BAB 2

Family Completed 3660

Setelah penceraian emak dengan ayah abang-abang dan kakak-kakakku pula membenci ayah. Mereka juga menuduh ayah bahawa penceraian itu terjadi berpunca dari ayah. Sungguh aku cukup benci dengan sikap abang-abang dan kakak-kakakku terhadap ayah. Emak telah memberitahu tentang itu dan mereka semua percaya.

‘‘emak kau yang minta cerai Zali. Ayah tak nak tapi dia berkeras jadi ayah relakan dia pergi.’‘Ayah memberitahuku tanpa ku tanya. Masa itu sudah sehari pemergian emak. Aku lihat ayah menangis menceritakan kejadian itu. Aku juga jadi sebak melihat keadaan ayah.

‘‘dia tuduh ayah ada simpan perempuan lain.’‘Perkara itu sudah ku ketahui dulu.

‘‘demi Allah. Ayah bersumpah ayah tak simpan perempuan lain Li. Percayalah kata-kata ayah. Ibumu itulah wanita pertama dan terakhir dalam hidup ayah Li. Ta..pi dia pula telah pergi dari hidup ayah..’‘kata ayah lagi. Aku ketika itu hanya jadi pendengar setia.

‘‘ayah betul-betul pergi cari kerja dan ayah dapat kerja kilang setelah berapa lama ayah cari. Baru sehari ayah kerja ayah jumpa Sedah pekerja kilang juga. Tapi ayah anggap Sedah tu macam anak ayah sendiri sebab umurnya baru 23 tahun sedangkan ayah sudah 57 ahun. Mana mungkin ayah bercinta dengannya LI. Ayah tengok Sedah tu sangat baik. Dialah yang tolong ayah dan dia panggil ayah pak cik. Bila ayah jumpa dia kat pekan si Omah nampak kami dan beritahu kat ibu kamu Li. Padahal kami tidak buat apa-apa pun.’‘Jelas ayah dengan jujur. Aku tahu ayah jujur menceritakan peristiwa itu. Aku berasa kasihan dengan ayah. Aku tahu ayah masih sayangkan emak. Ayah juga pernah berkata padaku bahawa ayah menyesal kerana menceraikan emak dan menganggap dirinya bersalah.

Ayah sangat berharap emak akan pulang menjengguk anaknya walaupun bukan dirinya. Aku tahu anak itu ialah aku. Di anjung itulah ayah akan menunggu kepulangan emak berbekalkan batang-batang rokok. Kadang-kadang kulihat ayah menatap foto-foto emak dan ayah juga menangis dalam diam. Tubuh ayah sudah susut benar walaupun baru dua bulan emak pergi. Ayah tidak lalu makan. Selepas habis kerja ayah akan cepat-cepat pulang dan menyediakan makanan untukku dan bersedia untuk menunggu emak. Aku bersyukur kerana ayah tidak menjadi gila seperti kebanyakan orang.

Kelukaan dan kekecewaan ayah ditambah lagi apabila abang-abangku dan kakak-kakaku pulang menemui ayah dan memarahi ayah. Ayah hanya terlopong dan terkesemi tidak berkata apa-apa apabila mereka memarahinya. Aku cuba membela ayah tetapi ayah melarang aku. Aku tidak faham dengan kelakuan ayah. Ayah memberitahu perkara sebenar. Kakak-kakak dan abang-abangku yang seramai lima orang itu tidak mempercayai cakap ayah. Aku berasa marah dengan sikap mereka. Kalaulah aku tidak diajar bersabar sudah pasti aku akan memarahi mereka semua tanpa mahu mendengar larangan ayah lagi. Aku juga berasa benci dengan emak yang telah menjadi punca kepada pergaduhan anak- beranak ini.

Aku lihat ayah terduduk lesu di kerusi setelah abang dan kakak pulang. Wajah ayah sedih. Berjam-jam lamanya ayah termenung di kerusi. Bertambah lagi peneritaan ayah tanggung dan semakin bertambah pula rasa kesal ayah.

‘‘ayah yang bersalah Li. Ayah yang bersalah.’‘Kata ayah kepadaku. Itulah yang sering dikatakan oleh ayah.

‘‘bukan ayah yang bersalah bah. Tapi emak dan abang dan kakak yang bersalah.’‘Kataku pula cuba menghapuskan penyesalan abah tapi ayah terus menerus menyesali tindakannya. Setiap hari, minggu dan bulan ayah tidak putus-putus termenung.

‘‘abah, jangan diikut rasa hati bah. Nanti emak, abang dan kakak akan sedar kesalahan mereka dan pulang akhirnya.’‘Pujukku kepada ayah.

‘‘tidak. Abah yang bersalah.’‘Dan ayah akan menangis menggerakkan badannya yang tinggal sekerat tulang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience