Bab 6

Romance Completed 11832

6

Azman mengelap rambutnya yang masih basah. Dia merenung telefon bimbit milik Tahlia yang dia terambil tadi sewaktu berjumpa dengannya di Palm Inn Resort. Tadi, Tahlia berlalu pergi sehingga terlupa yang bahawa Galaxy Note Two-nya masih ditangan Azman. Bila di pertengahan jalan, barulah dia teringatkan telefonnya itu. Dia berpatah balik ke resort itu untuk mengambil telefonnya, namun dilihatnya Man sudah tiada di situ.

Tangannya mencapai telefon itu, menggodeh-godeh function di dalamnya. Keningnya terangkat melihat aplikasi diari mini di telefon itu lalu segera dibuka. Berkerut-kerut wajahnya membaca diari milik Lia itu.

10 Febuari 2010

Sekali lagi aku menjejakkan kaki di negara Malaysia ini. Sekali lagi juga aku menjejakkan kaki di rumah ini. Rumah yang banya memberi kenangan pahit pada aku. Aku tak pernah menyangka mahupun merancang untuk pulang semula kalau bukan atas desakan papa. Mungkin dia risau aku akan membuat perkara bodoh lagi jika aku bersendirian di London.

"Perkara bodoh?" Man menggaru kepalanya. Dia meneruskan bacaan.

23 Oktober 2009

Kosong. Itu sahaja yang aku rasa. Masih ramai orang di sekeliling aku, tapi aku tetap merasa sepi. Aku benci perasaan ini. Kata doktor, aku mengalami kemurungan. Apa yang dia faham? Tiada siapa yang faham. Rasa sakit dalam dada aku ni, buat aku nekad. Aku capai pisau pemotong buah. Belum sempat aku kelar nadi aku, papa tampar aku. Dia tengking aku. Dia terus marah aku. Tapi, kenapa aku tak rasa tamparan dia sakit? Mungkin sebab hati aku lebih pedih. Mak tiri aku cuba pujuk aku, tapi kenapa aku tak rasa terpujuk? Kenapa mereka tak bagi aku bebas dari terus terpenjara dalam tubuh ni?

Mulut Man separuh melopong. Lia cuba bunuh diri? Kenapa? Kenapa sampai begitu sekali? Baru dia mahu menyambung bacaannya, telefon itu berbunyi tanda panggilan masuk. Dia segera menjawab.

"Hello," Suara Lia jelas di hujung talian.

"Hello," jawab Man.

"Esok aku datang ambil telefon aku. Erm, lagi satu jangan kau selongkar telefon aku ya! Siap kau nanti kalau aku tahu kau yang selongkar," ugut Julia.

“Erm, a…” Belum sempat dia menjawab, Lia terlebih dahulu mematikan talian. Terus mati niatnya mahu meneruskan pembacaannya meskipun keinginannya untuk tahu bergelojak dalam dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience