BAB 4

Family Completed 694

“See? Aku dah agak. Kau ni Qif, tak payahlah fikirkan mereka berdua tu. Kalau kau fakir, hati kau saja semakin sakit. Mereka berdua duduk happy-happy tapi kawan aku seorang ni pulak duduk sedih-sedih. Come onlah, kawan. Move on! Aku tak suruh pun kau bencikan mereka tapi kalau kau perlukan waktu, take your time! Jangan ingat sangat mereka berdua,” nasihat Farhan dalam posisi bersila atas katilnya.

“Kau cakap mudahlah. Aku ni yang mangsa pengkhianat berdua tu. Fine, kalau kau suruh aku lupakan mereka, memang tu usaha aku sekarang. Tapi, kau sendiri boleh nampak kan? Aku tak boleh lupakan mereka! Mereka ada di mana saja! Aku benci lihat mereka berdua. Aku terlalu bodoh dulu kerana percayakan mereka berdua. Aku terlalu naïf sampaikan ditipu hidup-hidup oleh dua orang tu. Tapi mereka silap percaturan! Aku bukan budak-budak yang akan melutut merayu semata-mata nak duduk dengan mereka berdua,” balas Shaqif penuh emosi.

“Hei, calm down. Nanti Cikgu Hafizan datang habis kita. Semua kena tidur kat dataran depan tu. Aku tak nak!” pintas Farhan sebelum mereka ketawa bersama.

“Aku rasa mungkin ini hikmahnya. Aku rasa Allah mahu tunjukkan kepada aku yang kau adalah kawan dunia akhirat aku yang sebenar. Mungkin Irzwan dan Syuhaib adalah saudara se-Islam aku, tetapi mereka bukan kawan aku yang boleh mengajak aku ke jalan kebenaran. Aku masih ingat lagi ketika sebelum Mahmood dan Syuhaib bergaduh, mereka memang kawan rapat. Tapi satu hari, Syuhaib datang rapat dengan aku. Sarapan, makan tengah hari, makan malam dan supper kami akan makan bersama. Aku gembira kerana rasa disayangi oleh seorang abang. Bila aku tanya Mahmood kenapa dia tak makan sekali, dia beritahu dia dan Syuhaib bergaduh.

Aku masa tu kalut cuba baikkan mereka berdua. Aku tak mahu mereka bermasam muka.

Mahmood kawan baik aku. Syuhaib dah macam abang aku. Sampai satu malam, Syuhaib balik dari musabaqah debat Arab di Seremban. Malam tu aku rasa Syuhaib sikit berubah. Bila aku perhatikan, rupanya dia dah berbaik dengan Irzwan.

Alhamdulillah, aku senang dengan perubahan tu. Tapi lama-kelamaan, aku terasa seperti dipinggirkan. Syuhaib tak lagi makan bersama aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience