Bab 14

Romance Completed 11832

14

"Tahlia..." tegur Datin Faridah. Lia memandang kosong. "Azman datang, sayang," sambungnya lagi.

Tahlia kembali melemparkan pandangannya ke arah kolam renang rumahnya. Datin Faridah menahan sebak melihat Tahlia jatuh lebih dalam ke dalam dunia hitamnya. Tahlia sekarang bagai jasad tidah benyawa. Dia bagai bekas kosong tanpa jiwa.

Meski Lia hanya anak tirinya, namun kasih ibunya sudah lama tertumpah buatnya. Hati ibu mana tidak hancur melihat anaknya hari demi hari semakin jauh dari gapaian meskipun dekat di mata. Datin Faridah meninggalkan Azman bersama Tahlia.

Azman melabuhkan punggungnya di sebelah Tahlia. Dia merenung wajah tidak bermaya Tahlia.

"Lia, aku ada bawa hadiah untuk kau." Azman meletakkan sebuah beg ungu itu di sebelahnya. "Kau tak nak tengok ke?" soalnya.

Tahlia masih tiada reaksi. Hanya sesekali matanya berkelip. Azman menghela nafas. Sebolehnya dia tidak mahu menangis di hadapan gadis itu.

Azman menarik kedua-dua belah bahu Tahlia yang dari tadi hanya diam memeluk lutut hingga gadis itu berhadapan dengannya. Azman sedaya upaya mengukir senyuman meski hatinya disayat-sayat melihat renungan kosong gadis itu.

Dia mengeluarkan sehelai tudung berwarna hijau dari beg hadiah tadi lalu dibentang di hadapan Julia.

"Aku tak pandai pilih tudung. Tapi, bila aku tunjuk je gambar kau dekat pekerja tu, terus dia cadangkan tudung ni. Cantik, kan?" Azman menyarungkan tudung itu.

"Cantik..." pujinya. Azman menyeluk lagi tangannya ke dalam beg itu.

Kali ini, sebuah kotak baldu kecil berwarna biru yang dikeluarkan.

"Aku nak bertanggungjawab atas kau. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat," janjinya.

Kotak itu dibuka. Tangan Tahlia dicapai. Cincin bertatahkan berlian itu dipegang erat.

"Aku nak jadikan kau yang halal bagi kau. Aku sayangkan kau. Kita kahwin ya?"

Sebaik selesai berkata-kata, Azman cuba menyarungkan cincin itu di jari manis Tahlia, namun pergerakannya terhenti saat Tahlia membengkokkan jarinya. Dia memandang sekilas ke arah Tahlia yang masih juga dengan wajah muram. Dia kembali menjatuhkan pandangannya pada tangan putih Lia. Dia mencuba lagi untuk menyarungkan cincin itu, namun kali ini masih sama. Lia menggenggam tangan Azman lebih kuat.

"Lia?" panggilnya. Anak mata Azman sedikit bergerak ke kiri dan kanan. Terus tangannya di tarik dari genggaman Azman lalu dia menekan kuat kepalanya.

“Datin..” Azman menjerit memanggil Datin Faridah. Datin Faridah berlari-lari anak mendapatkan Lia. Tubuh anaknya itu dipeluk erat. Ubun-ubun gadis itu dibelai.

"Mama ada, sayang. Mama ada. Mama sayang Lia," pujuk Datin Faridah. Datuk Hazim yang kebetulan baru pulang dari pejabat turut meluru mendapatkan Lia.

"Ma…" Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Lia membuatkan ketiga-tiga mereka tersentak. Datin Faridah merenung wajah Lia yang basah dengan air mata.

"Ma.. Ma?" panggilnya lagi seperti anak kecil yang baru pertama kali memanggil ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience