BAB 9

Family Completed 3660

Setelah sejam berada di kereta akhirnya kereta yang dipandu oleh abang sampai ke destinasinya. Jam sudah pukul 10 pagi. aku lihat banyak sangat orang kenamaan datang ke rumah kakaku yang sulung itu iaitu Zanidah Zaharah. Rumah kak Zan banglo dua tingkat. Suaminya juga seorang ahli korporat. Kak Zan sangat beuntung mempunyai suami seperti itu. Bisikku. Kawasan persekitaran sungguh bersih dan ditanam denga pokok bunga dan pokok perhiasan.

Aku mengikut abang Hilmi pergi mendekati rakan-rakannya. Banyak orang yang melihat kami. Aku jadi tidak senang. Aku jadi seperti hamba bila asyik mengikut abang Hilmi. Abang Hilmi berbual-bual dengan seorang lelaki. Tentu kawannya.

‘‘ini siapa.’‘Tanya lelaki itu kepadaku.

‘‘ini adik saya. Mohamad Zali Ifwan. ‘‘kata abangku. Lelaki itu senyum dan bersalaman denganku.

“nama pak cik Ibrahim Sulaiman. Panggil Pak cik Ibrahim.’‘Ujar lelaki itu. Aku hanya mengangguk. Mereka terus berbual-bual. Lelaki berhidung tinggi itu berkata esuatu kepada abangku dalam bahasa english. Aku hanya mendengarnya. ‘‘bang. Aku nak cari kakak.’‘Kataku.

‘‘kak Sarah ke.’‘Aku angguk.

‘‘kak Sarah kat bilik pengantin perempuan. Kak Zan pula tak tahu abang. ”

‘‘saya nak cari kak Zan.’‘Pintaku. Abang mengizinkan. Aku menyusup dalam kalangan manusia . kulihat Kak Zan sedang sibuk melayan tetamu.

‘‘mummy. Pak cik datang.”Mohd Syafik anak kak Zan berlari ke arahku. Aku mendukungnya. Kakakku mendekatiku dan memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya. Kakakku turut memujiku. Aku hanya tersenyum. Banggalah tu. Selepas itu aku mencari abang Zaki dan abang Rashid. Tiba-tiba aku terdengar pengumuman di pentas.

‘‘tibalah waktu pengantin lelaki datang.’‘Abang Zaki yang berpakaian sepertiku berkata di corong makrifon. Dan aku mendengar muzik dilagukan. Pengantin lelaki muncul di muka pintu. Penonton-penonton berbaris di kiri dan kanan. Aku memandang keluar. Mahu mendengar bunyi kompang. Tapi tiada. Aku tiba-tiba berasa sedih dan kesal dengan bangsaku.

‘‘itu Zakaria Sidek. Seorang ahli perniagaan terkenal di KL ni .’‘jelas abangku.

‘‘kenapa kita terikut-ikut dengan cara perkhawinan budaya orang barat abang. Tiada kompang. ‘‘balasku kesal. Abang hanya diam.

Tidak lama kemudian kedua-dua pasangan pengantin duduk di atas pelamin yang dihias cantik seperti kerusi raja-raja. Lagu pengantin dinyanyikan. Abang Hilmi, abang Rashid dan isterinya Kak Maimunah dan dua anaknya Mohd Syafik dan Syafikah. Anak buahku itu adalah kembar.

Tiba-tiba hatiku berdebar-debar. Kulihat pengapit perempuan ialah kak Sarah. Kak Sarah lepasan universiti dan berkerja di sini. Kak Sarah belum berkhawin dan baru berusia 24 tahun.

‘‘siapa yang nak khawin.’‘Kataku. Aku tatap wajah pengantin perempuan yng berpakaian baju kebaya berwarna kuning. Hanya adab berpakaian sahaja yang masih memiliki ciri-ciri budaya timur. Aku tidak sabar. Kenapa lambat sangat ni.’‘Jerit batiinku.

Sebaik penutup wajah pengantin dibuka aku tatap wajahnya. Aku seakan tidak percaya. Aku sapu mataku dengan tangan tapi wajah itu masih tetap tidak berubah. Hatiku berdetak. Aku berasa jantungku berdenyut kencang. Tekakku seakan tersumbat. Aku lemas. Badanku rasa lemah.

‘‘Emak!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience