BAB 12

Family Completed 3660

Sekarang kulihat ayah tidak bersedih lagi. Kekeruhan hatinya sudah jernih kembali. Ayah seperti bersemangat untuk berkerja, Berbual-bual setelah kedatangan emak, abang dan kakak pada bulan yang lalu. Kelmarin dulu pun abang Hilmi jemput ayah pergi ke rumahnya. Ayah ke sana selama tiga hari. Semalam ayah pulang dengan sinar mata yang bercahaya. Balik saja dari KL ayah tidak habis-habis bercerita pasal KL yang moden itu.

Aku gembira dengan perubahan ayah. Rupanya ayah dapat menerima kehadiran lelaki kedua dalam hidup emak. Sedikit pun ayah tidak melenting. Cemburu. Tapi betulkah ayah tidak cemburu dengan emak. Ataupun ayah sembunyikan perasaannya jauh di dasar hatinya yang paling dalam. Aku tidak tahu. Cuma ayah sahaja yang dapat menjawabnya kerana ayah yang merasainya.

Suatu petang ayah memanggilku. Aku menghampiri ayah yang sedang mebuat jala. Petang itu cuaca sangat redup. Menghanyatkan tubuh kecilku ini dengan elusan sang bayu yang nyaman. Matahari tidak memancar seterik tengah hari kerana sebentar lagi malam akan menjelma. Ayah terus menjahit jala tanpa mengendahkan kedatanganku.

‘‘ada apa abah. Ada yang Zali boleh bantu.’‘Tegurku kepada ayah. Ayah memandangku seketika kemudian meneruskan jahitannya. Aku hanya tersengih melihat perbuatan ayah. Aku setia menunggu. Mungkin ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh ayah. Aku bermonolog sendirian. Aku duduk di atas sekeping kayu yang besar dan sudah dipotong. Memerhatikan ayah membuat kerja membuatkan aku terleka seketika. Perasaan kagumku dengan kepantasan ayah menjahit jala menjalar di mindaku.

Ayah terus membuat kerjanya tanpa mempedulikan aku yang sudah setengah jam menunggu kata-kata dari bibirnya. Aku jadi bosan dan segara mahu pergi sahaja. Bosan juga aku dengan sikap ayah yang langsung tidak mempedulikan kedatanganku. Belum sempat aku berdiri ayah menegurku.

‘‘Zali, apa cita-cita kau selepas ini. Kau nak jadi pengembara ya.”

‘‘ya bah. Kenapa abah tanya Zali macam tu.”

‘‘kau dah confirmkan cita-cita kau tu.”

‘‘entahlah Zali pun tak tahu. Tengoklah keadaan macam mana. Tapi itu memang impian saya abah.”

‘‘apa pandangan kau terhadap abang, kakak dan emakmu Li?’‘tanya ayah seterusnya. Aku termanggu-manggu. Tidak tahu apa yang nak dikata untuk menjawab pertanyaan ayah yang mendadak itu.

‘‘ok. Baik je. Mereka dah sedar pun tentang kesalahan yang mereka lakukan dan Zali harap keluarga ini akan bersatu semula. Tiada keributan berlaku. Zali tak fahamlah kenapa abah tanya Zali tentang tu. Ingatkan abah nak minta tolong buatkan jala untuk abah.”

Ayah tidak menyahut. Ayah leka membaiki jala yang rosak. Kemudian ayah memandangku. Sedikit senyuman tawar dari bibirnya. Ayah masih ingat emak agaknya. Ayah terbatuk-batuk kecil. Aku fikir batuknya akan berhenti tapi lain pula jadinya. Batuk ayah makin menjadi. Aku jadi risau. Aku memegang tangan ayah, memberi isyarat untuk menolog. Ayah menggeleng. Aku tak jadi. Ayah mengurut dadanya.

‘‘abah suka kau jadi pengembara Li. Kau binalah masa depanmu sendiri. Abah tak halang kau. Dulu pun abah pernah mengelilingi Malaysia ni sebelum abah sampai di sini. Abah sebenarnya seorang perantau. Tiap ceruk negeri abah sudah jelajahi hinggalah abah jumpa ibumu. Kami khawin dan abah dan emakmu bercadang tinggal di kampung ini. Abah janji dengan ibumu yang abah tak akan merantau lagi. Abah akan tetap tinggal di sini hingga akhir hayat selagi emakmu setia bersama abah. Tapi…’‘ayah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Ayah tunduk merenung tanah yang kami pijak. Aku tahu ayah sedih dengan kepergian emak dari hidupnya. Timbul persoalan di fikiranku tentang kata-kata ayah sebentar tadi. Adakah ayah hendak menyambung kembali tugasnya sebagai seoarang perantau? Dalam serba moden ini mustahil wujud lagi manusia yang digelar perantau. Mungkinkah ayah berhubung lagi dengan rakan-rakan yang sealiran dengannya dahulu? Persoalan ini kubiarkan terpendam dan terkubur di hatiku. Ayah terbatuk lagi. Batuk ayah semakin menjadi-jadi. Ayah mengusap-usap dadanya. Kerisauanku semakin bertambah melihat keadaan ayah.

‘‘Abah. Dahlah kerja tu. Hentikan saja. Zali rasa abah tak sihat saja. Kita naik rumah. Dah petang ni lagipun jala ni pun dah hampir nak siap. Besok sajalah abah sambung. Aku cuba memancing ayah supaya menghentikan kerjanya. Seperti selalu ayah menggeleng. Ayah memang begitu. Orang seperti ayah memang keras hati. Hatinya tidak boleh dicairkan. Aku pujuk lagi tidak mahu mengalah tapi aku pula dimarahinya.

‘‘Apa kau ni. Nak ajar orang tua. Abah masih sihat lah. Abah bukan sakit. Masuk dalam!!’‘lantang sekali suara ayah memecah gegendang telingaku hingga kecut perut aku jadinya.

Aku masuk ke dalam mengikut suruhan ayah. Kadang-kadanga aku tidak suka dengan sikap ayah terhadapku. Kadang-kadang ayah menyayangiku seperti seorang perempuan. Ini berbeza sekali ketika emak masih ada. Ayah melihatku sebagai seorang anak lelaki yang dewasa dan matang. Ketika aku hendak masuk ke dalam rumah aku terdengar ayah menjerit sekuat hati.

‘‘Allah!!’‘jerit ayah. Aku berpaling melihat ayah. Ayah sudah rebah di atas tanah sambil tangan kanannya memegang dada.

‘‘Abah!!’‘jeritku sekuat hati lantas mendapatkan tubuh ayah yang kaku terlentang di atas tanah. Jeritanku didengar oleh jiran-jiran di sebelah rumahku. Mereka pergi melihat kami. Ayah dibawa ke hospital dengan kereta Pak Syaid. Ayah dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Setelah beberapa lama menunggu seorang doktor memberitahu kami yang ayah sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital lagi. Aku tidak dapat menerima kenyataan itu. Aku menangis.

Emak, abang-abangku dan kakak-kakakku datang kemudian. Aku maklumkan kepada mereka tentang berita kematian ayah. Emak meraung. Kakak meraung kuat dan abang-abangku hanya mampu mengucapkan Inna lillah wainna lillahi raji’un. Abang-abangku juga turut bersedih Cuma mereka tidak tunjukkannya di hadapan khayalak ramai.

Esoknya tubuh kujur ayah disemadikan. Hilanglah sudah seorang yang bergelar perantau. Mungkin ayah akan mengembara di dunia lain lagi. Aku tidak tahu dan tidak akan tahu selamanya apa sebenarnya rasiah ayah yang ayah simpan selama ini.

Sekarang kubur ayah sudah berusia sepuluh tahun. Aku pula sudah menjadi seorang pengembara seperti yang aku impikan selama ini. Tapi bukanlah seorang pengembara yang menjelajahi seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat atau melihat negara orang putih. Bukan itu. Aku sekarang sudah sah jadi seorang guru dan penulis. Aku menjadi seorang pengembara di lautan ilmu. Tiapa masa aku akan mengembara menjelajahi tiap ceruk ilmu bukan sahaja untuk kusampaikan kepada anak muridku nanti tapi untuk kujadikan santapan minda kepada masyarakat yang membaca setiap karyaku.

Berkenaan dengan ibuku pula emak dan suaminya sudah pun mendapat dua orang anak hasil dari perkhawinan mereka. Jadi ahli keluargaku sekarang sudah bertambah dari enam kepada lapan orang. Adik-adik tiriku ini bernama Munirah dan Syarizad. Aku tidak mahu mengganggu hidup emak lagi. Emak sudah bahagia hidup dengan suaminya yang berkerjaya. Mungkin emak tidak memikirkan ayah lagi. Nama ayah sudah luput dari ingatannya. Ataupun emak masih lagi memikirkan ayah yang sudah lama bersemadi di alam barzakh. Aku tidak mahu tahu tentang itu semua. Yang penting emak gembira dengan hidupnya sekarang.

Macam mana pula dengan abang Hilmi, abang Zaki, abang Rashid, kak Zanidah dan kak Sarah. Mereka semua sudah pun berkeluarga. Hidup mereka tak berubah. Seperti dulu. Kerja, kerja, keluarga, keluarga dan keluarga. Cuma kak Sarah saja yang masih berstatus tunang tapi akan berkhawin sebulan lagi. Gembiralah emak melihat anak-anaknya dah besar dan berkerjaya pula. Kalau ayah masih hidup ayah pun turut tumpang gembira tapi aku tidak dapat mengagak bagaimanakah hidup ayah di sana? Akhirnya keluargaku berkumpul semula walaupun ayah sudah lama pergi. Dah memang pun sejak dari dulu lagi.

Aku pula. aku sudah kisahkan diriku di awal-awal lagi. Aku sudah berkerja sebagai guru dan penulis sepenuh masa. Mungkin setahun dua ini aku akan mendapatkan sijil Master pula. Aku mahu mencari pangkat sehingga menjadi pensyarah. Itu tekadku. Emm, satu lagi, aku sekarang sudah punya kekasih dan akan bertunang dengan kekasih yang kucintai tidak lama lagi. Tapi biarlah pertunanganku itu selepas kak Sarah khawin. Kekasihku adalah rakan sekolahku dulu, Ayu Rahayu ataupun lebih afdal kupanggil Ayu. Akhirnya aku hargai cinta Ayu kerana melihat kesungguhannya mencintaiku. Kami bercadang mahu mendapatkan lima orang anak bila kahwin nanti.

Benar, buat masa ini ia akan jadi mimpi mahupun angan-angan, namun dengan Izinnya, siapa tahu ia akan mejadi sebuah mimpi yang jadi realiti terindah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience