BAB 10

Family Completed 3660

Tanpaku sedari bibirku menyebut nama itu. Dan lepas itu pandanganku terus gelap. yang aku dengar suara-suara orang yang riuh. Suara orang merungut dan suara abang memanggil namaku. Lepas itu semuanya kosong.

Aku terdengar bunyi orang berbual-bual. Aku buka mataku. Tempat aku sekarang bukan lagi di rumah banglo milik kak Zan. Aku lihat sekeliling. Putih semuanya. Rupanya aku kini berada di hospital. Seorang jururawat menunju ke arahku sambil tersenyum. Aku lihat bajuku. Kot sudah dibuka tinggal baju kemeja.

‘‘Assalamualaikum dik.’‘Sapa jururawat manis itu.

‘‘Waalaikum salam.’‘Jawabku.

‘‘kakak nak periksa keadaan adik dulu.’‘Kata jururawat yang ramah itu. Aku mengangguk.

‘‘mana abang dan kakakku.’‘Tanyaku.

‘‘mereka baru pulang. Masa melawat dah habis.’‘Ujar jururawat itu lagi.

Aku biarkan tanganku diperiksa. Entah aku tidak tahu kenapa nurse itu memeriksa tanganku pula. Kenangan tadi menjelma di benakku. Mengingatkan peristiwa itu hatiku sedih, marah kesal dan macam-macam lagi. Mahu saja aku menangis masa ini juga kalau bukan jururawat muda itu ada di sisiku. Lepas keluar hospital aku mahu pulang ke kampung. Aku tidak mahu tinggal di sini lagi. Aku berasa diriku dipermainkan oleh abang dan kakak-kakaku. Kenapa mereka tidak mahu memahami hati dan perasaan ayah dan aku.

‘‘nurse, bila saya boleh keluar hospital?’‘tanyaku pada jururawat yang bernama Fdatimah itu.

‘‘akak tak tahu dik. Mungkin esok. Sebab adik tak ada penyakit Cuma tak sedarkan diri je. Adik terkejutkan sebab itulah adik pengsan. ‘‘ujar jururawat itu lagi sambil tersenyum.

‘‘akak pergi dulu dik.’‘Ujar kak Fatimah. Jururawat muda yang baik hati. Aku mengangguk. Aku keseorangan kini. Segala peristiwa pagi tadi bersemi di fikiranku. Seakan jarum yang menusuk kalbu dan sangat menyakitkan. Aku tidak mahu tinggal di sini lagi. Aku mesti balik esok!

Beg besar sudahku isi dengan pakaianku. Aku juga sudah siap berpakaian. Setelah semuanya sudah selesai aku menjingging begku keluar dari bilik. Aku sudah nekad untuk pulang seorang diri. Aku tidak mahu abang Hilmi atau abang Zaki menghantarku ke stesen bas. Aku berasa diriku lebih tenang pergi seorang diri.

‘‘Zali. Abang minta maaf.’‘Abang Hilmi meminta maaf kepadaku. Abang Zaki, abang Rashid, kak Sarah, kak Zanidah serta emak sedang duduk di kerusi. Mereka semua memandangku. Alangkah bahagia dan gembiranya aku jikalau begini keadaan keluarga kami. Tiada pertelingkahan. Tiada anak yang pentingkan diri sendiri. Semuanya bersatu dan berkasih sayang. Duduk bersama sambil bercerita, bergurau senda. Oh, alangkah indahnya. Tapi…itu Cuma khayalanku yang telah menjadi angan-angan kosong.

‘‘kau nak pergi juga Li. Maafkan kami semua sebab tak nak beritahu engkau. Err, bukan kami tak nak beritahu tapi kami risau kau tentu tolak nak ikut emak dan abang Hilmi ke sini.’‘Kata kak Sarah.

Aku letak begku di sisi kakiku yang berbalut jeans. Aku hanya berdiri sahaja.

‘‘tapi apa yang abang, kakak dan mak buat ni pada Zali sebenarnya sangat melukakan hati Zali. Tak dapat Zali nak cakap tentang itu lagi. Kenapa abang, mak, kakak buat macam ni pada Zali. Sebenarnya kamu bukan saja melukakan hati Zali tapi juga melukakan hati abah sama. Apa erti semua ini. Zali bukan boneka yang boleh dipermainkan.’‘Kataku tegas.

‘‘mak, apa yang mak buat pada Zali , Zali boleh terima kenyataan tapi bagaimana dengan abah. Mungkin abah akan terima dan mungkin juga tidak..’‘ujarku pada emak. Emak hanya diam. Aku tidak melihat mata emak berair.

‘‘maafkan kami. Beritahu abah kami semua minta maaf sebab telah melukakan hati abah.’‘Abang Rashid menyampuk. Semudah itu.

‘‘Ok. Zali boleh sampaikan tapi tengoklah apa yang akan berlaku tapi doakanlah semoga abah dapat maafkan dosa abang, kakak dan emak.”

‘‘tapi satu saja yang Zali nak cakapkan pada abang dan kakak. Zali mahu jawapan yang ikhlas dan jujur. Bang…kak, kenapa kakak dan abang marah sangat pada abah dan tak nak mengaku abah tu adalah ayah kita. Dan apakah selama ini kakak dan abang mahu menghukum abah. Di manakah kasih sayang seorang anak terhadap ayah mereka padahal ayah di kampung sangat merindui anak-anaknya kembali ke pangkuannya setelah apa yang terjadi. Ayah pernah sakit kerana menmikirkan tentang abang dan kakak serta emak. Zali tak pernah melihat abah ketawa gembira. Kerana sikap abang dan kakaklah membuatkan abah menderita. Abah pernah kata abah bukan mahu anak-anak abah memaksa menyayanginya tapi cukuplah mereka pulang menjengguk abah walaupun hanya sekali. Kalau kakak dan abang masih memerlukan seorang ayah pulanglah menemui abah. Zali mahu pulang.’‘Kataku. Aku mencium tangan emak, kakak dan abang-abangku.

‘‘Li, abang hantar…”

‘‘tak payah abang Zaki. Saya boleh pergi sendiri.’‘Jawabku lalu keluar.

Sepanjang berada di dalam bas aku hanya termenung. Aku mengambil Diariku dari poket beg. Buku diari ini selalu ku bawa ke mana-mana saja aku pergi. Aku menulis peristiwa-peristiwa yang berlaku di rumah abangku tadi. Penumpang lelaki di sebelahku hanya memandang.

‘‘tulis Diari kah kawan.’‘Tanyanya.

‘‘ya. ‘‘kataku pula senyum. Aku menutup buku.

‘‘tentang apa ? perempuankah.’‘Tanyanya lagi. Aku memandang lelaki itu. Aku seperti mahu ketawa mendengar pertanyaannya. Apakah setiap orang yang mempunyai diari sepertiku akan mengisi bukunya tentang cinta? Tidak lain misalnya cita-cita, keluarga atau kawan.

‘‘oh tak. Bukan itu.’‘Jawabku pula.

‘‘so tulis tentang apa.”

‘‘keluarga.’‘Dahi lelaki itu berkerut.

‘‘keluarga? Kau sudah berkeluarga?”

‘‘tak. Saya maksudkan masalah tentang keluargaku iaitu emak, ayah dan adik-beradikku.’‘Balasku.

‘‘oh…’‘bas terus berjalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience