BAB 9

Family Completed 694

Shaqif lambat-lambat mendekati lelaki itu. Dia terlongo. Matanya membuntang apabila melihat wajah lelaki itu. Farhan Arasy! Dia terus memeluk batang tubuh sahabatnya itu. Air matanya berjujuran keluar kerana sahabatnya muncul pada saat-saat yang mendebarkannya.

“Farhan ! Kenapa kau terang sangat ni? Berapa banyak mentol yang kau guna? Sampaikan hampir rabun mata aku melihatnya,” gurau Shaqif.

Farhan hanya mengukir senyum.

“Shaqif, aku rasa dah tiba masa aku!”

Shaqif menoleh ke arah Farhan.

“Masa untuk apa?”

“Masa untuk aku menghadapi saat kematian aku. Aku rasa dah tak lama. Shaqif Mikhail, usahlah kau meratap bila aku sudah tiada nanti ya. Sesungguhnya itu akan membuatkan aku lebih sedih di alam sana. Maka, kau doakanlah kebaikan aku di sana. Itu lebih baik, sahabat.

Ajal maut di tangan Allah. Kau takkan mampu mengubahnya. Satu lagi, kau harus ingat. Persahabatan umpama rantai mutiara. Mutiaranya bersinaran merarik perhatian semua yang memandang.

Tapi, kalau ada pengkhianatan dalam persahabatan, samalah dengan rantai itu dililit dengan dawai yang mencacatkan permandangan. Maka, kau harus menjaganya, Shaqif,” pesan Farhan panjang lebar.

“Adakah orang akan mahu memiliki rantai berdawai berbanding rantai mutiara yang memukau mata?” soal Farhan dengan hemah.

“Mestilah rantai mutiara, Farhan !”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience