Bab 15

Romance Completed 11832

15

Mee goreng di hadapannya diputar-putar dengan garfu sebelum disuapkan ke mulutnya. Gadis dihadapannya yang kelihatan gelisah tidak dia peduli. Namun suapannya terhenti apabila gadis itu mula bersuara.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soalnya. Wajahnya jelas dibalut prasangka.

"Ariana?" Suara itu membuat kedua-dua gadis di meja makan itu berpaling. Tahlia tersenyum sebelum mengisyaratkan Azman duduk di sebelah Ariana yang duduk berhadapan dengannya.

Azman bertukar pandang dengan Ariana.

"Kau tahu kan yang aku dengan Azman akan bertunang minggu depan?" soal Lia mendatar. Nyata Azman dan Ariana tidak selesa dengan soalan Tahlia itu.

"Lia..." Azman bersuara, namun Tahlia buat pekak sahaja.

"Kau tahu kenapa dia pilih aku dan bukan kau?" soalnya lagi. Dia tersenyum sinis melihat mata Ariana yang sudah berkaca itu.

Farhan memandang simpati pada Ariana. Tapi apa yang boleh dia lakukan, dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi melukakan hati Tahlia.

'Maafkan aku, Ariana...' bisik hati Azman.

Sukar untuk dia melepaskan Ariana, namun itulah keputusan yang paling tepat.

"Tahlia, kalau awak nak bangkitkan perkara ni, hentikanlah. Hal ini tak ada kena-mengena dengan saya," Ariana cuba mengawal nada suaranya.

"Berhenti buat muka baik," Tahlia menyindir. Ariana bingkas bangun, namun Tahlia pantas menarik tangan Ariana hingga dia terduduk semula.

"Kalau kau cintakan dia, kenapa kau mudah-mudah lepaskan dia. Berhentilah berlakon. Kalau betul kau cinta dia, jerit dekat satu dunia. Kalau perlu, kau tengking aku. Suruh aku jauhkan diri dari kekasih kau. Paksa aku undur diri." Tahlia menghela nafas. Dia buat tidak peduli pada pandangan Azman dan Ariana yang terhala padanya. Tahlia menggaru keningnya.

"Aduss... Don't make me say this. I'm not the old Tahlia that you both know," Melihat wajah kebingungan pasangan di hadapannya ini, Tahlia mengeluh.

"Okey, kisah cinta ni, hero dia, kau, Azman dan heroin dia, kau, Ariana. As for me, aku cuma watak ketiga. Jadi tolonglah jangan buat aku jadi watak ketiga yang kejam sampai akhir cerita."

"Lia..." Azman cuba mencapai tangan Tahlia, namun dia pantas mengelak. Dia menaikkan telunjuknya sebagai amaran.

"Jangan sentuh! Aku dah bertaubat. Nampak ni," Tahlia menunjuk ke arah tudung bawal yang dipakainya.

"Kita bukan muhrim, aku tak suka." Dia memberi amaran. Azman terpinga-pinga sebentar sebelum dia menarik senyum. "Jadi, sambung semula. Kejap. Kau ni faham ke tak? Blur je aku tengok." Tahlia memandang tepat ke wajah Ariana.

"Tahlia. Saya dah buat keputusan. Tak payahlah awak bawa bergurau benda-benda macam ni," tegas suara Ariana.

"Cik adik... Muka aku ada sengih ke? Ada muka macam orang main-main ke? Ada muka orang buat lawak?" Tahlia merengus.

Ariana masih diam.

"Okay, macam ni... Aku tak nak kau salah buat pilihan. Aku pernah salah buat keputusan. Disebabkan keputusan aku tu, bertahun-tahun aku tercampak dalam dunia aku sendiri. Dunia yang dingin dan gelap. Dinding yang tinggi hingga orang disekeliling tak dapat capai aku. Macam aku dalam perigi buta." Mata Tahlia merenung jauh. Suaranya pula semakin lembut nadanya. "Tiba-tiba, ada satu tangan yang tarik aku ke cahaya. Tangan mak tiri aku. Aku rasa macam hidup kembali, tapi sekali lagi aku buat keputusan yang salah. Aku biar air mata mama mengalir tanpa tergerak untuk mengesatnya. Sampailah, Allah tunjuk pada aku apa yang selama ni aku lupa. Aku ingat semula sebelum aku tidak sedarkan diri. Waktu tu, penjahat-penjahat tu dah lari. Aku terbaring tepi dia. Aku nampak wajahnya yang penuh dengan darah. Dan aku perasan dia masih bernafas. Aku dengar dia bercakap dengan aku meski payah. Dia cakap, mama ada Julia. Mama ada, sayang. Sayang kuat. Sayang mesti kuat ya? Yang penting Allah ada. Allah... Aku dapat rasa dia pegang tangan aku dengan tangan sejuk dia sebelum aku pengsan. Tangan dia...." Tahlia mengusap tangannya.

Kenapa sebelum ini dia boleh lupakan saat akhir itu, dia tidak tahu. Tapi, bila dia ingat, baru dia sedar. Dunia belum berakhir. Dia masih ada Allah.

Tahlia bagaikan tersedar. Dia menghadiahkan senyuman kepada Ariana.

"Jadi, janganlah buat silap macam aku. Aku silap bila aku pilih untuk salahkan diri aku sedang dia berkorban demi aku. Hidup kedua yang dia hadiahkan buat aku, aku sia-siakan. Mujur aku belum terlambat. Jadi, kesimpulannya, kau ambillah Azman. Kau lebih layak memilikinya. Aku tak nak curi dia dari kau!"

Azman merenung lembut wajah Tahlia. Kenapa hatinya tidak jatuh sayang pada gadis seistimewa ini? Tapi iyalah, soal hati bukan boleh dipaksa.

"Apalagi? Tak nak ucap terima kasih ke sebab aku dah pulangkan boyfriend kau pada kau?" Sempat pula gadis ini bergurau.

Ariana berbalas senyuman ke arah Azman.

"Terima kasih, Lia. Terima kasih sebab beri peluang kedua kepada aku," Tahlia turut membalas senyuman Ariana.

"Alhamdulillah. Aku dah kenyang ni. Aku balik dulu. Err... Bayarkan ah?" Tahlia menjongketkan keningnya pada Azman sebelum berlalu.

Azman dan Ariana sama-sama tertawa. Kerana Tahlia, cinta mereka berdua kembali bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience