BAB 7

Family Completed 3660

Aku menghabiskan cutiku di rumah emak yang sebenarnya rumah abang. Tapi aku tidak berasa aman di sini. Sudah dua hari aku di rumah ini. Sudah dua hari juga badanku terasa berada di penjara. Aku tidak bebas daripada di kampung. Di sana aku bebas. Hatiku ingin saja menjerit untuk melepaskan geram kerana diperlakukan seperti seorang budak lelaki padahal aku sudah berumur 18 tahun. Sudah besar. Matang. Aku bosan. Aku mahu pulang menemui ayah. Aku merindui ayah. Entah bagaimana keadaan ayah sekarang. Aku risaukan kesihatan ayah. Aku berharap Pak Syaid atau anak-anaknya jiran kami yang baik hati selalu menjengguknya semasa ketiadaanku ini.

Selama seminggu itu juga abang selalu membawaku di KL. Itulah kali pertama aku dapat melihat keindahan kota KL. Makan KFC. Menaiki LRT dan yang lain-lain. Sungguh seronok sekali. Tapi aku hanya menyembunyikan rasa seronokku di dalam hati takut abang menganggapku orang laut. Abang Hakimi masih bujang dan tinggal seorang diri di rumah banglo. Aku fikir kena sewa tapi rupanya kena beli dengan harga RM 25.000. Ah, tidak susah bagi abang Hilmi untuk mendapatkan apa-apa yang diidamkannya. Tapi aku hairan sebesar-besar banglo dua tingkat ini dan siap dengan kelengkapan ini hanya abang Hilmi sahaja yang tinggal sendirian. Abang Hilmi kerja di sebuah syarikat sebagai pegawai. Entah syarikat apa. Bila abang kerja hanya aku sahaja yang ada di rumah. Emak, lepas ke kampung tu tak pula menjenggukku. Abang dan kakakku yang lain langsung tidak menjenggukku. Apakah ada udang di sebalikknya. Fikirku.

Tinggal dua hari lagi aku di sini. Abang telah lama pergi kerja. Aku pula sudah mula biasa duduk sini. Terpaksa. Aku bercadang mahu keluar jalan-jalan. Tapi niatku terhalang apabila emak datang bersama dengan seorang anak kecil. Wajah perempuan kecil itu seperti Arab. Hidungnya mancung. Matanya bulat. Mulutnya kecil manakala pipinya pula kemerahan. Kulitnya putih langsat. Dan rambutnya berwarna perang persis orang arab.

‘‘mak, anak siapa pula ni?’‘tanyaku kepada emak.

‘‘mana abangmu Zali.’‘Balas emak tanpa menjawab.

‘‘hai, takkan emak tak tahu. Kan abang pergi kerja.’‘Jawabku hairan. Emak tersenyum.

‘‘masuklah mak.’‘Pelawaku. Emak masuk. Mataku tidak lepas memandang anak kecil di sebelah emak. Siapa anak itu. Mungkin anak jiran kot. Anak abang ke…’‘akhirnya aku keluarkan emak dalam senarai otakku.

‘‘kau pula Li nak gi mana.’‘Aku terkejut.

‘‘saya nak jalan-jalan mak. Bosan pula kat rumah ni.’‘Jawabku. Tiba-tiba aku teringat tentang ayah. Aku mendapat idea. Inilah peluangku. Bisik hatiku. Anak kecil di sisi emak tidak kupedulikan.

‘‘mak, boleh Zali tanya sikit.’‘Tanyaku pada emak.

‘‘cakaplah Li. Apa dia. Pasal apa.’‘Kata perempuan 40-an itu. Aku masih kagum dengan ibu yang masih cantik. Ibu masih mengekalkan kecantikannya.

‘‘ini tentang mak dan ayah.’‘Kataku pula. Wajah ibu berubah.

‘‘kenapa dengan kami.’‘Ujar ibu acuh tak acuh. Aku gembira apabila ibu tidak marah. Semangatku untuk terus menuturkan kata-kata seperti angin lalu. Aku mesti selamatkan rumahtangga mereka yang sudah musnah. Getus hati kecilku.

‘‘mak. Zali nak minta maaf sekiranya ada perkataan Zali yang menyakiti hati mak. Adakah mak tak mahu maafkan abah. Mak marah pada abah ke?”

‘‘kenapa ni Li. Apa yang mak buat pada abah kau.’‘Kata ibu dengan suara yang tegas.

‘‘Zali lihat mak macam marah saja dengan abah. Mak tak nak maafkan abah ke. Mak… Kalau mak nak tahu hidup ayah sangat menderita selama ua tahun mak. Hanya kerana fitnah mak sanggup minta abah ceraikan mak.’‘Aku memulangkan paku keras pada emak. Emak terdiam. Aku pun menceritakan segala peristiwa sedih yang aku lalui bersama ayah. Aku menangis menceritakannya. Siapa yang tidak bersedih jikalau emak dan ayah bercerai dan bermusuh manakala saudaraku yang lain pula hanya mementingkan diri sendiri. Sepanjang aku bercerita emak kulihat hanya diam dan memandang lantai. Mendengar ceritaku. Anak kecil di sisi emak tadi sudah pergi bermain. Tiada satu pun yang tinggal aku ceritakannya. Segala tindakan dan perbualan aku dan ayah aku ceritakan. Aku harap setelah mendengar cerita ini emak akan kembali pada ayah. Aku mahu ayah mendapat kembali permaisuri hidupnya. Manakala aku pula mendapat kembali kasih sayang dari seorang ibu.

‘‘sudahlah Li. Jangan bercerita lagi. Mak tak nak.’‘Ujar ibu. Ceritaku terhenti bersama rasa sedihku dan air mata yang mengalir. Aku mengelap air mataku. Waktu begini aku tidak pedulikan sifat kelakianku. Tapi rasa malu pula pada emak dan diri sendiri kerana menangis seperti perempuan.

‘‘mak tahu apa maksud kau Li. Maafkan segala perbuatan mak terhadap ayahmu.’‘Emak berkata padaku. Emak menangis sendu.

‘‘mak. Adakah mak masih sayangkan abah? Tolonglah mak. Zali nak jawapan ini kerana ia sangat penting bagi Zali, ayah, abang, kakak dan mak sendiri.’‘Soalku pada emak.

‘‘entahlah Li. Mak pun tak tahu. Tolonglah Li. Janganlah terlalu berharap sangat pada mak yang mak akan kembali pada abah kau.’‘Jelas emak seraya merayu. Kata-kata emak itu menghentikan reseptor otakku untuk terus mencari idea seterusnya. Jawapan emak bererti emak masih sayangkan ayah atau tidak kerana kata-kata itu berada di tengah kedua-duanya.

‘‘mak binggung ke.’‘Aku bertanya lagi.

‘‘err…tak. Tapi…sudahlah tu Zali. Bila abang kau balik.’‘Ujar emak cuba mengalihkan perbualan.

‘‘entahlah mak. Zali pun tak tahu. Mak siapa anak kecil tu. Anak abang ke.”

‘‘ya. Namanya Sarah Adibah.’‘Jawab emak.

‘‘abang Hilmi Ke!’‘emak mengangguk. Masya Allah…kenapa mereka tak beritahu kami. Getus hatiku seakan merajuk.

‘‘bila abang Khawin.”

‘‘setahun yang lalu…’‘aku diam. Hatiku sakit. Kenapa mereka tidak memberitahu kami. Bentak batinku. Mungkin juga ayah akan sakit hati bila menghadapi situasiku. Aku rasa seolah-olah dipinggirkan. Lebih-lebih lagi abah yang merupakan orang tua abang Hilmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience