Bab 13

Romance Completed 11832

13

"Man minta maaf, uncle. Lia tiba-tiba pengsan tak bernafas. Man tak tahu kenapa. Man yang bersalah. Man tengking dia. Man..." Azman tidak dapat meneruskan kata-katanya, dia jadi sebak mengenangkan Tahlia yang masih bertarung dengan maut. Bagaimana dia boleh sampai hati menyakiti Tahlia sedang dia pernah menjadi sahabat terbaik di hatinya.

Datuk Hazim menepuk bahu anak muda di hadapannya. "Man tak salah... Kalau uncle tahu, dia nak pergi tempat tu hari ni, uncle mesti ikut. Uncle yang salah." Datuk Hazim meraup wajahnya.

Sungguh! Kalau dia tahu, dia tidak akan membiarkan Lia mengalami ketakutan yang sama buat kali kedua tanpa dia di sisi bagi menenangkan Tahlia.

"Abang dah lah tu. Benda dah nak jadi nak buat macam mana. Lagipun ini semua mungkin berpunca daripada sejarah hitamnya," pujuk Datin Faridah.

Azman yang mendengar mula terfikirkan diari milik Lia yang dia pernah baca.

"Sejarah hitam?" soalnya.

Datuk Hazim dan Datin Faridah bertukar pandang. Berat untuk mereka menceritakan. Tapi, jika Azman tahu, mungkin dia dapat membantu. Walau macam mana pun, Azman pernah rapat dengan Lia. Azman suatu masa dahulu pernah menjadi penyeri hidup Tahlia.

"Man...Beberapa tahun dahulu, sebelum arwah aunty Zanita meninggal, ada masa Lia macam bersedih. Dia banyak berdiam. Makan pun tak seberapa. Bila kami minta dia cerita, dia tak mahu. Masa tu, uncle sibuk dengan perniagaan, langsung tak peduli dengan rumah tangga uncle. Sekali tu, arwah aunty minta kebenaran uncle untuk bawa Lia pergi bercuti. Mungkin untuk kurangkan sedikit apa-apa sahaja masalah yang dia hadapi. Tahlia ada cerita dengan uncle, malam kedua mereka di resort, Julia keluar senyap-senyap untuk ambil angin di tepi pantai. Masa tu, dia kena kacau dengan sekumpulan penjahat. Aunty sempat jumpa Lia. Dia cuba tolong Tahlia. Lia pun melawan. Salah seorang samseng tu, cuba nak hentak kepala Tahlia dengan batu, tapi aunty terlebih dahulu halang. Dia sendiri kata dengan uncle, sampai kini dia masih dapat rasa darah hangat arwah mamanya yang memercik ke pipinya. Tapi, lelaki tu tak berhenti setakat itu. Dia hentak kepala aunty berkali-kali sampai aunty dah tak bergerak lagi dan Lia... Lia..." Datuk Hazim menekup mukanya. Tak sanggup rasanya mahu meneruskan ceritanya.

Azman dapat meneka apa yang terjadi pada Tahlia meskipun dia tidak menceritakan. Air matanya mengalir laju. Sedasyat itu sekali apa yang Lia hadapi? Dan dia yakin punca kesedihan awal Tahlia adalah atas penolakannya terhadap cinta yang Tahlia hulur. Dia seolah-olah salah satu punca kejadian hitam itu. Kalaulah dia tidak menolak cinta Tahlia, pasti dua wanita itu tidak ke pantai itu dan pasti mereka tidak menghadapi kejadian hitam itu.

"Tahlia terus-terusan hidup dalam dunianya. Hari-hari yang dia lalui tak pernah sekalipun dia tidak menyalahkan dirinya atas kematian arwah aunty. Dia seksa diri dia. Masa tu, uncle ada di luar negara. Bila uncle balik, uncle hanya dapat tahu yang mereka dirompak dan aunty terkorban dalam kejadian itu. Uncle tak pernah tahu. Tahlia pula hanya mendiamkan diri. Dia menyaksikan sendiri kematian mamanya depan matanya dalam keadaan kejam tanpa dapat berbuat apa-apa," Datuk Hazim menyambung.

Ketiga-tiga mereka hanyut dalam esakan. Berat manapun yang mereka rasakan mendengar kisah Tahlia, pasti lebih berat Tahlia yang menanggungnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience