Bab 1

Romance Completed 11832

Kerana Tahlia
Oleh : Nazehran Jose Ahmad

1

Kedengaran muzik berdentum kuat sebaik sebuah kereta Iswara putih memasuki perkarangan rumah. Menekur jam di dashboard keretanya, waktu saat ini menunjukkan pukul tiga pagi. Tidak lama kemudian, Tahlia menekan punat menutup radio kereta. Bersandar seketika di kusyen kereta. Menghembus nafas kasar. Melayani kepenatan sebentar, sekembalinya dia dari berhibur di kelab malam di ibu kota. Agak lama dia di situ, baru dia berkeinginan untuk masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja di dalam bilik, Tahlia mencampakkan beg tangannya ke atas katil, serentak menyembamkan wajahnya ke atas bantal. Hatinya serba tidak kena. Dia sepi. Puas dia ke kelab malam, keluar bersama kawan, melepak di sana sini, namun hatinya masih sama. Tiada apa yang dapat memberinya kepuasan. Di sebalik keadaan yang hingar-bingar di sekelilingnya, hatinya tetap dicengkam sepi yang teramat. Jiwanya kosong.

Sejak ayahnya berkahwin semula selepas lima tahun pemergian ibunya, dia merasa seperti ada sesuatu yang menusuk-nusuk perasaannya. Dia tidak tahu apa. Yang dia tahu, dia benci rasa ini. Dia mahu keluar! Dia mahu bebas dari rasa sepi yang bersarang dalam hatinya ini.

Tangannya merayap dipipinya. Dia benci dunia ini. Dia benci ayahnya. Dia benci ibu tirinya. Dia benci dirinya sendiri. Mengapa dia tidak boleh rasakan ketenangan seperti yang dia harapkan? Dalam melayan rasa, meskipun perit, tapi tiada setitis pun air mata yang mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience