Bab 10

Romance Completed 11832

?10

Datuk Hazim menggeliat bagi meregangkan otot-ototnya yang tegang. Pintu bilik bacaannya ditutup. Dia melangkah ke bilik anaknya. Niatnya mahu menjenguk anaknya yang belum-belum pernah lagi lekat di rumah waktu-waktu macam ini. Hairan juga dibuatnya.

Dia menolak pintu bilik yang sedikit terkuak. Kedut di wajahnya bertambah melihat bilik itu yang kosong. Dia melangkah masuk namun langkahnya terhenti apabila dia merasakan dia seperti memijak sesuatu. Dia menunduk melihat butiran-butiran putih bertaburan di atas lantai. Dibeleknya sebiji ubat itu di tangannya sebelum matanya menangkap bekas ubat yang telah kosong isinya. Berderau darahnya sebaik dia menyedari ubat-ubatan itu adalah ubat tidur.

"Lia!" jeritnya. Dia berlari ke arah bilik air di dalam bilik anaknya itu. Julia tiada di situ. "Dah!" Jeritnya memanggil nama isterinya. Hatinya dipagut risau.

Dia berlari ke arah biliknya, namun sebaik pintu itu ditolak, matanya terpaku ke arah Lia yang sedang terlena berbantalkan peha Datin Faridah. Dia mengelus pipi Lia yang lena. Dia mengangkat wajah lalu tersenyum manis ke arah suaminya.

Datuk Hazim duduk berhadapan dengan isterinya. Ubun-ubun anaknya dibelai.

"Kenapa?" soal datuk Hazim.

Datin Faridah mengangkat bahu. "Dah siap mengaji, tadi, Lia dah ada dekat belakang Dah. Bila Dah pusing je, Lia pandang Dah semacam. Dia panggil Dah mama dan terus peluk Dah," terang Datin Faridah.

Lia terjaga. Dia bingkas bangun. Dia memandang kelihatan cemas sebelum matanya kembali terpaku di wajah ibu tirinya. Air matanya mengalir. Dia tahu di hadapannya adalah ibu tirinya, bukan mamanya. Tapi, mengapa dia bagai ternampak-nampak bayang ibunya yang tersenyum lembut ke arahnya pada wajah Datin Faridah?

"Mama..." panggilnya sayu.

Datin Faridah sempat bertukar pandangan dengan Datuk Hazim.

"Ya, sayang," Ibu tirinya bersuara lembut. Lia terus memeluk tubuh itu.

"Mama..." panggilnya lagi dalam esakannya yang semakin kuat. Datuk Hazim memerhati dengan rasa syukur yang tidak terkira. Doanya dan isteri telah dimakbulkan Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience