Bab 7

Romance Completed 11832

7

Tahlia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sesekali rambut hitam lurus paras pinggangnya dibuai angin. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket sweater bercorak flora dan fauna yang dipakainya. Sesuai dengan seluar skinny hitam yang dikenakannya. Dia memicingkan matanya mencari kelibat Azman di Red Rose Cafe sambil kakinya tidak berhenti melangkah.

Azman benar-benar menyusahkannya. Dia sudah berpesan yang dia akan mengambil semula telefonnya hari ini, tapi sebaik dia tiba di rumah banglo mewah milik keluarga Azman, orang gajinya di situ terlebih dahulu mengatakan bahawa Azman telah ke tempat kerja. Bila dia tiba di pejabat, setiausahanya pula mengatakan Azman masih belum masuk ke pejabat. Mujur sahaja setiausahanya itu ada mengatakan kebiasaan Man akan bersarapan di Red Rose Café berhadapan pejabatnya kalau dia tidak sempat bersarapan di rumah.

Sebaik melangkah masuk ke dalam café itu, matanya meliar-liar mencari kelibat Azman. Tiada. Tapi dia mengecam seseorang yang sangat dia kenali. Ariana.

‘Macam mana Ariana boleh ada di sini pula?’ bisik hati kecilnya.

Dia terus melajukan langkahnya ke meja Ariana.

“Mana Azman?” tanya Lia tanpa mengambil duduk.

“Dia ke tandas sekejap,” jelasnya ringkas. “Erm, tak nak duduk?” pelawa Ariana.

“Tak mengapa,” tolak Lia.

“Oh, ini telefon kau. Dia suruh aku bagi pada kau kalau kau tiba dulu,” ujarnya memberi alasan. Tahlia menyambutnya tanpa sebarang kata.

Tidak lama kemudian, Azman keluar dari tandas itu. Dari jauh, dia melihat Lia sedang berbual-bual dengan Ariana.

“Okeylah, aku balik dulu,” Tahlia berpaling, namun belum sempat dia melangkah, lengannya dipaut seseorang.

"Lia?" Ariana bersuara teragak-agak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience