Bab 3

Romance Completed 11832

3

"Man, awak tak boleh lawan kata-kata ayah awak," Ariana cuba memujuk Azman.
"Habis? Awak nak saya lepaskan awak? Saya tak sanggup. Saya sayangkan awak, Ariana." Azman bersuara sayu.

"Jadi awak nak lawan cakap ayah awak? Saya tak nak awak jadi anak derhaka sebab saya. Saya tak nak," Ariana mengeluh.

"Saya akan cuba pujuk ayah saya. Kalau dia masih tak setuju, saya akan jumpa dengan Tahlia sendiri." Azman telah membulatkan tekad. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan Ariana.

"Awak kenal ke Tahlia tu?" Azman diam tidak menjawab.

"Man... Saya hairan. Takkan dia pun dipaksa macam awak? Kalau betul, mungkin awak boleh bincang dengan dia untuk sama-sama pujuk parents awak, tapi macam mana kalau dia memang ada hati dengan awak. Susahlah kalau awak seorang je yang menolak perkahwinan ni." Ariana sempat menangkap perubahan riak wajah Azman. Dia seperti dapat menangkap apa yang sedang bermain difikiran Azman saat ini.

"Dia memang sukakan awak? Awak? Jawab dengan jujur," desak Ariana.

Teragak-agak Azman mengangguk. Ya! Dia dan Tahlia memang pernah ada sejarah. Dulu, ketika mereka masih di sekolah menengah, mereka berkawan baik. Namun, dia menolak mentah-mentah saat gadis itu meluahkan perasaan padanya. Sungguh dia tidak sangka begitu pengakhiran persahabatan antara dia dan Tahlia. Beberapa hari selepas penolakannya, Tahlia bagai menjauhkan diri darinya sehinggalah suatu hari, berita kematian ibu Tahlia sampai ke telinganya. Dia cuba mencari Tahlia. sekurang-kurangnya dia mahu mengurangkan luka di hati rakan baiknya itu, tapi dia selangkah terlewat apabila Tahlia telah membawa diri ke luar negara. Setelah itu, dia tidak pernah lagi berhubung dengan Tahlia. Selepas bertahun-tahun, bapanya mahu menjodohkannya dengan Tahlia. Dia tidak pasti samada gadis itu masih menyimpan perasaan padanya. Kalau benar, bermakna lebih susah baginya untuk menghentikan perkahwinan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience