Bab 8

Romance Completed 11832

8

"Nak apa?" Lia menikam wajah Ariana dengan renungannya. Ariana terus tertunduk, kecut perutnya mahu melawan renungan Lia.

"Lia," Suara Farhan menerpa gegendang telinganya. Dia berpaling melihat Azman yang sudah berdiri di sebelahnya. Dia menelan liur.

"Macam yang aku cakap, ini bukan masalah aku. Korang punya masalah, selesaikan sendiri."

"Kau je jalan keluar kami. Kalau kau rendahkan sedikit ego kau, dan cakap dengan papa kau, masalah ni mesti selesai."

"Aku tak ego. Aku cuma tak peduli," ujar Lia dingin. Tanpa pamitan, gadis itu meninggalkan Azman dan Ariana.

"Dia cintakan awak," gumam Ariana perlahan.

"Apa?" soal Azman yang kurang mendengar. Ariana mengangkat muka menentang wajah kacak Farhan.

"Dia cintakan awak," ulangnya kebih keras.

"Tak!" Nafi Azman tegas. "Kalau pun, dia cintakan saya, saya tak cintakan dia." Azman cuba meyakinkan Ariana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience