BAB 8

Family Completed 694

27 Oktober 2014 bersamaan 3 Muharram 1436 Hijrah.

Tarikh keramat yang dinanti Shaqif dan Farhan serta kawan-kawan seumur mereka yang lain. Peperiksaan Akhir Tahun 2014 telah pun tiba. Semua pelajar Tingkatan 4 datang ke sekolah pada hari itu dengan wajah yang bersemangat.

Peperiksaan yang bakal diadakan selama hampir 3 minggu ini pasti mencabar fizikal dan mental mereka semua. Shaqif dan Farhan banyak kali menjadi rujukan kepada pelajar yang lain kerana prestasi mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Pada minggu terakhir peperiksaan, Farhan tidak datang ke asrama. Shaqif mula risau. Fokusnya sedikit terganggu padahal dia masih perlu menghadapi peperiksaan bagi subjek Bahasa Arab, Amali Kimia, Amali Biologi dan Amali Fizik.

Namun, Shaqif tetapi menghadapi peperiksaan sehinggalah pada hari Rabu petang, dia dikejutkan oleh kedatangan ibu bapa Farhan yang menyatakan Farhan sedang terlantar di hospital dan berada dalam tahap kritikal.

Shaqif jatuh pengsan. Dia hanya sedar apabila dia sudah sampai di perkarangan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star. Dia melihat keadaan Farhan yang sungguh menyayat hati. Shaqif dikhabarkan bahawa Farhan jatuh sakit kerana buah pinggangnya yang berbaki satu itu rosak.

Farhan tidak mampu untuk bertahan lama lagi. Bila-bila masa sahaja, nyawa Farhan akan berpisah dari jasad. Shaqif hanya mampu menangis teresak-esak di sisi Farhan yang terlena sebelum dia juga dibawa awan mimpi yang mendebarkan dadanya.

Dia bermimpikan sebuah kawasan perkampungan yang sunyi. Ketika itu dia kalut mencari orang kampong yang lain kerana perkampungan itu terlalu sepi daripada kelibat manusia.

Bahkan terlalu senyap tanpa sebarang bunyi. Shaqif sudah hilang arah. Matanya liar memandang sekeliling untuk cuba mencari sesiapa untuk meminta bantuan.

Matanya sempat menangkap satu cahaya putih yang terang. Apabila diperhatikan, rupa-rupanya cahaya itu berasal dari seekor rama-rama yang sangat indah. Tanpa berfikir terlebih dahulu, Shaqif terus mengejar rama-rama tersebut tanpa sedar yang dia sudah berdiri di hadapan sebuah tasik. Tasik yang sangat cantik dengan air yang jernih umpama Kristal. Figura seorang lelaki yang lengkap dengan sepersalinan jubah dan berserban menarik perhatian Shaqif. Lebih menghairankan, lelaki itu mengeluarkan cahaya yang sangat terang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience