aku berdenyut kencang. Aku membuka kasut sekolah. Ibu! Abang datang? Desis hati kecilku. Suara ibu sangat kuat pada pendengaranku.

Ibu dan abang terdiam apabila melihat wajah aku yang muncul di muka pintu. Mereka kulihat sedang mengelilingi ayah. Ternyata tanggapanku tepat.

‘‘Zali..’‘kata emak. Aku hanya diam apabila emak memelukku. Abang Hilmi yang juga di hadapan ayah hanya tersenyum ikhlas tapi kuanggap ianya adalah senyuman seorang penyanggak yang menang. Menang kerana dapat melawan ayah. Menang kerana dapat membuat ayah menderita bertahun-tahun. Aku tahu mereka datang nak menjemputku ke kota. Ayah pula kulihat tenang menghadapi dan berani menentang lawan-lawannya. Inilah kali pertama kulihat ayah bersemangat untuk menentang. Tidak takut. Tidak lemah.

‘‘Li. Anakku. Dah besar panjang rupanya kau Li. ‘‘tukas ibu sambil menangis. Aku boring dengan perbuatan ibu itu. Aku melepaskan pelukan ibu. Aku memandang abang.

‘‘Zali. Sebenarnya abang dan mak nak…’‘kata abang.

‘‘Zali dah tahu bang. Tapi saya minta maaf. Zali tak nak pergi.’‘Kataku pula.

‘‘kenapa Li. Di sana kan kau dapat apa yang kau nak. Pelajaran, kawan, kesenangan dan ketenangan.’‘Pinta abang. Sungguh kata-kata abang itu telah membuat api amarahku selama ini yang aku sembunyikan dari ayah memuncak.

‘‘apa maksud abang berkata begitu.’‘Kataku meminta kepastian.

‘‘Li. Di sana kau dapat belajar balik. Di sana banyak kawan-kawan. Hidup di sana juga senang. Dah ada kemudahan seperti komputer, perpustakaan dan macam-macam lagi. Bila Zali habis belajar Zali boleh apply kerja sebab kat KL banyak kerja. Kat KL juga jiwa kau tenang..’‘ujar emak pula.

‘‘tenang? Tenang yang macam mana tu.’‘Tingkahku dengan sengaja. Emak renung abang.

‘‘tenang dari masalah…’‘tukas abang.

‘‘tenang dari masalah keluarga begitu?”

‘‘bang…mak, saya tak nak ikut emak dan abang. Zali nak tinggal kat sini. Kat sini pun Zali boleh hidup dan lebih tenang dari hidup kat sana. ‘‘sambungku lagi.

‘‘Zali. Dengar sini. Kat sana Zali dapat apa yang Zali nak. Misalnya Zali nak baju cantik Zali boleh dapat. Zali nak makan di restoren mewah Zali juga boleh. Malah apa yang Zali nak selama ini kami boleh bagi.”

‘‘kenapa baru sekarang emak ambil berat pasal Li. Kenapa bukan dulu lagi. Emak tinggalkan Li tanpa beritahu Li. Emak menyepi tanpa sebarang berita selama dua tahun dan sekarang baru nak muncul. Kalau emak nak tahu sepanjang dua tahun itu kami menderita mak. Terutama sekali abah yang mak sanggup menuntut cerai tanpa abah relakan. Hanya kerana fitnah mak sanggup buat gitu pada ayah.’‘Emak dan abang terlopong tanpa suara. Ayah kulihat duduk di kerusi. Aku menahan air liur menahan sebak lalu menyambung semula.

‘‘kalau emak nak tahu, ayah Zali lihat sentiasa menunggu kepulangan emak tanpa rasa lapar dan tidur. Li kasihan melihat ayah yang menyalahkan dirinya sehingga berlakunya perpecahan keluarga ini. Tapi apa yang abah dapat? Mak tak pulang ke rumah walaupun sekadar nak menjengguk anak mak ni. Mak dan abang hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain. Bila abah dimasukkan ke hospital mak dan abang tak sekalipun jengguk abah padahal Li dah maklumkan pada mak dan abang. Zali juga kongsi derita kat abah, mak…abang.’‘Aku melepaskan apa yang terbuku di hatiku. Sudah lama aku mahu menuturkan kata-kata ini. Biarlah ayah marah tapi ini kulakukan kerana ayah dan diriku. Bukan maksud aku mahu menderhaka. Tidak sama sekali malah saya tahu syurga itu berada di telapak kaki ibu. Tapi semua itu kulakukan kerana mahu menyedarkan mereka. Tapi walaupun syurga itu terletak di telapak kaki ibu janganlah ayah dipinggirkan sekali kerana ayah juga orang tua yang sama pangkatnya dengan emak. Kalau menderhaka antara salah satu dari mereka akibatnya tak masuklah syurga anak-anak itu.

‘‘sabar Li..sabar. jangan ikutkan perasaan. Maafkan mak dan abang.’‘Abang memujuk. Emak kulihat menangis. Hampir aku seperti perempuan kecil tetapi aku kuatkan hati. Aku kasihan juga melihat emak. Maafkan anak bongsu emak ni mak..’‘jerit hati batinku.

‘‘sampai bila Zali mahu bersabar. Selama ni Zali dah banyak bersabar. Tapi entahlah sabar Zali bertempat. Zali hanya hamba Allah yang tidak lari dari kelemahan diri.

Dan akhirnya petang itu emak Dan abang pulang dengan tangan kosong tanpa diriku. Aku tidak tahu perasaan emak dan abang tapi aku puas dengan apa yang aku katakan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience