Bab 2

Romance Completed 11832

2

"Apa papa cakap ni? Kenapa pula papa nak kahwinkan Man dengan Tahlia?" Azman cuba mengawal nada suaranya. Dia tidak mahu terlalu cepat melenting dengan perkhabaran mendadak Dato' Rizal itu. Ibunya, Datin Mazni hanya mendiamkan diri enggan masuk campur dalam perbualan bapa dan anak.

"Ini untuk kebaikan Man dan keluarga kita." Mendatar nada suara Dato' Rizal.
Azman menggelengkan kepala. Sungguh dia tidak sangka, setamak ini sikap bapanya hingga dia pun sanggup digadaikan demi perniagaan.

"Untuk kebaikan Han atau untuk perniagaan papa? Ini soal hidup Man, biarlah Man yang tentukan. Man dah ada pilihan hati Man sendiri."

"Siapa? Ariana? Sudahlah Man... Asal-usul dia pun kita tak tahu. Setakat gadis pejabat macam dia tu, buat main-main bolehlah. Tahlia tu jauh lebih layak untuk Man."
Man mengetap bibirnya. Sakit hatinya bila ayahnya sendiri melemparkan penghinaan sebegitu sekali terhadap kekasih hatinya.

"Papa! Man tak pernah ada niat untuk main-main dengan Ariana. Man serius untuk memperisterikan dia walau macam mana pun. Apa bezanya Ariana dengan kita? Dia manusia, Man manusia. Bukannya darah kita putih, darah dia merah. Kalau terluka, sama sahaja warna darah kita. Apa nak dibanggakan dengan harta dunia sedang hati budi dia jauh lebih bernilai!" tegas Azman.

Tanpa menghiraukan renungan tajam Dato' Rizal, dia mencapai briefcase miliknya dan terus berlalu dari ruang tamu itu.

Dato' Rizal merengus. "Tengoklah anak awak tu." Datin Mazni tersenyum senget mendengar komen suaminya itu.

"Anak saya, anak awak juga. Degil dia, ikut degil awak tu." Sempat Datin Mazni membalas dengan kata-kata pedas sebelum dia juga turut berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience